Disember Penutup Tirai 2021

by - 22:57:00

Sebenarnya entri ini untuk semalam tapi ada saja hal semalam, terus jadi draft je aduhai! Harini dah masuk bulan december di mana bulan terakhir dan bulan penutup tirai untuk tahun 2021. Banyak suka dan duka shida dan husben lalui sepanjang tahun ini.

Mengenangkan masa mac lepas shida keguguran, rasa down dan sangat-sangat sedih. Nak pulih dari semua ini pun mengambil masa yang lama. Kehidupan seharian yang penuh cabaran, shida sentiasa mengalami gejala keletihan yang melampau!

Memang ada yang perasan setiap kali naik entri baru isu letih + penat tak pernah lekang mesti ada terselit walau tak penuh entri tapi type juga. Tetapi memang itulah kebenarannya korang, lepas cucuk vaksin lagi bertambah-tambah berat nanang orang panggil.

Inshaa Allah jangn risau ya, shida sentiasa mahu ke depan, sentiasa nak pulih, sentiasa positif dan sentiasa mahu bahagia selamanya. Bila nak semua ni ianya perlukan kesabaran dan mengambil masa juga, doakan untuk shida agar semuanya baik-baik saja.

Tahun ini juga, negara kita masih dibelenggu corona virus, macam-macam varian yang muncul. Kita juga menjadi susah kerana virus ini dengan hilang sumber pendapatan, hilang kerja, berpisah dengan keluarga, stress juga bila mengenangkan.

Walau apapun semoga kita semua di lindungi Allah swt, semoga Allah swt mengankat virus ini dari bumi. Semoga kita semua dapat kehidupan yang normal dan sentiasa redha dengan apa yang berlaku dan percaya semuanya ada hikmah. 

Bulan Disember Penutup Tirai 2021, harapan shida untuk tahun baru mahukan sesuatu yang lebih sempurna, menggembirakan dan rezeki yang tak putus-putus, Amin. Shida doakan untuk korang juga, semoga hajat dan impian korang tercapai di tahun baru!


You May Also Like

16 comments

  1. Salam disember . Semoga penghujung tahun yg baik sahaja

    ReplyDelete
  2. Semoga Shida dapat hadapi semuanya juga. Amin.

    ReplyDelete
  3. Allah sian shida.. Keep strong k.. Insyallah mana tau rezeki shidah dpt baby tahun depan ke kan... Jgn stress2 k!

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya terus baik2 sahaja untuk shida, dan kita semua

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah semoga kita semua dijauhi dari virus bahaya ni mahupun virus-virus yang lain.

    ReplyDelete
  6. Semuga kak shida dah suami sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, insyaallah

    ReplyDelete
  7. Semoga perkara2 yang baik sahaja mengiringi kita semua. Aamin.. Kuat semangat ye Shida.

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan shida pada tahun ni tahun depan dan tahin-tahun yang akan datang.

    ReplyDelete
  9. Selamat mencatat perkara-perkara indah dalam bab terakhir 2021, Shida!

    ReplyDelete
  10. Bagus Shida sentiasa positif dan kedepan. Ada bahagia lain menanti. Allah maha mengetahui dan merancang yang terbaik untuk kita.
    Semoga yang baik baik dimasa akan datang. Aaaminnn...
    Terima kasih juga doakan :)

    ReplyDelete
  11. Semoga Shida akan kembali bersemangat dan ceria..
    Sha doakan semoga yang baik-baik sahaja buat Shida.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. sekejapan dah nak masuk tahun 2022 huhu

    ReplyDelete
  13. pejam celik lagi 3 hari aje tahun 2021 tinggal

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.