RIANG RIA Bersama SyuDeris

by - 22:32:00

RIANG RIA Bersama SyuDeris

Menarik sungguh banner giveaway Blogger Syuderis ni, menarik juga untuk diturut sertakan. Haa bagi korang yang kekeringan idea nak update tu boleh la join GA dari Syuderis ni, tak lama dah nak end pada 27 May 2021. Cepat-cepat shida join sebab takut terlepas lagi aktiviti support rakan blogger.

Dalam syarat-syarat korang perlu buat satu post gambar dan ucapan korang, tak susah pun hehee kebetulan memang shida ada gambar raya bersama husben di pagi raya "mujur ada" hahaaa. Dalam tak dapat balik beraya tu sedih la juga sebab biasa tak pernah terlepas pulang ke kampung husben. Tahun ini hanya beraya bersama keluarga belah shida saja.

 

Rasanya ini adalah gambar raya yang paling proper sekali. Sebab tahun ni tak kalut ke mana-mana hanya dirumah sendiri so ambil lah masa banyak mana untuk membuat persiapan. Dari persiapan baju, kuih raya, juadah raya dan akhir sekali baru ke rumah mak shida di taman depan tu saja. Shida mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Syawal kepada semua pembaca Shida Radzuan Blog!

Cerita raya tahun ni biasa-biasa je, takde yang menarik pun. Tahun ini kami memilih tema meroon, kiranya team meroon la tahun ni. Cari baju pun last-last minit dapat cari jadinya seperti inilah baju yang dapat, tak penuh pun warna meroon bergabung dengan hitam hahaa aduhai 😂 belasah ajer lah asal ada tema berdua kali ini cuma ini gambar paling proper lah bagi shida 💑

Rendang pula, awal-awal pagi shida dah merendang, shida merendang dua kali sebenarnya malam raya dan pagi raya. Malam raya shdia buat rendang daging untuk husben shida nak makan bersama ketupat, esok paginya shida buat rendang ayam pula. buat setengah ekor bersama dua batang lemang terus tapau bawa ke rumah mak makan bersama mak ayah dan adik.

Untuk tahun ni juga kuih raya feveret pun dapat tau hehee. Kuih raya feveret shida ada dua jenis saja satu kuih lama satu kuih moden, Tart Nenas dan Chrunchy Almond. Dua-dua kuih ni wajib ada, tahun ni memang best semua dapat lengkap heheee. So raya tak la berasa sedih sangat hehee dapat juga menjamu selera dengan juadah kegemaran hehee. 

Ok so rasanya itu sahaja, bagi korang yang nak join boleh klik banner di atas dan anda telah ditag oleh shida Atie Zieya, Sha Mohamed & Atiqah Najihah "Teman Raya! Miker Raya ke Idak?" Good Luck korang yang join sama. 


You May Also Like

14 comments

  1. Ceria nampak Shida dan hasben. Sama la kita raya gitu-gitu je. Makan jela keje dah tak boleh buat benda lain. Apa pun, good luck

    ReplyDelete
  2. kena cepat join ni! dh nak tamat

    ReplyDelete
  3. Tetap meriah sambut hari raya. Walaupun preparation apa yang ada je. Semoga ada rezeki Shida menang dalam giveaway ni. Aaminnn...

    ReplyDelete
  4. Good luck and selamat hari raya..kite raye bujang je kt KL huhu

    ReplyDelete
  5. Ehhh kak shida tag kita! In shaa Allah nanti kita join.
    Btw goodluck kak shida! :)

    ReplyDelete
  6. nak join tapi takde gambar raya haha. good luck kak shida :)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya K.Shida.
    Mekaseh sudi join contest #RiangRaya Bersama SyuDeris.
    Baru hari ni sempat jengah blog.Hi3:)
    By the way all the best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak,nak bagitahu...
      Akak menang tempat No.2
      Syu dah annouce pemenang kat sini 👉https://syuderis.blogspot.com/2021/05/keputusan-contest-riangraya-bersama.html
      Nanti bagi Syu details yer
      By the way, tahniah tau kak!!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.