Drama Beri Sedikit Waktu Episod 14 dan Episod 15 (Akhir) | Slot Samarinda TV3

by - 23:36:00

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 14 dan Episod 15 (Akhir) | Slot Samarinda TV3
 
Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 14
Elly menuduh Hananiyah mahu merampas tunangnya Nasir. Hananiyah berterus terang dia tidak berminat dengan Nasir. Hananiyah menasihatkan supaya menjaga Nasir baik-baik. Nasir meminta maaf kepada Hananiyah atas apa yang berlaku. Nasir berterus terang mengatakan dia memang kesiankan Hananiyah semenjak melihat Hananiyah menangis beberapa bulan lalu. 
 
Elly memberitahu kalau Nasir sukakan Hananiyah, dia rela berundur diri dan memutuskan pertunangan. Nasir degan Hananiyah terkejut. Hananiyah geram kerana Farhan mengugut ibunya dan mempergunakan dia dengan Luqman. Hananiyah mahu meninggalkan rumah Faridah. Tetapi Farhan tidak membenarkan dia membawa Luqman bersamanya.
 


Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 15 (Akhir)
Faridah marahkan Farhan kerana menganiaya Hananiyah dan Luqman. Faridah yang sudah insaf kesalahannya, mahu Farhan membiarkan Faridah pulang bersama anaknya. Farhan boleh membebaskan Luqman dengan Faridah dengan syarat Hananiyah meminta Imran datang menjemputnya dengan wang RM100,000. 
 
Faridah memukul-mukul anaknya kerana mengugut Hananiyah. Hananiyah tidak mahu melakukan arahan Farhan. Dia menyerahkan semua duit yang ada di dalam beg tangannya, serta semua barang kemas yang dipakainya kepada Farhan. Termasuk cincin dan gelang tangan pernikahan yang diberikan Farhan dahulu. Farhan berkata itu semua tidak cukup. Hananiyah serba salah. Dua lelaki yang sangat penting dalam hidup anaknya berada di depannya dan mahukan jawapannya. Siapakah yang menjadi pilihan hatinya?
 


You May Also Like

14 comments

  1. finally habis ! yay boleh starts tgk dah heheeh

    ReplyDelete
  2. Best la drama ni ..akak suka sangat walaupun hero tak hensem. hahaha.. tapi jalan cerita best.tak pernah miss la.

    ReplyDelete
  3. drama ni tgk on off last2 ke laut.. haha
    tak tahu kesudahan macam mana

    ReplyDelete
  4. tak follow drama ni tup tup da episode akhir hehe..

    ReplyDelete
  5. Semalam last episode..akhirnya hanania terima Imran..hepi ending😁

    ReplyDelete
  6. Okay happy ending. Niya dan Imran :)

    ReplyDelete
  7. Aqasha berlakon memang best, dengan suara serak2 basah dia tu hehehe

    ReplyDelete
  8. hai sis saja singgah,jom join giveaway saya https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2020/12/giveaway-by-rasyidahsheresimpleblog.html

    ReplyDelete
  9. menarik endingnya, tapi kalau ending sedih mesti sakit ati heheheh

    ReplyDelete
  10. Mesti ending drama nie happy² jea kan..

    ReplyDelete
  11. Hehe ada tengok episod last dia.. happy ending!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.