Kad Raya Dari Blogger | Terima kasih

by - 10:00:00

 

Kad Raya Dari Blogger | Terima Kasih | Alhamdulillah, shida ingatkan tahun ni memang tahun ni tak dapat kad raya tau macam tahun lepas huhuu. Tahun ni dapat juga 5 6 keping kad raya dari rakan blogger yang sudi mengirim dan menukar kad raya dengan shida. Happy tau masih terima kad raya pada zaman 2021 ni. Lagi-lagi kita meraikan perayaan dengan norma baharu tapi rasanya tanpa kad raya macam tak lengkap pula.

Alhamdulillah juga korang! shida cetak KAD RAYA 2021 ni sebayak 100 keping dan 80 keping telah pun diedar semasa bulan puasa dan selepas raya. Alhamdulillah ramai dah terima dan shida menerima banyak tagging dan mention dalam story instagram dan facebook. Tak lupa juga yang sudi update dalam entri blog korang (shida akan terjah ya!). Terima kasih korang yang baik hati 💕

Walaupun shida seorang yang boleh mencetak kad raya dan menerima ratusan kad raya dah untuk cetakan tapi tak sama macam orang mengirim kepada kita beserta pelbagai versi setem yang menarik. Bila tengok dalam peti box tu ada sampul dalam hati tu duk yes! yes! kad raya siapalah ni, tak sabar nak buka 😂 So antara pengirim yang membuat shida tersenyum tu mereka adalah..

TERIMA KASIH BLOGGER AMANINA AHMAD

TERIMA KASIH BLOGGER RA (RUQAIYAH AMANINA)

TERIMA KASIH BLOGGER AZIAN KHALIL

TERIMA KASIH BLOGGER SYAZA NAZURA

TERIMA KASIH BLOGGER FAMF (KAK FARRAH)

TERIMA KASIH NORBAYA (PRODUK MACKINZ)

Inshaa Allah tahun depan harapan nak berganda menerima kad raya ni, seronok tau! buat koleksi kad raya. Koleksi kad raya shida pun dah banyak sangat semua shida masih simpan. Oh ya! sebelum terlupa shida masih mempunyai baki 20 +- kad raya jadi jika ada yang berminat nak kan Kad Raya Shida untuk tahun ini korang boleh email (nama dan alamat) mengguna "contact me" di bahagia sidebar tu okay. Terima kasih semua yang sudi mengirim kad raya dan sudi membaca blog shida. 😍


You May Also Like

16 comments

  1. Banyak koleksi kad raya Shida. Fza dapat kad raya dari Shida je tahun ni. Terima kasih Shida :)

    ReplyDelete
  2. wahhh cantik2 kad raya semua blogger yang bagi. Tahun ni tak sempat nak join exchange kad raya ni. mungkin tahun depan boleh join hihi

    ReplyDelete
  3. tu la rasa seronok plak kan dapat kad raya ni..
    Mmg patut dipupuk semula amalan kiriman2 kad raya ni kan...
    Kedai2 pun patut dah start jual balik kad2 raya..baru ada semangat nak g beli nnt

    ReplyDelete
  4. Wa bagusnya.. Simpan elok-elok buat kenangan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..banyak dapat kad raya..

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya.. masih dapat kad raya. SElamat Hari Raya Shida Radzuan. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  7. Oh ya saya tidak sabar tunggu kad raya dari Amanina Ahmad.
    Oh banyak kad raya dapat. Hehe tq Shida bagi akak kad.

    ReplyDelete
  8. bestnya dpt kad raya,,
    bagisnya.. idupkan balik budaya kirim mengirim kad raya ni..
    seronok..

    ReplyDelete
  9. Simpan buat kenangan kak shida hehehehe. Tahun ni saya dapat dari kak shida dan kak farrah :D

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak, bg yanie kad raya :)

    ReplyDelete
  11. Banyaknya kad raya Shida dapat. Thanks tau bagi saya jugak

    ReplyDelete
  12. Ala... cantiknya... sori akak x reply kad raya Shida... InsyaAllah da rezeki kita balas ye...

    ReplyDelete
  13. Wahh kak shida dapat banyak kad raya!! Bestnya!!

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. seronoknya bila dapat kad raya..

    ReplyDelete
  15. di zmn serba canggih ni dpt kad raya dah mcm dpt emas😆

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.