Terima Kasih Syazni Rahim | Allahuakhbar korang! Ampun sangat lama shida tak update blog! huhuu shida sibuk sangat sepanjang bulan puasa ni, memang tak sempat nak mengadap blog biru ni. Harini paksa juga diri untuk update. Apa yang disibukkan tu? Jika ada yang baca entri sebelum ni, shida sibuk berniaga kat bazar tolong mak and adik shida. Seronok korang berniaga ni lagi-lagi dalam bulan ramadhan ni.
Siang berniaga, malam masuk tuisyen pula, balik badan dah kiok! memang balik tu mandi dan berehat saja. Kadang tu cuba nak tengok dari fone pun tiba-tiba kelepek jatuh atas muka! berapa kali dah! lagi mengantok tengok dari fone korang huhuhu. Inshaa Allah hari ni ada masa lebih sikit, boleh meronda ke blog korang! rindu nak baca entri ramadhan memasing.
Okay! berbalik pada tajuk entri! Shida amat berterima kasih kepada Blogger Syaz kerana mengirim beberapa hadiah untuk shida. ALhamdulillah hadiah dah sampai lama dah dari awal bulan april lagi cuma shida baru dapat berkesempatan nak write up perkara ini. Hadiah-hadiah ni pun dapat bersempena shida adalah top komen bulan mac blog syaz! Jom tengok apa yang shida dapat.
![]() |
| Sampai dua hadiah yang sampai |
![]() |
| Shida dapat payung berwarna biru hitam dan sehelai tudung bawal printed color pink! OMG! |
![]() |
| wow! cantik sangat syaz, shida suke 💋 |
Alhamdulillah Syaz! kesemua hadiah ini shida suka, love love sangat! thank you very much syaz! payung ni shida terus letak dalam kereta, kegunaan emergency jika hujan nanti. Selain dua hadiah ini juga shida dapat satu banner khas yang diletakkan pada sidebar blog syaz tau! terharu rasa! Maaf syaz atas kelewatan update hadih ini, tapi masa dapat tu dah awal-awal msg syaz hehee.
Kepada Syazni Rahim, semoga awak dimurahkan rezeki, dipanjangkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah swt syaz sekeluarga. Terima kasih di atas pemberian yang bermakna ini, shida hargai. Nanti kita lepak ye lepas dah boleh rentas negeri hehee 😍


















