Nak Belajar Dari Zero To 100 Million? Jom! Sertai Kuasai Marketing 2021 Secara Percuma Bersama RichWorks

by - 19:20:00

Nak Belajar Dari Zero To 100 Million? Jom! Sertai Kuasai Marketing 2021 Secara Percuma Bersama RichWorks | Korang perasan tak, sejak-sejak covid19 melanda seluruh dunia termasuklah negara kita ni, dah ramai orang mula hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan, tambahan lagi teruk hilang keluarga dek kerana wabak covid19 ini sebab apa? punca adalah masalah kewangan. Masalah ni bukan biasa-biasa ya, ini adalah antara punca masalah utama bila corona virus ini melanda. Shida akui juga, diri shida dan keluarga juga terkesan, shida yakin korang yang membaca juga turut terkesan, senang kata semua orang terkesan dengan wabak covid19 ini.

Dalam kita melawan arus covid19 ini, sedar tak sedar kita dah pun melalui fasa ini selama 276 hari hari ini. Ia adalah satu tempoh atau jangka yang sangat lama untuk kita. Kalau buat bisnes pun kemungkinan dah masuk satu fasa ke tangga kejayaan. Sebut pula pasal bisnes, dalam ramai orang hilang pekerjaan, kini mereka sedar bisnes adalah salah satu sumber atau mata pencarian bagi sesetengah orang. 

Orang berbisnes sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai sekarang yang mahu menceburi bidang bisnes ini. Tak kiralah bisnes online atau offline, apa yang penting kemahuan dalam mencari sumber pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.

Berbisnes juga bukan sahaja ada kemahuan tapi perlu juga ada kemahiran dari segi teknik dan marketing. Shida nak share dengan korang satu platform yang boleh korang sertai secara percuma bersama RichWorks. Di sana nanti korang akan pelajari bagaimana nak handle Bisnes Tak Jalan atau Merundum, cara nak handle Hutang Bisnes Yang Meningkat, cara nak Tingkatkan Sale dan banyak lagi sebenarnya yang akan didedahkan.

RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan Lebih RM2 bilion Tahun 2020

Sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini. Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. 

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. 

Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan. Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. 

Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.

Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, kami juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.  

Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 

Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.  

Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.

Nak Kuasai Marketing 2021? 

  • Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
  • Ingat lagi sales pernah RM0? 
  • Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 
  • Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama? 
  • Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama? 
  • Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
  • Dah capai RM 1 juta yang pertama? What's Next?
Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. 
 
Nampak apa yang tertulis di dalam poster di atas, shida percaya semua boleh membacanya dengan jelas! Jadi jangan lepaskan peluang! Jom rebut peluang keemasan ini menyertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 secara percuma khas kepada 3000 Pendaftar Terawal. 
 
Nak belajar dari zero to 100 million? Jom layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut sekarang. 
 
MAKLUMAT PROGRAM 
PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING 
Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad) 
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang 
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar
 
Mengenai RichWorks International :
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
 
Hubungi RichWorks International:

Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, 
40100 Shah Alam Selangor, Malaysia.
Laman web : www.richworks.com   |  Website : www.zerokosmarketing.com
Mobile : +6019 244 2244  |  Emel : inquiries@richworks.com.my
 
 
Siapa Pula Datuk Wira Dr. Azizan Osman?
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.
 
Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas & Pengerusi Eksekutif. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.
 
Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer selebriti yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.

Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 300 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini mencecah lebih RM500 juta setiap tahun.
 
Ikuti Beliau di laman sosial di bawah :
Facebook Page: 
Instagram: 
Twitter: 
TikTok: 
Youtube: 
 
 
Harap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi sesiapa yang ingin menceburi dalam bidang berbisnes ini, tak kira dari bisnes kecil hingga ke bisnes besar. Tak rugi pun kita ceduk  ilmu dari ilmuan seperti Datuk Wira kita ni, dalam menambah ilmu pengetahuan kita menambah lagi income kita dari zero to hero! Semoga bermanfaat!

You May Also Like

7 comments

  1. Menarik ni :). Eza singgah blogwalking ya.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga sesiapa hendak belajar teknik pemasaran.

    ReplyDelete
  3. Marketing memang penting dalam perniagaan.

    ReplyDelete
  4. Dapat pangkat Datuk Wira pulak ye?

    ReplyDelete
  5. Menarik ni..mana yg ada bisnes wajib join!

    ReplyDelete
  6. wajib join sapa2 yg buat bisness ni kan .. sbb ilmu surely boleh manfaat :)

    ReplyDelete
  7. semoga memberi manfaat pada yang memerlukan..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.