Resepi Mee Kari Ketam #shidamasakje

by - 08:59:00

Resepi Mee Kari Ketam #shidamasakje | Alhamdulillah semalam berkesempatan shida masak-masak kat rumah mak, memandangkan esok iaitu hari ini shida dah mula bekerja di pejabat tapi harini shida kemas-kemas dulu pusat tuisyen. Menu ni ikutkan dah 2 3 hari dah diminta oleh mak dan ayah, tiba-tiba je dorang request kat shida untuk buat masak mee kari. Mulanya tak tahu pun ada ketam, bila nak masak terkejut dalam sinki rumah mak, ayah dah siap cuci dan tos ketam untuk shida masak. Mak kata buat Mee Kari Ketam lah, shida layan kan je, kata kat mak "okay lepas ni idah dah mula sibuk, akan jarang nak masak-masak macam ni kan mak" mak meng iya kan jee 😂

Kebetulan sangat Kakngah shida sefamily nak datang jadi buat satu periuk besar terus. Ketam pula ada yang besar dan kecil campur-campur lebih kurang ada 23 ekor korang hahahaa 😅 Pertama kali masak banyak-banyak ekor macam ni, tapi itu la rezeki namanya, kakngah datang pastu berikutan MakYang shida pun datang juga, dapat lah merasa Mee Kari Ketam air tangan shida ni 😊 Licin depa makan ngam ngam ja semua dapat makan. Bagi shida tak susah pun buat mee kari ketam ni, jom tengok cara-cara memasak dan penyediaannya.


 BAHAN - BAHAN:

  1. Ketam lebih kurang 23 ekor (campur saiz)
  2. Bawang besar 3 biji *kisar
  3. Bawang putih 10 biji *kisar
  4. Halia besar ibu jari *kisar
  5. Halba Campur 2 sudu besar
  6. Daun Kari dalam 10 tangkai
  7. Sayur Sawi 1 ikat (RM1) *potong dan asingkan batang dan daun
  8. Fish ball + Fish cake (1 paket)
  9. Asam keping 2 saiz besar
  10. Serbuk kari ikan (pedas) 125g **shida guna cap babas
  11. Santan kotak 400ml (2 kotak kecil)
  12. Air Secukupnya
  13. Minyak untuk menumis
  14. Serbuk perasa, gula dan garam 
  15. Mee Kuning 4 bungkus (shida guna mee IKT) *dicelur dengan air panas

BAHAN TAMBAHAN :

  1. Taugeh RM1.00 *dicelur
  2. Telur  7 biji *direbus dan dibelah dua
  3. Daun sup + bawang *dipotong halus
  4. Bawang goreng

CARA MEMASAK :

  • Panaskan periuk, masukkan minyak secukupnya, masukkan halba campur dan daun kari. Kacau rata masukkan kan pula bawang-bawang dan halia yang dikisar halus, kacau rata sehingga naik bau dan bahan tumis sedikit kekuningan masukkan pula serbuk kari.
  • Kacau rata serbuk kari sehingga sebati dengan bahan tumis (masukkan sedikit air sekiranya serbuk kari terlalu kering) Kacau rata tumisan tu sehingga terbit minyak, masukkan sedikit air lagi dan kacau rata biarkan rempah kita terbit minyak sekali lagi. Rempah wajib terbit minyak ya menandakan rempah kita betul-betul masak. Lepas tambah asam keping,masukkan pula ketam yang telah dicuci bersih kacau rata ketam dengan bahan tumis tu. Masukkan pula air secukupnya dan kacau rata lagi. Air tu biarlah sampai tenggelam ketam ya atau separa ketam.
  • Bila kuah dah mendidih masukkan pula santan kotak dan kacau-kacau rata kuah dan santan supaya sebati ya. Bila kuah dah mendidih masukkan serbuk perasa,gula dan garam (korang adjustlah sehingga rasa dia seperti yang korang nak) Lepas masuk pula batang sawi, fishball dan fish cake. Biar kuah kari mendidih seketika. 
  • Sambil tu boleh lah celur mee, celur taugeh, rebus telur dan kupas buang kulit dan dibelah dua. Daun sup dan bawang dihiris serta hidangkan bawang goreng juga. Tengok-tengok sama kuah kari tu juga kan, dah mendidih elok tu masukkan pula daun sayur sawi tu, kacau-kacau tutup api terus.
  • Siap untuk dihidangkan, cadangan menu untuk 10 ke 15 orang makan. Kalau bilangan dalam rumah tak ramai boleh kurangkan bahan. Biasa shida kalau masak makan dalam 6 7 orang memamng shida masak banyak sebab kalau orang dewasa yang makan mesti akan bertambah kan lagi-lagi menu seperti ini.  Ok korang selamat mencuba resepi yang shida share kali ni 😊

You May Also Like

21 comments

  1. Ala, bestnye kalo ddk dekat umh shida, buat muka tak malu bawak mangkuk minta, hihi..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Ya Allah, terliur tengok ketam nih..boleh cuba nanti nih TQ resipi :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Dah la memang suka makan ketam :)

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, nampak sedap betul. Tak pernak pulak makan Kari ketam..huhu

    ReplyDelete
  5. dah lama tak buat mee kari...ni yang buat tergoda ni..

    ReplyDelete
  6. wah..meriah ni shida.. Bila letak ketam pun lagi sedap la rasanya.

    ReplyDelete
  7. Wah nampak sedap!! Mengancam! 😋

    Btw, hadiah dari kak shida dah sampai!! Terima kasih!! 😘

    ReplyDelete
  8. Aduhaii menggoda betul ada ketam. Tak pernah buat mee kari ketam. Ketam mahal..hihi..mee kari ketam je mampu. Dapat ketam sedap ni Shida. banyak rencah tu.

    ReplyDelete
  9. Wah Kak belum pernah makan mee Kari ketam. Sedap nye.

    ReplyDelete
  10. terliur tgk ni kak shida.. dah la tgh2 malam ni, mana nak cari uhuhuhuh

    ReplyDelete
  11. waaaaa nampak sngt sedap ni!!!!

    ReplyDelete
  12. ada resepi ni..boleh la cuba buat. selalunya mee kari biasa je yang sisyat buat :-)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah kongsi rezeki dan resipi.
    Selalu suka mee kari ada kerang.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi try masak mee kari... boleh cuba resepi ni, simple dan mudah.. sedapnya makan ketam🤤🤤

    ReplyDelete
  15. rajin shida masak.. teringin nk beli ketam tp takut tak ada isi.

    tunggu bulan mengambang baru beli. org kata isi ketam padat

    ReplyDelete
  16. menggoda nampak hasilnya.. kalau saya kurang gemar sayur..
    saya akan amek mee n kuah n isi hahaha..

    ReplyDelete
  17. Saya x penah cuba lagi buat mee kari guna ketam.. bleh cuba nie..

    ReplyDelete
  18. Alamak.. rasa macam nak makan mee karilah pula lepas tengok entry shida nie.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Wahhh sedappnyaaa masakkan ni mmg simple and mudah kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.