Giveaway Sampul Raya Hipster | GSRH yang dianjurkan oleh Blogger Azhafizah, jom kawan-kawan blogger kita join dan support bagi memeriahkan lagi Giveaway Sampul Raya Hipster by Azhafizah MN. Shida rasa teruja sangat untuk join giveaway ini kerana "HADIAH" nya. Jika menang bertuah sangat sebab sampul raya hipster hasil kerja tangan fiza sendiri yang sangat superb.
Kerja-kerja pembuatan sampul raya hipster ni bukan kalen-kaleng ya korang! sangat mencabar dari segala segi. Bermula dari idea mendesign, mencetak lepas kena gunting sampul serta lipat dan gam semua hasil peluh keringat fiza. Shida sangat tabik spring kerana fiza berjaya menyiapkan 7000 keping sampul hipster ini tanpa menggunakan sebarang mesin atau pekerja tambahan.
Hasil tangan kerja fiza ini dah pun popular sejak mendapat tempat di media online dan dalam surat khabar pun ada, Syabas Azhafizah! Hasil kerja yang sangat-sangat berbaloi. Sejak dari itu sudah pasti Sampul Raya Hipster hasil dari keringat fiza juga telah pun mendapat tumpuan diluar. Tak menang tangan lah fiza lepas ni, berderu order masuk heheee 😄😄 Tahniah fiza!
![]() |
| Sampul Raya Hipster Azhafizah dalam Bernama Online |
Boleh baca penuh disini "Tak menang tangan siapakn sampul duit raya hipster" Zaman sekarang punya sampul lagi-lagi lambakan yang ada dipasar-pasar raya pun kalau tengok dah sama je setiap tahun kan. Kalau menggunakan versi mencetak dengan design limited edition nampak kelainan dan keunikan sampul tersebut tapi tak termasuk isi dalam ya hahaaa.
Perayaan dan duit raya memang sinonim dengan sampul raya, kalau chinese new year dipanggilnya Angpow. Budak-budak kalau nampak mak mak ayah ayah pakcik makcik keluarkan sampul raya punya paling excited siap berbaris panjang mengikut umur dari keluarga, ish! tak sabar nak raya hehee.
Ok lah kalau nak cerita bab raya dan sampul raya ni banyak lagi sebenarnya. Kang kena buat by part pula so kita tamatnya disini. Terima kasih fiza menganjurkan Giveaway Sampul Raya Hipster ini. Mudah-mudahan ada rezeki untuk shida dalam giveaway ini Amin! Jom korang pakat join ya sebelum 12 April 2021!









