Drama Beri Sedikit Waktu Episod 11 dan 12 | Slot Samarinda TV3

by - 23:33:00

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 11 dan 12 | Slot Samarinda TV3 | Drama ni semakin hari semakin menarik dah shida tengok, hujung-hujung cerita dah semakin sweet. Sejak Hananiyah (Zara Zya) berhenti kerja dari rumah Encik Imran (Aqasha) kerana dah tamat kontrak 3 bulan menjadi pembantu rumah yang diupah oleh kakak Encik Imran, Encik Imran menjadi murung dan kusut kerana ketiadaan Hananiyah dan Luqman dalam hidupnya. Encik Imran dah pun meluah perasaannya terhadap Hananiyah tetapi ditolak oleh Hananiyah kerana Mira yang dikatakan bakal menjadi isteri Encik Imran walaupun Encik Imran tidak menyukai Mira. Nak tahu lagi kisahnya? Jom teruskan tonton!

Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 11

Luqman tidak sedarkan diri. Hananiyah meminta tolong Imran membawa anaknya ke hospital kerana digigit lipan. Imran sempat melihat sekeliling bilik. Ada barang-barang dan permainan yang dibelikannya. Dia terus memandang Hananiyah. Imran bertanya samada Hananiyah tinggal di stor itu. Di rumah Farhan, dia sedang berebut geran rumah dengan ibunya (Faridah) dan tidak membenarkan Farhan menjual rumah untuk membayar hutang kepada Mutalib. 

Hanya itu harta yang tinggal kerana semua sudah habis dijual untuk membayar hutang Ah Long. Tetapi Farhan tidak membayar semua hutangnya dan berjoli dengan duit dari jualan harta ibunya. Farhan menganggap Faridah lebih sayangkan harta dari anaknya yang bakal meringkuk di dalam penjara jika gagal membayar semula wang Mutalib dengan Haryani. Farhan menolak ibunya yang cuba menghalang dia menjual rumah tersebut. Faridah jatuh tersungkur.

Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 12

Farhan tidak menghiraukan ibunya, terus bergegas pergi. Dia menguruskan penjualan rumah Faridah yang berharga hampir RM800,000 itu. Dia lega berjaya melunaskan hutangnya kepada Mutalib dan terlepas dari hukuman penjara. Tetapi hutangnya dengan Ah Long masih belum selesai. Farhan tidak bercadang menjelaskan hutang tersebut. Baki duit yang ada digunakan untuk berjudi dan berjoli. 

Faridah susah hati kerana dia dengan Nora terpaksa mengosongkan rumah. Nora marah abangnya kerana tidak pernah pulang selepas berjaya merampas geran rumah. Notis untuk mengosongkan rumah sudah ditampal oleh pemilik baru. Imran menghantar Luqman pulang dan ingin menemui Hananiyah. Hananiyah jadi marah bila lihat Farhan muncul di depan Hananiyah.


You May Also Like

10 comments

  1. cepat2 lah hananiyah terima encik imran tu..

    ReplyDelete
  2. semakin menarik jln cerita drama ni di penghujungnya. selamat menonton ye...

    ReplyDelete
  3. macam menarik je... tapi tkade kesempatan nk layan

    ReplyDelete
  4. uish sekejap je dah nak habis. minggu depan last kan?

    ReplyDelete
  5. Ni drama anak-anak rajin tengok, disusuli dengan Hotel de Luna.

    ReplyDelete
  6. Part Mira je skip. Tak suka betul Mira tu..aduhaii ganti orang lain lagi best..huhu

    ReplyDelete
  7. wah! tak habis lg cite ni..yanie xdan nk follow kak..

    ReplyDelete
  8. now tgh tgk drama sesat ke syurga tu, lepas habis tu boleh layan cerita ni

    ReplyDelete
  9. Makin best kan? Cik TK layan drama ni malam2. Lepas tu sambung Hotel Del Luna. Pun makin menarik!

    Cepat2 la hananiyah kawin ngan encik imran!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.