Penangan 12.12 Sale Shopee | Barang Apa Yang Korang Beli?

by - 12:00:00

Penangan 12.12 Sale Shopee | Barang Apa Yang Korang Beli? | Lama dah shida nak update tapi tak lepas-lepas lagi hahhaa banyak betul agenda asyik tertangguh saja tau! Masa sale 12.12 shopee shida mengambil peluang membeli barangan atau gadget dapur shida ni. Alhamdulillah tercapai juga nak beli, sempena sale 12.12 ni dapatlah murah sikit beli. Bagi shida sangat-sangat murah dan berbaloi membeli semasa sale 12.12 di shopee.
 

Banyak juga barang-barang dapur yang tengah promosi sehingga sekarang ni. Sebenarnya memang dah niat nak beli lama dah, termakbul juga bulan ni dapat gadget baru ni. So apa yang shida beli untuk gadget dapur bulan ni sempena sale 12.12 di shopee? 

Ini lah dia barang yang shida grab masa sale shopee 12.12 - Giselle Pressure Cooker 6L 18 in 1 Multi-Option Program. Sebelum shida beli, shida share dulu dengan kakngah shida, so dia pun kata berbaloi sangat beli kalau lihat dari segi function. Alhamdulillah so shida pun beli, lebih kurang selepas seminggu barang pun sampai dalam keadaan baik dan terbaik! Setakat ni belum cuba lagi nak guna sebab nak kena belajar dulu cara penggunaannya hahahaaa 😂😂

Harga sebelum sale RM 699 | Harga sale 12.12 di shopee RM 179

Barang yang shida beli masa shocking sale 9.9

Barang yang shida beli masa shocking sale 11.11

Selain pressure cooker ni, shida grab juga Kitchen Set ni warna grey. Alhamdulillah dah guna pun sangat berpuas hati. Harga pun masih murah shida beli selang 2 hari selepas beli pressure cooker. Betul orang cakap perempuan ni "selagi tak dapat apa yang dihajati dalam hati, dia akan usaha juga sehingga dapat" macam shida lah senang kata 😅😅

So memasak pun dengan hati yang gembira tapi kan dalam list gadget dapaur masih ada lagi belum tertunai hahaaaa. Ok kita bawa ke tahun 2021 pula, kira 2 gadget dapur ini adalah penutup tirai bagi tahun 2020, okay tak macam tu?

 

You May Also Like

24 comments

  1. wahhh... shopping sakan ye shida... kakmim x beli apa pun masa 12.12 hari tu... lama dh x menshopee... insoffff di akhir tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa Klakor kakmim..Insoff pulak dgr kakmim hahahaha ^_^

      Delete
  2. Murah betul harga periuk tekanan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul murah benar..tu yg grab..sbb lepas ni mesti naik blk mendadak..

      Delete
  3. untung beli masa sale 12.12. akak beli jiwa jer, jamu mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni je rasa nak serba lengkap sbb byk saving masa PKP. Alhamdulillah :)

      Delete
  4. wahhh.. shopping sakan.. hehe

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Ejulz dah ada pemenang :) saya dah terjah!

      Delete
  5. atie beli hadiah birthday utk anak2 saudara hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu ..merasa beli time sale kan..berbaloi!

      Delete
  6. cantik lah kitchen set tu! Nak beli jugak tapi yang sekarang ni tengah elok lagi. Geram je tengok orang beli set satu warna macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa viral ritu pn kak shida tahan je aim lama dah..time sale berbaloi beli tau!

      Delete
  7. Harga murah memang patut beli tu. Teringin juga ada pressure cooker. Nanti boleh tengok tengok sale yes..kena tengok bajet gak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli time sale mmg berbaloi fiza..PC ni shida tgk skg dah jadi 200++ dah fiza..sat ja naik

      Delete
  8. Wah murah betul jadinya! Best betul beli time sale kan

    ReplyDelete
  9. Berbaloi-baloi sangat harga dia bila beli time sale..
    Cantik pula kitchen set tu..

    ReplyDelete
  10. Wahhh cantikkk. Ena pon grab barang keperluan dapur je. Hehe. Pompuan kan suka dapur n cookware cantik. Selagi tak dapat apa idamkan memang dok bayangkan je

    ReplyDelete
  11. Cantik la kak set kitchen tu..nk beli juga nanti..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.