Drama Beri Sedikit Waktu Episod 4 | Slot Samarinda TV3

by - 21:22:00

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 4 | Slot Samarinda TV3
 
Hananiyah merayu untuk tidak memecatnya. Dia berjanji ini kesalahannya yang terakhir. Pada mulanya Imran tidak mahu mendengar rayuan Hananiyah. Hananiyah terus memeluk kaki Imran, merayu supaya dia tidak dipecat. Melihat tindakan Hananiyah, tiba-tiba kemarahan Imran menghilang. Kemarahannya bertukar menjadi simpati. 
 
Dia menerima Hananiyah bekerja semula. Hananiyah lega dan bersyukur dapat bekerja kembali. Selepas ini dia mesti lebih berhati-hati. Dia menyuruh Luqman duduk diam di dalam setor. Kalau Imran tahu anaknya ada di sana tentu Imrah tidak teragak-agak memecatnya. Imran sibuk di tempat kerja. Hananiyah sibuk mengemas. Dia jugak mengambil peluang untuk masak makanan untuk dia dan Luqman. Selesai memasak dia pastikan dapur bersih tip top. Setiap hari begitulah rutinnya. Sesekali, waktu siang dia keluar ke kedai membeli barang. Hananiyah gelisah. Malam itu Imran pulang ke rumah dan terus ke dapur. 
 
Di atas meja, tersedia hidangan yang disediakan Hananiah berserta kad ucapan ‘Terima kasih kerana tidak memecat saya’ -Hananiah. Imran merenung hidangan makan malam itu. Mulanya dia mencemik dan hanya memeriksa sahaja makanan itu. Hananiah mengintai ari tingkap, berdebar mahu melihat reaksi Imran. Kemudian dia melihat Imran mula merasa masakannya nya. Imran menikmati kelazatan masakan tersebut. Hanniah teruja dan gembira. Baharu sahaja hendak menyuap lagi, tiba-tiba Imran mendengar bunyi di luar dapurnya.

Beri Sedikit Waktu Episod 4


You May Also Like

10 comments

  1. Lawak masa dia dengar bunyi kucing tu. Percaya pulak dia yang tu kucing.hahah

    ReplyDelete
  2. byk drama yg best2 dan pelakon yg best2 kuaq kan .. tapi nak follow one by one tak mampu lagi ni huhuhuh

    ReplyDelete
  3. dah mula scene kelakar. lupa malam tadi xde kan.

    ReplyDelete
  4. Selamat menonton drama kegemaran.

    ReplyDelete
  5. meowww!! heheheee besar betul kucing kan?

    ReplyDelete
  6. Lama tak tengok zara zya nie berlakon..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.