Mari kita berdoa untuk Pesawat MAS MH370 yang masih hilang | Pray For MAS MH370

by - 00:13:00

Assalamualaikum, peace upon you.

Pray For MAS MH370, sayu hati shida dengar khabar berita yang tersebar luas dalam media dan sekarang sudah pun menjadi isu atau liputan meluas termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online sebagai berita utama "Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia" Portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.
Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan. Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar.Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.

Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang.

Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.Ia membawa 153 orang penumpang warga China. Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka.Dengan tajuk 'Contact lost with Malaysia Air plane' BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat. Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status 'Tergendala' sejak beberapa jam yang lalu.

Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian (www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu sebagai berita utamanya dengan judul 'Malaysia Airlines lose contact with plane – live'.Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia.
Visual kehilangan MAS MH370
sedih menyelubungi hari-hari kita, mari lah berdoa kepada mereka yang terlibat #prayforMH370


sumber: azhafizah

You May Also Like

14 comments

  1. Betul tu kak. Sedih dengan berita ni. Kesian family mangsa2 tu. Huhu.. Semoga mukjizat terjadi dan semuanya selamat. Ameeennnn..

    ReplyDelete
  2. Allahu . Sedih :'( Semoga mereka semua selamat , allahumma ameen !

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...moga semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. Ya allah selmtkn la..mereka..lndungi la mereka krna kuasaMU ssungguhnye tramat besar...aminnn

    salam ptg dan singgah disini
    done follow sini juga
    http://maszie.blogspot.com/2014/03/mh370.html#comment-form

    ReplyDelete

  5. "Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan..
    Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU tempat kami mohon pertolongan..
    aminn

    ReplyDelete
  6. Moga ada berita yang baik hendaknya.Aminnn

    ReplyDelete
  7. banyak andaian yang kita buat..tapi apa2 pun mari kita sama2 berdoa agar pesawat mh370 dijumpai

    ReplyDelete
  8. Doa dan terus berdoa dr buat andaian yg bukan2..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.