Drama Sang Pewaris Episod 1 hingga Episod 13 | Slot Lestary TV3 | Sinopsis, Info dan Lagu Tema

by - 02:35:00

Drama Sang Pewaris Episod 1 hingga Episod 13 | Slot Lestary TV3 | Sinopsis, Info dan Lagu Tema

Setelah tamatnya Drama Lelaki Lingkungan Cinta lakonan Naim Daniel dan Shasha Abedul. Tak lupa juga lakonan dari Ismail Izzani, Shalma Eliana dan juga penampilan baru Cik B. Di mana penceritaan dua remaja sehingga ke jinjang pelamin dan mengharungi liku-liku alam ruamhtangga dan akhirnya berbahagia semula. 

Drama Slot Lestary TV3 kini dengan menampilkan Drama Baharu Sang Pewaris dengan gandingan lakonan hebat Ben Amir dan Amyra Rosli. Adaptasi dari novel berjudul sama tulisan Fizziany menemui penonton mulai 26 November 2020. Boleh Tonton Online dengan wetv/drama_melayu dan telegram_dramatvmalaysia

 

SINOPSIS

  • Ali (Ben Amir) yang selama ini menganggap dirinya adalah anak pungut, dikejutkan dengan kenyataan yang identiti sebenarnya adalah Tunku Ali Khairudin Ibni Tunku Ahmad! Tidak hanya itu, dia juga mempunyai seorang abang kembar.
  • Sewaktu kepulangan yang dinanti keluarga asal, Ali membuat keputusan untuk tidak hadir, sebaliknya menukar identiti sebagai tukang kebun.
  • Sepanjang berkhidmat di kediaman keluarganya, dia mula mengenali satu persatu watak di sana, daripada si pengurus keluarga diraja sehinggalah ke tukang masak dan pemandu rasmi.
  • Ali terus menyimpan rapi identiti sebenarnya, sedang dalam masa sama menaruh hati pada gadis lemah lembut yang bernama Zara Aireena (Amyra Rosli) yang juga merupakan tunang kepada kembarnya.

PELAKON

  • Ditunjangi Ben Amir dan Amyra Rosli serta menampilkan juga Fad Anuar, Wan Sharmila, Mimi Ernida, Fizz Fairuz Zarynn Min, Zamarul Hisham, Ieda Moin. Shiela Mambo, Harun Hashim, Acong Sweetchild dan Zaefrul Nordin. 

INFO DRAMA SANG PEWARIS

  • Produksi : Global Station Sdn Bhd
  • Pengarah : Eyra Rahman
  • Siaran TV : TV3 Slot Lestary
  • Bilangan Episod : 13 Episod
  • Waktu Siaran : 9 malam Rabu - Jumaat


 LAGU TEMA (OST) DRAMA SANG PEWARIS

Tajuk : X Missing U  | Penyanyi : Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Yonnyboii, Tuju

 

Sumber :  Drama Sangat Official Instagram, wetv.vip, google.

 

You May Also Like

11 comments

  1. Yanie baru layan kak..tq sharing kak :)

    ReplyDelete
  2. Hello Ben Alis (sebab ada 2) ehehe

    ReplyDelete
  3. Kakmim follow ceta ni!! X sabar tgu mgu dpn

    ReplyDelete
  4. Wah, macam best je cerita ni. Eza dah follow blog awak.

    ReplyDelete
  5. Eh sedap juga ya la dayang ngan FT ni eh. Haha addicted pulak hehe

    ReplyDelete
  6. suka sgt tgok amyra rosli cantik , watak ali tu kelakar

    ReplyDelete
  7. Tak sempat layan lagi citer ni

    ReplyDelete
  8. myra rosli cantik betul kan, put this drama in list :)

    ReplyDelete
  9. Belum sempat tengok lagi drama ni. pertama kali ben amir ada dua watak dalam satu drama kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.