Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger

by - 22:11:00

Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger | Kejutan kalini datangnya dari kiriman parcel SANTAI ILMU PUBLICATION. Terkejut juga bila kiriman diterima sebab rasanya shida tak beli mana-mana novel lagi setakat ni cuma baru bercadang nak beli Mini Novel dari Blogger Syazni Rahim yang mana novel sulungnya baru diterbitkan. Tapikan korang bila shida tengok parcel ada tercatat sesuatu dibahagian bawah Parcel Content "Novel Terkaitnya Kita" Terus shida rasa Allahhh Syaz awak kirim untuk saya ke, sangat-sangat terharu shida  terima novel pertama awak ni. Memang berhajat nak beli dari syaz. Terima kasih Syaz 💕

Tak sabar shida nak mula baca,kena cari masa yang betul-betul sesuai sebabnya membaca ni aktiviti yang dah lama sangat shida tinggal. Setiap tahun hanya baca buku-buku pelajaran sahaja, almaklumla shida ni pengurusan pusat tuisyen maka buku-buku sekolah je lah yang shida hadap dan hadam, itu pun dah naik mual dah baca setiap tahun 😂😂

Sebab tu lah shida tak menerima lagi untuk membaca bahan-bahan lain selain baca di blog sahaja. Dalam kepala ni dah terlalu banyak ayat perkataan yang ada sampai satu tahap dah tak boleh terima bacaan apa-apa pun haaaa (alasan) 😁😁 Oh ya! selain parcel novel ni shida ada terima satu lagi parcel pun juga dari seorang blogger, nanti shida share hadiah apa yang shida terima. Kepada Syaz terima kasih untuk Novel ini dan Tahniah juga untuk terbitan Karya Sulung Syaz, teruskan berkarya syaz, shida doakan syaz berjaya dalam apa jua syaz ceburi.


You May Also Like

21 comments

  1. Seronoknya dapat buku.
    Ya ambil masa supaya dapat menghayati cerpen.

    ReplyDelete
  2. Saya memang berminat membaca novel, ada beberapa buah yang saya baca, yang lain saya tidak berpeluang disebabkan selepas sekolah ingat kerja saja. salah satunya hasil karya Prof Hamka.

    ReplyDelete
  3. Hehe selamat membaca shida, semoga terhibur ❤️, maaf atas kekurangan pada cetakan buku tu 😅

    ReplyDelete
  4. wah, atie baru order dekat kak syaz! heeh nanti kak shida review tau!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Shida. Kejutan hadiah buku jadi kenangan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Shida.. saya pun bercadang nak beli novel jugak.. cuma tunggu masa sesuai..

    ReplyDelete
  7. Best kan...tetiba dari blogger dah ada novel sendiri....tahniah Shida

    ReplyDelete
  8. Akak punya tak sampai lagi..tegah sabar menunggu nih..Tak sabar nak baca.akak memang suka dengan karya2 Syaz.

    ReplyDelete
  9. waa.. Tahniah! Bestnyaa dapat hadiah!

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak shida, tahniah dapat hadiah dr blogger :)

    ReplyDelete
  11. Wah..memang surprise ni. Lebih manis...novel karya sahabat blogger.

    ReplyDelete
  12. untung la dpt adiah surprise novel....heee

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. seronok dapat hadiah daripada rakan blogger. Selamat membaca Shida :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah rezeki.. Selamat membaca!!!

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya. Teringin pulak nak baca. nampak menarik hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.