• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

 
 
Tips Berpuasa Di Bulan Ramadhan | Dalam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan ini, mampukah kita menjalani dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Ingat ya! bulan puasa ini adalah untuk kita belajar menginsafi, belajar berjimat-cermat dan juga belajar bersyukur, dalam erti kata melatih diri dari bersederhana dalam segala segi.

Syukur sangat! hari puasa pertama shida dapat menjalani ibadah dengan cukup sempurna kerana puasa pertama jatuhnya pada hari shida cuti iaitu hari selasa bersamaan 1 Ramadhan. Disebabkan cuti, husben dah pun request untuk sahur nanti nak makan apa. Disebabkan husben bekerja pada awal pagi maka sahur nanti kena masak nasi dan lauk. 

Di bulan puasa kita kena tahu cara kita mengawal perbelanjaan, pemakanan dan kesihatan. Ini ada beberapa tips yang boleh korang jadikan panduan ketika berpuasa di bulan ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan berpuasa.

 
Minum Air Kosong
Banyakkan minum air terutama air kosong ia membantu dalam proses nyahtoksin (detoxification) atau pembuangan toksin yang terkumpul semasa berpuasa. Mulakan dengan pengambilan segelas air mineral atau air kosong sebelum mengambil apa-apa hidangan.

Bersahur dengan Makanan yang Berkhasiat
Makanlah makanan yang berkhasiat secara sederhana tetapi mencukupi supaya dapat memberi tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Anda disarankan memakan sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan rasa lapar dan juga baik untuk kesihatan anda.
 
Berbuka dengan Buah Kurma
Buah Kurma bukan sahaja penuh dengan sumber tenaga, vitamin, mineral malah dapat membantu mengelakkan sembelit. Buah kurma merupakan makanan yang digalakan untuk berbuka puasa. Selain itu, buah kurma juga akan membuat perut terasa kenyang dengan lebih cepat. Oleh itu, kita dapat mengawal dan mengelak memakan secara berlebihan ketika berbuka puasa.
 
Tidur yang Cukup 
Tidur yang cukup adalah amat penting. Pilih menu yang dapat disediakan dengan lebih cepat dan sihat misalnya oatmeal, susu dan buah. Proses untuk menyiapkannya sanagt mudah, ia akan membantu anda menjimatkan masa dan memperolehi masa tidur yang mencukupi semasa berpuasa. Gangguan dan kurang masa tidur juga akan menjejaskan kesihatan anda.

Lewatkan Makan Makanan Berat
Lewatkan memakan makanan berat iaitu selepas solat maghrib. Berbuka puasa dengan terus memakan makan berat hakikatnya menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan. Dengan berbuka secara ringkas anda akan merasa kenyang dan kurang mengambil makanan berat selepas solat maghrib.

Lebihkan Buah dan Sayur-sayuran
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan  ketika bersahur kerana ia membantu anda mudah lawas, membekalkan air secara semula jadi dan mencukup nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari untuk kesihatan yang optima.

Elakkan Minum Minuman Berkafein
Kafein merupakan sejenis deuritik, Deuritik mengurangkan kadar air dalam badan dengan menggalakkan pengeluran air kencing. Kehilangan air yang terlalu cepat boleh mengakibatkan penyahidratan dan menyebabkan anda mudah terasa lapar. 
 
Semasa berpuasa, minuman berkafein seperti teh, kopi, coklat dan soda adalah amat tidak digalakkan sama sekali. Elakkan meminum teh ketika bersahur kerana ia menggalakkan pengeluaran air dalam badan dan anda akan berasa cepat haus dan lesu sepanjang hari. Air yang sesuai diminum ketika bersahur adalah air kosong atau pun susu.

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Penyakit 3 Serangkai Kini Selesai - Eskayvie Phytax | Korang tahu tak, zaman sekarang ni zaman kita mudah mendapat penyakit. Salah satu penyakit yang popular di Malaysia adalah penyakit 3 serangkai ini. Korang tahu tak apa tu penyakit 3 serangkai? Umumnya penyakit 3 serangkai ini adalah penyakit kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung koronari.

Penyakit ini dikaitkan dengan faktor gaya hidup kita seharian yang tidak sihat. Jika penyakit ketiga-tiga ini tidak dirawat lebih awal boleh mengakibatkan serangan jantung. Tetapi jangan risau penyakit 3 serangkai ini boleh dicegah melalui gaya hidup yang sihat dan membuat rawatan kesihatan setahun sekali.

Individu yang berisiko menghadapi penyakit ini adalah mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan lewat malam, merokok dan tidur tidak menentu. Kita sepatutnya menitik beratkan tentang kesihatan dan permakanan kita seharian begitu juga aktiviti seharian yang dilakukan oleh kita. 

Penyakit tiga serangkai ini selalu dikaitkan dengan diabetes mellitus iaitu gula tinggi, hypertension berkaitan dengan tekanan darah tinggi serta dyslipidaemia berkaitan kolestrol. Penyakit ini menjadi salah satu punca kematian yang paling tinggi di Malaysia tak kira lelaki mahupun perempuan.  

Kini satu program Kawal Kencing Manis telah diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia untuk lebih sihat dan mengawal penyakit mereka. Program sebegini sememangnya bagus untuk mereka yang tidak dapat mengawal penyakit secara kendiri. Motivasi, jadual pemakanan serta rawatan secara online diberikan dalam program ini, menarik bukan?

Setiap Penyakit Ada Ubatnya..

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Satu penyakit mungkin hanya mempunyai satu ubat tetapi berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari masa ke semasa telah membongkar rahsia fitonutrisi dari alam tumbuhan memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat.
 
Bayangkan fitonutrisi dari anggur bukan daripada buahnya tapi diperolehi daripada kulit dan bijinya. Manakala buah manggis mengandungi antioksidan yang berkuasa tinggi iaitu xanthone yang diperolehi daripada dari kulitnya dan bukan dari isinya. Namun siapa yang makan biji anggur? Siapa yang makan kulit manggis? Ini lah peranan saintis yang memudahkan manusia mendapat khasiat dari fitonutriens tersebut  dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan.

Daripada Jabir Bin Abdullah dari Nabi s.a.w bersabda : Tiap-tiap Penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah swt. (Riwayat Muslim dan Ahmad) .

Nabi menyatakan : "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga : "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua (mati)”

 

Jangan risau penyakit ini boleh dicegah jika melakukan langkah yang betul!

  1. Melakukan pemeriksaan awal
  2. Melakukan aktiviti outdoor atau bersenam
  3. Mengamalkan pemakanan yang seimbang
  4. Mendapatkan tidur yang cukup
  5. Mengambil suplimen tambahan
  6. Menyertai program kesedaran atau bantuan kawalan penyakit ini

 

Ayah juga seorang penghidap penyakit Kencing Manis (Diabetes) & Darah Tinggi.

Bila tengok ayah sekarang memang kesian, semakin kurus sejak penyakitnya tidak terkawal. Berdasarkan pengalaman menjaga ayah dengan penyakit ini cuma ayah susah nak kawal pemakanan dia, sat-sat lapar saja, sampai satu masa terpaksa tahan dia dari makan secara berlebihan. 

Lagi satu kalau minum minuman berkafein, bab ni pun ayah sukar nak kawal lagi-lagi bila minum 3 in 1 nescafe tu aduhai dia jadi ketagih lain macam. Sampai satu masa hari-hari nak minta minum itu sahaja. Naik pening dan susah hati lah mak bila ayah asyik minta nak minum minuman itu.

Setiap hari, ayah akan meminta bantuan untuk cucuk insulin dia,bab ni memang mak lemah dan kalah. Mak memang lemah sikit kalau bab cucuk cucuk ni. Akhirnya ayah cucuk sendiri sebab anak isteri dia penakut jarum. Ayah terpaksa mengambil insulin kerana gagal mengawal paras gulanya dan menyebabkan ayah terpaksa cucuk sendiri dirumah.

Sejak program kawal kencing manis wujud dan mengikuti program ini juga, ayah kini lebih sedar dan dapat mengawal paras gula sendiri. Sekarang jadual pemakanan dah ada, terus jadi senang nak urus. Kini ayah lebih sihat dari sebelumnya, lebih cergas dan bertenaga. Alhamdulillah, seronok tengok ayah sekarang.

 

Suka sangat makan makanan segera disebabkan pembuluh darah hampir pecah.

Makanan segera adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia yang paling mudah didapati pada bilabila saja dalam suasana kehidupan yang semakin sibuk ini. Rasanya yang enak membuatkan ramai yang tidak sedar bahawa ia tidak mempunyai sebarang kandungan nutrisi dan boleh membawa mudarat jika diambil tanpa kawalan dan secara berlebihan tanpa sokongan nutrisi yang diperlukan tubuh. 


En Khamli adalah di antara pencinta makanan segera yang sejak muda telah menikmatinya tanpa mengira masa. Meskipun sudah disahkan menghidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun dahulu, En Khamli masih memandang remeh tentang penyakit yang dihidapinya. Bagi beliau, ia masih di peringkat awal dan tidak perlu risau kerana ia bukanlah sesuatu yang serius. Selain culas makan ubat, En Khamli juga sudah lama tidak membuat pemeriksaan doktor. 

Memandangkan beliau masih tidak nampak kesannya, En Khamli masih terus mengamalkan gaya hidup sama seperti ketika muda. Selain sering tidur lewat, beliau sangat gemar makan makanan segera serta sukakan air minuman yang manis dan bergas.

Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba En Khamli rasakan dunia seakan terbalik. Semuanya berpusing dan beliau langsung tidak boleh berdiri kerana terasa seperti hendak jatuh. Beliau langsung tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu terbaring menanggung kesakitan di bahagian kepala dan bahu.

Rupa-rupanya, bacaan darah tinggi beliau melambung tinggi sehingga terpaksa dibawa ke hospital. Doktor menyatakan En Khamli bernasib baik kerana pembuluh darah beliau tidak pecah dan cepat mendapatkan rawatan. En Khamli terpaksa ditahan di wad bagi memastikan tekanan darah tinggi kembali stabil sebelum dibenarkan pulang.

Anak-anak yang risaukan keadaan ayah mereka telah memberikan suplemen Eskayvie Phytax untuk dicuba. Pada mulanya En Khamli agak marah kerana beliau tidak percaya kepada suplemen dan menganggap bahawa ia sebagai satu pembaziran kerana membeli produk yang mahal tetapi belum tentu memberi kesan. Beliau juga menganggap bahawa sakit adalah satu perkara biasa bagi orang yang sudah berumur dan tidak perlu membazir untuk mendapatkan ubat selain daripada apa yang doktor berikan.

Namun selepas pengambilan Eskayvie Phytax, En Khamli terasa perubahan yang ketara pada dirinya. Bacaan gula darah beliau yang dahulu tinggi mencapai 13 mmol/l kini turun kepada 6mmol/l. Tangan beliau yang sakit juga sudah mulai boleh diangkat walaupun masih belum sepenuhnya. Kini,badan beliau terasa sangat bertenaga dan sudah boleh melakukan kerja-kerja ringan harian. Apa yang lebih menggembirakan ialah bacaan tekanan darah beliau juga sudah stabil.

Setelah membuat pembacaan, barulah En Khamli tahu bahawa Eskayvie Phytax sebenarnya diformulasikan oleh seorang doktor perubatan yang dihasilkan dengan sukatan dan dos yang bersesuaian bagi pesakit kencing manis. Malah, doktor juga banyak berkongsi tentang amalan gaya hidup sihat yang perlu dilakukan bagi mengawal kencing manis untuk mengembalikan kesihatan kepada asal.

Kini, En Khamli semakin positif untuk menjalani kehidupan. Beliau juga mulai mengamalkan pemakanan yang sihat dengan sokongan suplemen Eskayvie Phytax serta melakukan senaman untuk memastikan kesihatan beliau sentiasa berada di tahap yang baik. En Khamli berasa sangat yakin bahawa pengambilan Eskayvie Phytax yang berterusan beserta nasihat kesihatan yang diterimanya akan membantu beliau menikmati kehidupan yang lebih bererti demi keluarga tersayang.

Penyakit kencing manis sebenarnya bukanlah berpunca daripada kurang makan ubat atau kurang suntikan insulin mahupun kurang suplemen atau vitamin. Hakikatnya ia telah berakar umbi daripada kecuaian penjagaan terhadap gaya hidup yang sihat oleh diri sendiri. Bagi membalikkan dan menyembuhkan kencing manis, perkara utama ialah harus komited untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Terutamanya dari segi menjaga pemakanan dan senaman yang harus dilakukan secara istiqomah.
 

Namun begitu, suplemen turut mempunyai peranan yang amat penting dalam proses membaik pulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh untuk kembali pulih daripada penyakit kencing manis. Lebih-lebih lagi suplemen dengan gabungan fitonutrisi boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi kencing manis. Fitonutrisi di dalam manggis amat baik bagi menguatkan sistem imun badan, bertindak melawan sel kanser, mengembangkan salur darah dan amat baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit kencing manis, kesan anti-radang yang kuat ini sudah tentu dapat meredakan keradangan kronik yang wujud akibat permasalahan gula dan insulin yang tinggi. Manggis juga memiliki kesan merencatkan enzim Amylase yang menghadamkan kanji kepada gula. Kesan ini mampu mengurangkan penyerapan gula dari usus ke darah.
 

Eskayvie Phytax terbukti keberkesanan dalam melindungi tubuh manusia. Ia memberi pencegahan dan penyembuhan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, masalah buah pinggang, mata dan kesihatan otak.

Dengan pengambilan Eskayvie Phytax ini ia juga dapat hilangkan kebas-kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan mengembalikan kesegaran serta bertenaga. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang untuk keluarga anda.

BONUS UNTUK ANDA! Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian dalam program Kawal Kencing Manis. Info lanjut boleh layari laman sesawang www.phytax.com.my.


Website : www.phytax.com.my

Website : www.kawalkencingmanis.com 

Eskayvie Malaysia

 https://www.facebook.com/eskayviemalaysia/

  Eskayvie Malaysia

https://instagram.com/eskayviemalaysia

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak | Lafaz Niat Puasa Harian & Sebulan | Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua kita di Bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan yang dinanti seluruh umat islam serata dunia. Apa itu puasa? Maksud dan pengertian Berpuasa adalah "Menahan Diri". 

Dari segi istilahnya syarak berpuasa bermaksud Menahan diri daripada makan dan minum serta menahan dari melakukan perkara-perkara yeng boleh membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari beserta niat.

Jika berpuasa mestilah kena ada lafaz niat, masih ingatkah niat puasa yang selalu mak ayah kita ajar dulu. Sekarang dah tiba masanya kita mengajar anak- anak berniat pula. Terlupa niat puasa bagaimana? Jom baca ayat di bawah.

 

 1. Lafaz Niat Puasa Harian :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى
 
  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

    

2.  Lafaz Niat Puasa Sebulan :

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

 

Di sini shida mengucapkan kepada semua yang beragama islam terutama kawan-kawan blogger shida, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Mohon maaf jua atas salah dan silap akan tuturkata dalam setiap dalam penulisan saya.

Moga Ramadhan kali ini memberi ruang dan peluang kepada kita untuk melaksanakan amal ibadah dengan sebanyaknya dan sebaik mungkin Inshaa Allah. Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa | Marhaban Ya Ramadhan.


Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Jom Cetak Kad Raya Murah | Shida Radzuan Blog | Akhirnya terbuat juga entri ini hahaaa, tak tahu sibuk tahap apa shida sekarang ni. Harap-harap boleh kawal lah kesibukan shida ni, belum lagi masuk bulan puasa kan. Entri kalini untuk mempromosikan biznes sampingan shida every year shida buat cuma berkesempatan buat promosi atau tak saja.

Untuk cetak kad raya ni shida dah buat melebihi 10 tahun ya, sejak dari tahun 2012 tak silap shida. Servis mencetak ni shida buat sejenis style sahaja iaitu jenis sekeping macam poskad depan sahaja boleh depan dan belakang juga boleh bersaiz A6. Design juga shida dah sediakan design ready made yang mana customer tinggal pilih sahaja.

Servis shida mudah dengan satu harga korang dapat kad raya bersama percuma pos semenanjung sahaja dan percuma sampul kad raya. Ya! jangan risau servis shida ni serendah 20 keping dah boleh dicetak. Setengah tempat kadang tu tak layan cetak sikit-sikit semua main 100 ke atas kan tapi shida boleh saja serendah 20 keping.

Jadi kalau ada yang berminat boleh lah roger-roger shida, zaman sekarang kad raya juga masih diguna pakai, sangat sentimental value tau! Raya norma baharu tak dapat rentas negeri boleh la kita kirim KAD RAYA sebagai pengganti diri untuk mengucapkan ucapan korang kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Sebut harga (2021) untuk jenis material kad biasa ArtCard 260gsm

Sebut harga (2021) untuk jenis material kad liminate gloss/matte 260gsm

  • Saiz Kad adalah saiz A6 (boleh cetak depan sahaja/depan & belakang)
  • Free pos untuk semenanjung sahaja (sabah sarawak + RM10)
  • Free sampul putih untuk kad raya
  • Free Design untuk design yang dah sedia ada sahaja (cuma tambah word/gambar)
  • Nak guna design sendiri pun boleh saiz gambar : 1748 X 1240 (melintang atau menegak)
  • Shida kumpul order bermula hari ini 11 April 2021 sehingga 20 April 2021 (10 hari)
  • Berminat? boleh hubungi shida di sini ya : Nak order Kad Raya 2021
 
 Boleh lihat disini untuk cetak kad raya tahun-tahun sebelumnya :)


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Giveaway Raya Bersama SRB - Tamat | Alhamdulillah lega sangat akhirnya Giveaway Raya bersama Shida Radzuan telah pun TAMAT. Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta Giveaway ini kerana menyertai dan dan support giveaway ini. Lepas juga hajat shida yang tertangguh lama sejak dari tahun 2020 lagi sudah ada niat nak buat giveaway ini.

Alhamdulillah sepanjang 10 bulan shida kembali aktif bermula Julai 2020 sehingga kini, memang nampak segala pencapaian yang shida dapat dalam masa yang singkat. Ini semua kerana kawan-kawan blogger yang selalu turun naik carta Geng Kuat Komen yang paling aktif dan sporting memeriahkan blog shida ini selama 10 bulan, Terima kasih korang!💋

Perhatian kepada semua peserta giveaway ini untuk semak semula no.penyertaan, semak semula link sama ada betul atau tak dan yang paling penting sekali malumat butiran yang shida minta harap semua sudah pun beri kepada shida melalui email yang disediakan. Peserta giveaway ini terdiri daripada mereka yang tersenarai dibawah, boleh blogwalking ya :)

 

Senarai Peserta Giveaway Raya BSRB

  1. https://kasihkuamani.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  2. https://nayfatimahrasyid.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  3. https://itsthesuraya.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  4. https://yaniej.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  5. https://me-soul-searching.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  6. https://tiaarasapphire.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  7. https://ikashoid.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  8. https://www.yayaazura.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  9. https://bilagadiskidal.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  10. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  11. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  12. https://at-tarmizi.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  13. https://www.shikinrazali.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  14. https://mrsablogstori.blogspot.com/2021/03/Mrs.A%20join%20giveaway%20raya%20bersama%20shida%20radzuan%20blog.html 💙
  15. https://loveneddy.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  16. https://www.travelogsyuhadasalleh.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  17. https://www.farhanajafri.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  18. http://www.naniey.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  19. https://littleadamantium.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  20. https://www.aienienka.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  21. https://www.siinurul.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  22. https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html💙
  23. http://www.ombakbergigi.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  24. https://www.sheilainspire.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  25. https://www.baeroslan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-redzuan-blog.html 💙
  26. http://www.suriaamanda.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  27. https://aniesandyou.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  28. https://www.youthayuju.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  29. https://belogsjm.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-redzuan.html  💙
  30. https://www.nonasani.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  31. http://www.mamapipie.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  32. http://galaksiviral.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  33. https://www.ezaboomboom.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  34. http://www.zukidin.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  35. https://anakomak6.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  36. https://zieyaweasley.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  37. https://atelophobia-me.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html  💙
  38. https://misshamakeupstore.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  39. https://www.mialiana.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  40. https://famf-tower.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  41. https://penselduabee.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  42. https://ema-mel0dy.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  43. http://zzzyy.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  44. https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  45. https://saranur74.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shidaradzuan.html 
  46. https://tetikusmerah.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  47. https://blognisalpunya.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙 
  48. https://www.alienoren.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  49. https://salamisimon1.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  50. https://www.azhafizah.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  51. https://syuderis.blogspot.com/2021/04/blog-post_2.html 💙
  52. https://www.aziankhalil.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  53. https://cikyatiedotcom.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
  54. http://nardnerd.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  55. https://hidayahmosni.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  56. https://ctcheery87.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  57. https://salatulzarida.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙
  58. https://ramaramapendek.blogspot.com/2021/04/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html 💙

**Catatan : 💙 sudah beri maklumat butiran (Nama & Alamat)

 

Harap semua bersabar ya, keputusan akan shida umum dalam masa terdekat kemungkinan pada bulan Ramadhan nanti sama ada Ramadhan pertama atau kedua sebabnya masih ada 5 peserta lagi yang belum beri maklumat butiran yang shida minta. Jadi jika semua selesai shida akan umum kan 10 Pemenang bertuah Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog.

Maka dengan ini shida menamatkan Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog. Terima kasih sekali lagi kepada semua 58 peserta yang terlibat sepanjang giveaway ini berlangsung selama 20 hari. Jumpa lagi untuk next entri ya. Bai bai 😁


Share
Tweet
Pin
Share
27 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • aziankhalil.com
    Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
    27 minutes ago
  • Blog Begins At Forty
    November 1, 2026
    9 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Makanan Terbaik untuk Pesakit Diabetes Warga Emas
    10 hours ago
  • Ako Tetap Ako
    ABIN ooo ABIN!!
    11 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Nasi goreng cina
    13 hours ago
  • Farhana Jafri
    Blog Performance Oktober 2026
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    Pengumuman Top Komentator Oktober 2026
    16 hours ago
  • KasihkuAmani
    Family Mart: White Coffee Sofuto
    16 hours ago
  • Warisan Petani
    Otto Dah Jumpa
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    Mayang Mall, Kuala Terengganu
    1 day ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
    2 days ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Haiwan atau Binatang Tercipta daripada Apa?
    2 days ago
  • Anies♥You
    Prishtinë, Kosovo: Xhamia e Sultan Murad
    2 days ago
  • Aisya Ismail
    10 Tip Untuk Tidur Lena Dan Segar di Pagi Hari
    2 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    Salam jumaat❤️
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Kalau Tak Kahwin, Nanti Dah Tua Siapa Nak Jaga?
    2 days ago
  • Monolog Kakmim
    Tapi Sayang...
    3 days ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Ikan Jebong Bakar
    3 days ago
  • DANA
    PHOTO DIARY #37/2026
    3 days ago
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
    4 days ago
  • A M M I
    Dinner di Mohd Chan Seremban Gateway
    4 days ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
    5 days ago
  • //Perdu Cinta
    BELAJAR DARI ALAM BERJUANG HIDUP
    6 days ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!
    1 week ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1058 : Jodoh Tidak Berpanjangan, Berpisah Jua Akhirnya (Episod 2)
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Mencuba Kopi Saigon
    1 week ago
  • EJULZ
    Bicara hati
    1 week ago
  • orangbukit
    Live Update : AI Real Estate Summit
    1 week ago
  • blog
    kurang sihat
    1 week ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Di Sebalik Nama SRLavender Studio: Dari Starlavenderluna ke Dunia Kreatif Saya
    2 weeks ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
    3 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Takwim Persekolahan Sesi 2027 (Jan-Dec 2027)
    3 weeks ago
  • NaSa
    Piknik pagi di Pantai Sri Tujoh
    4 weeks ago
  • Mia Liana
    The Big Pink Walk Returns As Hard Rock Hotel Desaru Coast Aims To Raise RM100,000 For BCSG Johor Bahru
    4 weeks ago
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
    5 weeks ago
  • Yaya Azura
    Hadiah Kecil Tapi Besar Maknanya
    1 month ago
  • Tiara Saphire
    Leftenan Sirena by Rey Amane | Review Novel
    1 month ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    SERENITY VILLA KEMAMAN
    2 months ago
  • fairusmamat.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    3 months ago
  • thesuraya
    Seikhlas Kasih Ahmad Nanas by Izzraff
    3 months ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
    4 months ago
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur
    5 months ago
  • From FAMF Tower
    Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan
    5 months ago
  • SayaNaia
    The Killer's Shopping List - Korean Drama
    5 months ago
  • Zarida Ishak
    Sunyi Itu Perlu, Tapi Menulis Itu Rindu
    7 months ago
  • kaellaaaa's
    BLOGGING MASIH RELEVAN KER ?
    7 months ago
  • nanieybarnieylurviey
    Bergambar Di Studio
    8 months ago
  • cik sukα taip
    Kuih Talam Sofuto FamilyMart
    10 months ago
  • Mediana
    CARA KURANGKAN BERAT BADAN KEARAH GAYA HIDUP SIHAT
    1 year ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    1 year ago
  • The Wonderful Jannah
    Pengalaman Makan di Sate Zul Kuantan
    1 year ago
  • Blog Adianiez
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    1 year ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    harini birthday suami yang ke 30
    1 year ago
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
    1 year ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Selamat Hari Raya Aidilfitri!
    2 years ago
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
    2 years ago
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    2 years ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    2 years ago
  • insan marhaen
    Bersara Penuh
    3 years ago
  • IbuCida
    Langkah Pertama
    3 years ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    3 years ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    3 years ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    4 years ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    4 years ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    4 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
    4 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    5 years ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    5 years ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    5 years ago
  • Cikgu Badarudin
    6 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Aircon That Saves Electricity KL & Selangor
    6 years ago
  • The_ramaramapendek
    Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
    6 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    8 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  May 2023 (1)
      • Aku Masih Ingin Menaip
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ►  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog