Geng Kuat Komen April 2021 - Shida Radzuan Blog | Punya lah lama shida nak keluarkan GKK 2021 untuk fasa ke 2 part 1 ya! dalam fasa 2 ni ada tiga part iaitu part 1 bulan april, part 2 bulan mei dan part 3 bulan jun. So kiriman hadiah untuk pengumpulan bagi 3 bulan ini iaitu bulan April, Mei & Jun. Sebenarnya shida tak sangka masih ada yang singgah dan baca blog shida ni, kalau tengok bulan April cuma dapat update 18 entri sahaja. Aduhai sedih rasa huhuu.
Bulan Mei pun setakat hari ini baru ada beberapa ketoi entri sedangkan kita dah masuk minggu akhir untuk bulan mei. Maafkan shida korang! Okay kita mula balik untuk sesi Jun 2021 okay! Gambate shida! Terima kasih juga lah kepada korang semua yang sudi berkunjung ke blog shida setiap hari tanpa henti. Lagi-lagi mereka yang tersenarai dalam Top 10 GKK blogger terhebat ini. Thank You 💋
Mungkin ada yang terlepas pandang senarai dibawah ini adalah mereka tersenarai dalam Geng Kuat Komen Bulanan Blog shida (Jan, Feb & Mac). Masing-masing bersaing dalam merebut top 10 dalam carta. Tahniah buat mereka! So hadiah kenang-kenangan dah pun sampai ke tangan pengomen pengomen tegar blog shida ini.
Untuk hari ini shida nak keluarkan pula senarai tegar Geng Kuat Komen Bulan April. Walaupun untuk bulan ini tak banyak entri tapi mereka-mereka ini tetap hadir ke blog bagi sokogan pada blog shida, Terima kasih korang! terharu shida tau sebenarnya. Thank you! Thank you!
Dalam senarai ini juga terdapat nama-nama baru dalam Top 10 Geng Kuat Komen April dan ada juga yang dah lama tak masuk dalam carta hehee. Terima kasih kepada fairus (blogger baru), anies dan naniey juga pernah tersenarai dalam bulan-bulan yang lalu.
Mereka yang terbaik ini terdiri daripada : dear anies, fairus, NA, SalbiahM, Azhafizah MN, Atie Zieya, Atiqah Najihah, Litah L, Rabiahtul adawiyah & nanieydotcom. Korang yang nak berkenalan dan blogwalking ke blog mereka boleh klik nama-nama yang shida dah backlink kan ke blog masing-masing. Awesome korang!