Pejam celik pejam celik kita dah pun masuk ke bulan baru korang, Hello April 2021! Allahuu cepat sangat masa berlalu. Rasa tak puas berada dalam bulan mac ni, shida pula harini baru berpeluang update entri terbaru. Dua tiga hari ni shida off bloging sat sebab terlalu sibuk dengan kerja kat office, lepas badan tak berapa sihat lagi, perlukan rehat secukupnya lagi-lagi musim panas lit-lit ni.
Bila masuk bulan baru seperti biasa, kita selalu mendoakan hari-hari mendatang ni adalah hari yang sempurna buat kita, samalah seperti shida hari-hari mendoakan yang terbaik untuk shida, suami, keluarga kami berdua dan tak lupa kawan-kawan yang sedang membaca ini, AMIN!
"Never forget the three powerful resources you always have available to you :
LOVE , PRAYER & FORGIVENESS "
Sebenarnya shida ni dalam proses pemulihan, masih dalam menjaga kesihatan dengan baik. Masa bulan februari yang lepas shida alami keguguran (kandungan baru dalam 2 week) Entah lah, mungkin tak ada rezeki kami sebenarnya, so sedih time tu. Tapi walau macam mana pun kena lah banyakkan bersabar berdoa lagi moga diberi lagi rezeki. Korang doakan lagi untuk shida ya 😘
Okay lah nanti sambung untuk next entri, harini banyak nak update dalam blog ni. Shida baru nak kemaskini senarai peserta Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog yang masih berlangsung tinggal 7 hari sahaja lagi. Mana yang belum join dijemput join kerana hadiahnya yang cukup menarik bagi shida dan tak lupa juga, yang join bakal menerima sekeping Kad Raya Limited Edition dari shida. Join tau!

