Mengimbau Kenangan Sekitar Pertandingan Mewarna PTMC 2019

by - 12:00:00

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Mengimbau Kenangan Sekitar Pertandingan Mewarna PTMC 2019 | Pada tahun lepas 2019, Pusat tuisyen shida ada menjalankan aktiviti pusat iaitu Pertandingan Mewarna bersempena Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan 2019. Aktiviti dijalankan sehari mengikut pada waktu pembelajaran selama 2 jam. Alhamdulillah para pelajar seronok menjalani aktiviti seperti ini dalam waktu yang sama memberi mereka ruang untuk mengekpresi diri mereka yang sebenar. Pada aktiviti bebas ini memang nampak para pelajar bersemangat dan masing-masing bersaing antara satu sama lain :) Jom lihat artwork mereka, peringkat umur dalam pertandingan sekitar 7 hingga 12 tahun yang menyertai program ini, boleh dikatakan ini adalah aktiviti wajib tahunan pusat tuisyen.

Berbakat sebenarnya pelajar-pelajar shida ni, semua pandai mewarna cantik-cantik belaka dengan mainan ton warnanya tingal kemas dengan tak kemas je kan. Ini antara lukisan yang mendapat tempat disetiap kategori yang shida tetapkan. Masing-masing seronok dapat hadiah yang diberikan. Cuma tahun 2020 ni macam tak sempat nak run aktiviti macam ni disebabkan nak kejar silibes yang tertinggal disebabkan PKP tempoh hari. Inshaa Allah akan plan semula pada tahun depan jika diberi kelapangan. Kebiasaan setiap tahun memang akan ada satu aktiviti yang kami buat, jika tak ada aktiviti mungkin akan jalankan bengkel peperiksaan untuk pelajar secara percuma :)

You May Also Like

6 comments

  1. selamat hari merdeka!
    wahh cantiknya lukisan murid-murid cikgu shida!
    zieya tak pandai melukis :(

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaaa student2 ni lukis! zieya tak pandai dunia seni lukis ni.. cemburu betul!

    ReplyDelete
  3. Cantik betul lukisan² nie.. saya pun hingga sekarang masih mewarna😆 sebabnya nak release tension.. tapi carca barba la warnanya...hihihi

    ReplyDelete
  4. Berseni sungguh anak-anak ni semua kan!

    ReplyDelete
  5. Seronok lepskan tekanan dengan mewarna. Sekali-sekala lupakan pelajaran.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.