5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA

by - 00:00:00


5 TIPS UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA | Siapa sini yang tak suka Make Up? Shida yakin 100% semua wanita diluar sana dan juga pembaca shida yang cantik-cantik ni suka akan Make Up, betul?? tepuk tangan sikit sebab betul hehee :) Make Up adalah salah satu perkara wajib dalam Menjaga Penampilan Diri. Make Up yang tahan lama juga menjadi idaman dan dambaan setiap wanita untuk kelihatan cantik setiap masa dan dimana-mana sahaja. Shida kongsikan dengan korang 5 Tips yang wajib korang ambil tahu. Lagi pun Lebaran hampir tiba, ini lah masanya kita kena memastikan Make Up kita boleh tahan lama. Nak berjalan-jalan kerumah kawan-kawan dan sanak saudara bukan 2 3 jam, shida percaya hampir seharian nanti kalau beraya kan :) Jadi jom follow 5 Cara Untuk Memastikan Make Up Tahan Lama khas buat pembaca shida :)
 

Makeup ni memang akan menambahkan seri pada wajah seseorang kan, pada masa yang sama penjagaan kesihatan kulit seseorang wanita lebih penting lagi. Bila kulit kita sihat dan flawless, tak payah make up pun dah cantik kan. Sebab tu penggunaan skincare di gabungkan dengan make up kombinasi terbaik untuk menjaga penampilan kita. Pemilihan pencuci muka, moisturizer, krim siang, make up remover, toner dan di akhiri pula dengan penggunaan night cream sebelum tidur akan menjadikan kulit kita awet muda dan kurang dihinggapi jerawat. 

Tak perlu pergi jauh, baca je tutorial memilih skincare di nikmatterbaik.blogspot.com untuk senarai skincare terbaik boleh diperolehi di farmasi berhampiran seperti Watson. Sebagai wanita, kita memang wajib menjaga penampilan diri walaupun selepas berumah tangga. Jika kita kelihatan menarik dan berperibadi mulia, pastinya pasangan kita akan lebih teruja untuk pulang ke rumah setiap hari untuk bertemu dengan isteri yang cantik jelita. Berapa banyak pasangan suami isteri di luar sana mengalami krisis rumah tangga kerana suami beralih arah kerana si isteri dikatakan tidak lagi menarik di mata mereka (Sumber Hafizah Haron di Guamansyarie) Walaupun alasan ini tidak munasabah, tetapi demi menjaga kerukunan rumah tangga, setiap usaha yang kita lakukan kerana Allah SWT pasti akan mendapat pahala yang balasannya syurga.

 


1. Cuci Muka Dengan Bersih
Langkah yang pertama, pastikan anda mencuci muka dan memastikan kulit bebas minyak dan apa jua bentuk kotoran.

2. Sapu Krim Muka atau krim Asas
Kemudian, sapu krim muka atau krim asas dengan tidak terlalu tebal sebelum anda memakai bedak atau mengenakan blusher.
 

Pemilihan krim muka atau bedak asas yang sesuai dengan kulit muka sangat penting kerana sekiranya tersalah pilih, ataupun kurang serasi boleh menyebabkan masalah jerawat yang teruk. Memang breakout jerawat kat kulit tu, Nampak tak cantik sangat. Masalah ni sangatlah ketara bila kita pergi outstation dan pergi bercuti bersama keluarga. Maklumlah masa bermusafir ni kadang kadang kita terlupa pula bawa skincare dan set make up. Di tambah pula dengan factor cuaca kawasan kita bercuti tu, kita ambil contoh di pulau langkawi ataupun pusat tarikan pelancong seperti Melaka (source ibusyurga). Panas sungguh cuaca kita di sana, kulit kita jadi berminyak dan kalau tak dibersihkan denga betul, boleh tersumbat pori pori liang peluh tu. Habis berjerawat selepas balik trip. Jadi, rancang percutian kita dengan baik supaya tak la berakhir dengan mimpi ngeri lepas habis cuti tu.

3. Sapukan Base Eyeshadow
Untuk bahagian mata, sebelum anda menyapukan sebarang eyeshadow dikelopak mata anda, sapukan terlebih dahulu base eyeshadow secara menyeluruh (base eyeshadow lazimnya berwarna krim atau putih)

4. Gunakan Eyeliner dan MaskarWaterproof (kalis air)
Kemudian buat garisan lurus diatas dan bawah kelopak mata dengan menggunakan eyeliner waterproof (kalis air) . Gunakan juga maskara waterproof untuk melentikkan bulu mata anda.

5. Sapukan Bedak Pada Bibir Sebelum Memakai Lipstick
Untuk sentuhan terakhir, sapukan bedak terlebih dahulu dibahagian bibir anda sebelum mengenakan gincu atau lipstic. 


Haaa..macam mana 5 cara yang shida share dengan korang? mudah bukan? Pastikan korang ikut langkah-langkah berikut untuk mendapat solekan yang lebih tahan lama. Ada lagi info untuk korang! korang boleh luangkan masa untuk melayari laman web ZALORA MALAYSIA hari ini juga kerana untuk mendapatkan barangan atau produk kosmetik yang terbaik dan harga berpatutan. Diskaun?? pasti ada! Jom shopping di ZALORA MALAYSIA! Selamat mencuba! :)


You May Also Like

32 comments

  1. Nampak mudah dan ringkas je

    ReplyDelete
  2. base eyeshadow tak pernh guna..huhuuh

    ReplyDelete
  3. good tips..ida suka letak mnyk kelapa dara skit,,pastu sapu ngn bedak..tahan lama..nti just touch up skit je

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum shida.. wahh tips yang bagus tapi sheila tak reti bermake up. sekadar guna pencuci muka dengan lipgloss hehehe singgah menabung invest smart sini~~~

    ReplyDelete
  5. nak tengok kak shida make up dulu, hehehe :-p

    ReplyDelete
  6. nice tip ! sha selalu mekap takdan setengah jam dah cair... haha

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum shida...wah terbaik tips ni..:)

    ReplyDelete
  8. kalau fiza make up biasa je..guna foundation 2 in 1 pakai eyeliner n liptint/lipgloss :) btw, thanks for the tips :)

    ReplyDelete
  9. tipss menarik! boleh di pakai untuk di hari raya nanti..weee~

    ReplyDelete
  10. waa nice sharing kak shida :)

    ReplyDelete
  11. yg last tu, final step sy sapu lip gloss selalunye. hehe

    ReplyDelete
  12. Tips no 5 tu memang bebetul tuh..

    ReplyDelete
  13. Yang part bibir tu sangat setujuu :D

    ReplyDelete
  14. dlu bleh la akak prakyikkan skang kurg mekap..hehehe

    ReplyDelete
  15. sy kurang bermakeup.. sebabnya bila pakai rasa panas je muka.. pastu tak tahan.. kjap je dah hilang..hehe

    ReplyDelete
  16. Nice sharing... Tmbh pengetahuan wpun kurg make up..

    ReplyDelete
  17. Nice sharing...byk yg dipelajari ttg mekap arini..

    ReplyDelete
  18. boleh dicoba nih caranya agarbedak nya tahan lama dan sempurna hehe :) thanks infonya

    ReplyDelete
  19. Tips yang menarik. Tapi, itulah tu. Makeupnya tak reti. pakai apa ada je la kak. bedak dgn lipstick hee

    ReplyDelete
  20. Bagus tips ni.. tak penah lagi letak bedak sebelum lipstik.. hehe untuk bibir ni Cik TK tak boleh nak pakai sembarangan. Sebab bibir terlalu kering dan selalu pucat. Memang dari dulu macam tu. Jadi biasa pakai lipbalm berwarna, atau pakai apa2 jenis lipcream ke lipstick ke yang ada kandungan moisturizer.

    ReplyDelete
  21. Tips yang menarik tapi tue la, bila pakai makeup nmpk mcm opera cina😂😂😂langsung xde seni dlm makeup...

    ReplyDelete
  22. Nice info!!!!
    Nak try part bibir tu.. ooo. letak bedak dulu eh.. noted.. tq

    ReplyDelete
  23. thanks sharing! dlm byk2 ni.. sy pakai lipstick jaaa. hehe simple

    ReplyDelete
  24. Baru baca ini, saya tak pandai berias pula kak, hahhaa

    ReplyDelete
  25. nice sharing, walaupun kite tak make up. hehe banyak pakai bedak baby je

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.