Terima Kasih Blogger Azhafizah | Hadiah Top Komen 2020

by - 07:00:00

 

Terima Kasih Blogger Azhafizah | Hadiah Top Komen 2020 | Alhamdulillah hari ni dapat rezeki tak disangka-sangka, hadiah Top Komen 2020 Blog Azhafizah dah pun sampai ketangan shida. Terima kasih fiza atas pemberian yang amat bernilai ini. Mudah-mudahan murah rezeki fiza bertambah-tambah ya Amin! Perkenalan shida dan fiza ni lama dah sebenarnya, kami berkenalan seingat shida masa tahun 2009.

Sejak berkenalan tu shida dan fiza tak pernah lagi bersua, kenal fiza masa tu pun fiza masih bujang tau. Orang kata rezeki, masa shida kahwin disember 2018 fiza datang kenduri shida dan masa tu kami bersua muka. Akhirnya dapat juga bersua muka, kecik molek je orangnya 😍 Shida pun masa tu masif off blogging, dari tahun ke tahun nak sambung tapi punahhh semuanya 😁

Ini lah dia hadiah yang shida dapat dari fiza sebuah Al Quran dengan terjemahan bersaiz A6 berwarna pelangi. Cantik al quran ni fiza thanks sangat, bila dapat tu rasa bersyukur sebab masih ada peluang untuk membaca dengan lebih baik lagi lepas ni. Al Quran ni didatangi lengkap dengan Adab dan Panduan Tanda Wakaf (berhenti).

Baca lengkap mengenai Al Quran dengan terjemahan berwarna pelangi

Ada tag note untuk shida, Congrats! Shida Radzuan Top 10 Komentator 2020 Blog Sihatimerahjambu www,azhafizah.com Thank You For Your Support. Begitulah ucapan ringkas dari fiza. Apa-apa pun fiza shida ucapkan ribuan terima kasih dan shida doakan fiza success selalu dalam apa jua bidang yang fiza ceburi, tak kiralah bloging ke bussiness online ke design ke apa saja. Moga bertambah rezeki fiza, murah rezeki fiza AMIN!


You May Also Like

37 comments

  1. Wah.. bestnya!! Alhamdulillah rezeki tu kak shida. Semoga murah rezeki kak fiza...

    ReplyDelete
  2. Sama sudah dapat hadiah daripada Fiza.
    Wah Shida sudah jumpa Fiza rupanya.
    Harap sentiasa bersilaturrahmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha,a pertama kali jumpa NA..happy sgt dpt jumpa fiza time tu :)

      Delete
  3. Alhamduillah rezeki kak. Pahala memberi dan pahala membaca Al-Quran. Terbaik.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Shida.. memang eksklusif hadiah awak nie.. semoga awak dan si pemberi dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  5. tahniah jd top komentar ..dpt adiah dr blogger

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Selamat sampai. terima kasih banyak banyak shida supports selama ni.
    Terima kasih juga atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaminn
    Harap dapat jumpa lagi nanti. Happy dapat kenal sampai sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 fiza :)
      Terima kasih juga atas pemberian ini.
      Happy juga dapat kenal fiza dr dulu smpai skg :)

      Delete
  7. Wahhh tahniahh..

    Cantik quran nya 😍

    ReplyDelete
  8. cantik.. pinkie... Tahniah kak shida :)

    ReplyDelete
  9. Wahhh. alhamdulillah heheh rezeki. Tahniahh 🥰

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah. tahniah ye kak shida :)

    ReplyDelete
  11. Ya Allah bestnya dpdt adiah tafsir quran comei tu... ^_^

    ReplyDelete
  12. cantiknya qiran.. tahniah shida

    ReplyDelete
  13. tahniah shida.
    bertuahnya lah...
    ni la best nya bila rajin bw, kan :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.