Panduan Cara Mohon i Sinar KWSP (Pengeluaran Akaun 1)

by - 13:19:00

 
Panduan Cara Mohon i Sinar KWSP (Pengeluaran Akaun 1) | Seperti yang korang sedia maklum pihak KWSP ada mengeluarkan satu program bantuan sebelum ini khas untuk pencarum yang terkesan  dengan krisis covid19 yang dinamakan i Lestari KWSP dengan pengeluaran maksima RM500 sebulan selama 12 bulan menggunakan Akaun 2. Shida juga diantara yang memohon untuk program ini.
 

Terbaru KWSP mengeluarkan satu lagi program yang sama dinamakan i Sinar KWSP dengan pengeluaran menggunakan Akaun 1 pula. Tujuan program ini dilancarkan bagi kemudahan Ahli Kwsp yang terjejas dalam tempoh krisis Covid19 bagi membantu mereka yang terjejas untuk meneruskan kelangsungan hidup.

 

SEBELUM MEMOHON I-SINAR ANDA PERLULAH  

  1. Bagi melancarkan urusan permohonan, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon dicawangan atau kios kwsp dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i Akaun.
  2. Pastikan Akaun Bank yang didaftarkan kepada kwsp semasa pendaftaran hendaklah masih aktif dan hanya akaun milik anda bukan milik bersama.

CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 21 Disember 2020.
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
  5. Tetapkan amaun pilihan.
  6. Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
  7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  8. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
  10. Permohonan anda diterima dan akan di proses. 


 TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR KWSP

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
 

AMARAN!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN APLIKASI PALSU I-SINAR

Setakat ini tiada lagi aplikasi yang telah dibangunkan atau kerjasama bagi meminta sebarang maklumat mengenai permohonan i-sinar. Anda dinasihatkan muat turun aplikasi i Akaun Kwsp bagi semakan atau melihat sebarang transaksi di dalamnya.

Ahli kwsp disarankan merujuk info penuh dan sahih hanya di laman sesawang kwsp atau media sosial kwsp sahaja. Sekiranya menemui sebarang info yang mencurigakan segera melaporkan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.


You May Also Like

21 comments

  1. Uit..bahaya sungguh ada apps palsu. Risau jugak kot ramai yang percaya, sebab sekarang ni apa2 semua rajin share kat grup2 WhatsApp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ujie..bahaya..byk bantuan..byk la scammer! hati2 tau!

      Delete
  2. Replies
    1. Silakan uncle..pastu lanje shida eskrim eh ^_^

      Delete
  3. Semoga urusan pemohon semua berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  4. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amiin.

    ReplyDelete
  5. hopefully nanti bila apply dpt approval huhuh

    ReplyDelete
  6. Boleh mohon juga nih..kena hati-hati apps palsu juga

    ReplyDelete
  7. sy macam nda layak ja hehehhe

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan urusan permohonan dan lulus kepada mereka yang memohon. Semoga dimanfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. Uiii apps palsu?? Macam2 la sekarang ni.. huhuhuuu

    ReplyDelete
  10. Sha ada tolong orang buat.. geram je..
    Memula buat tu memang tak boleh.. 2,3 kalilah juga cuba..
    sudahnya pergi ke kwsp tapi tak boleh masuk sebab kena ambil nombor awal pagi baru boleh.. Cuba lagi sekali buat guna telefon, eh.. elok pula dia mahu.. Tak de minta no otp pun.. hadoilah.. hampeh betul sistem dia..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.