• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Langsir Baru Untuk Rumahku Syurgaku | Hai korang! okay kali ni shida nak ajak ngobrol atau berbual-bual tentang langsir dirumah korang. Ini bukan entri berbayar tau! Entri ini diwujudkan untuk membuat sedikit kenang-kenangan tentang langsir-langsir disetiap rumah yang shida diami. Entri ini para isteri mesti suka kan, sebab sebenarnya shida pun suka juga sembang soal langsir rumah ni.

Kalau korang ingat lagi lah, pada entri tak silap dalam bulan februari yang shida pernah cerita soal langsir baru yang bakal shida ganti untuk rumah sewa shida ni. Walaupun rumah hanya sewa tapi sejenis shida ni pasti nak nampak sedap mata memandang bila melihat rumahku syurgaku ini dan kalini shida memilih mereka ini untuk membuat langsir baru untuk rumah shida.

Shida menempah langsir ini dari Fateha Home Deco dari Ipoh, mulanya masa nampak iklan mereka di facebook rasa terus berkenan melihat dari feedback customer cara mereka melayan customer dan shida yakin dengan kepakaran mereka. Selepas shida pm dan sambung ke whatsapp sembang punya sembang shida bersetuju lebih kurang seminggu juga untuk berfikir dan berbincang dengan husben shida. 

Selepas setuju mereka pun datang ke rumah untuk membuat perbincangan dari segi harga, melihat bahagian-bahagian mana yang shida perlu mengenakan langsir penuh atau pendek. Selain tu juga mereka membawa sekali sampel kain untuk shida lihat dan pilih. Masa ni kan rasa sangat-sangat teruja, pilih untuk membuat padanan mengikut warna atau cat dinding rumah ni.

Mudah dan simple itu pilihan shida, tak nak yang terlalu heavy atau sarat sangat. Lagi pun rumah ni masa shida sewa memang takda rail langsir, cuma ada bahagian sliding door sahaja. So mereka juga ada perkhidmatan pemasangan rail,fuh! lega. Ruangan yang shida pilih untuk mengenakan langsir adalah bahagian sliding door (pintu utama), tingkap depan, laluan antara ruang tamu dan ruang tengah, pintu bilik, haa bahagian-bahagian ini shida pasang langsir penuh.

Setelah bersetuju shida memilih untuk membuat dua warna untuk sliding door dan yang lain satu warna sahaja. Warna pilihan shida adalah blue black + grey (main color blue black) untuk sliding door berserta langsir putih tu, yang lain tu guna satu color je blue black sahaja. Bahagian lain tu seperti tingkap dapur + bilik belakang + ruangan laundry shida hanya guna lansgir pendek sahaja. 

Sebenarnya selepas mereka datang bincang dan ukur tu mengambil masa lebih kurang sebulan juga untuk siap langsirnya. Shida yang minta selepas sebulan sebabnya nak pasang biar hampir-hampir masuk bulan raya.  Langsir ni siap pasang lagi dua minggu nak puasa, so mereka datang drill rail baru dan siap pasang langsir haaa mudah kerja kita tak payah nak bersusah-susah pasang 😂

Harga mahal tak? Ermm shida tak pasti ia mahal atau tak sebabnya harga shida siap dengan pemasangan dan tambah rail baru, boleh dikatakan semua part dalam rumah ni pasang rail langsir baru. Harga siap semuanya adalah RM 1220.00 kalau ikut shida macam murah juga, sebab bukan sekadar langsir sahaja tapi sekali pemasangan rail langsir. Okay tak korang rasa?

Selepas melihat hasil langsir dan kerja mereka memang tip top shida sangat rekeman kepada kawan-kawan terdekat untuk menempah langsir dengan mereka ini. Shida pun ada berhajat untuk buat sepasang lagi langsir untuk buat tukar-tukar tapi kemungkinan tahun depan jelah. Korang rasa color apa lagi yang menarik dengan dinding color shida ni 😁. 

Jika jadi nanti shida update dalam entri ya, so tahun ni dapat lah langsir raya walau takde orang pun datang rumah beraya kecuali keluarga shida sendiri hehee. Inshaa Allah jika diberi rezeki lebih untuk ada rumah sendiri, memang akan guna khidmat mereka lagi.


Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie | Okay kali ni pula shida nak join giveaway yang bersempena ulangtahun kelahiran. Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Abam Kie. Tahniah Abam Kie dengan peningkatan usiamu, janganlah salah faham peningkatan usia bukanlah nak kata kita semakin berusia atau tua tetapi anggaplah salah satu peningkatan dari segi ilmu dan pengalaman selama kita hidup didunia ini.

Sempena ulangtahun kelahiran Abam Kie, shida doakan semoga Abam Kie sentiasa diberi kesihatan yang baik, panjang usianya, bertambah rezekinya dan diberi kelancaran urusan dunia dan akhirat. Berapa usianya Abam Kie? 30? 40? 50? heheee. Semoga berbahagia ya Abam Kie bersama keluarga tercinta.

So kalau korang nak join kena cepat ye giveaway akan tamat pada 31 Mei 2021 iaitu esok! cepat-cepat buat entri tau korang. Hadiah kepada bakal pemenang adalah Topup RM5.00 kepada 6 Pemenang yang bertuah dipilih secara manual. So Good Luck gais!


Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip | Assalammualaikum semua kesayangan shida. Apa khabar harini? Shida tahu ramai dah bermuram dengan berita lockdown penuh dijalankan dinegara kita. Jangan la korang bersedih ya! Inshaa Allah ada hikmah disebalik yang berlaku. Kita doa yang baik-baik, mudah-mudahan ada keajaiban yang berlaku, Amin!

Hari ni lewat shida update entri disebabkan sibuk sikit harini dengan tugas hakiki. So shida mengambil kesempatan untuk join Giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Siti owner blog Siti Yang Menaip. Tarikhnya pun dah semakin tamat tinggal 2 hari sahaja lagi, Ayuh kita join dan memeriahkan lagi.

Semua syarat-syarat shida dah lunaskan dan category pilihan shida adalah Category Satu | NZ Fridge Magnet x 5 (5 Pemenang) Dalam giveaway ini mempunyai 2 kategori ya so korang kena pilih dan hadiah juga berbeza mengikut kategori. Bagi shida dua-dua kategori hadiahnya best-best belaka dengan syarat yang mudah!

Good Luck semua yang join giveaway ini | Tamat 31 Mei 2021

NAK JOIN BOLEH KLIK BANNER GIVEAWAY YA!


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Salam Jumaat Penuh Barakah | Salam Jumaat Penghulu Segala Hari, shida doakan kepada semua kawan-kawan yang membaca entri ini diberi kelancaran segala urusan pada hari ini. Amin! Sepanjang bulan mei ni banyak perkara-perkara yang menyedihkan berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kes covid19 juga ketika ini amat genting sehingga mencapai ke 8000 sehari.

Di kesempatan ini, shida mengucapkan Salam Takziah dan Al Fatihah (dibaca) kepada mereka yang pergi meninggalkan dunia kerana wabak covid19 tak kiralah yang kita kenal atau tidak kenal. Angka kematian juga sudah pun hampir mencecah 2500 kes kematian. Sangat sedih bila tengok kes kematian harian sangatlah banyak berbanding kes harian tahun lepas 2020.

Tak lupa juga shida ucapkan Salam takziah dan Al Fatihah (dibaca) kepada rakyat palestine yang kehilangan datuk, nenek, mak ayah, adik beradik dan sudara mara dalam serangan tentera israel ke atas bumi palestine. Sangat-sangat sebak melihat kehancuran bumi saudara seagama kita ini. Shida memang tak boleh tengok pasti teringat-teringat, marilah kita sama-sama berdoa agar mereka terus bebas dari kekejaman israel.

Untuk yang terakhir pula, Salam takziah kepada semua penumpang LRT Laluan Kelana Jaya dalam insiden pertembungan lrt. Macam-macam hal yang berlaku disekitar kita kan, cuma berharap kawan-kawan shida yang membaca hari ini sentiasa dilindungi Allah swt dan semoga semuanya baik-baik sahaja. 

So korang jangan lupa selalu beringat ketika berada diluar rumah, jaga dan patuh SOP. Jika tiada keperluan tak perlulah keluar rumah ya, walau sebenarnya dah rimas duduk rumah tetapi apakan daya. Sama-sama kita doakan semoga Allah swt mengangkat wabak virus ini dari muka bumi kita dan kita dapat jalani hidup normal kita seperti biasa, Amin! Take care korang!


Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Kad Raya Dari Blogger | Terima Kasih | Alhamdulillah, shida ingatkan tahun ni memang tahun ni tak dapat kad raya tau macam tahun lepas huhuu. Tahun ni dapat juga 5 6 keping kad raya dari rakan blogger yang sudi mengirim dan menukar kad raya dengan shida. Happy tau masih terima kad raya pada zaman 2021 ni. Lagi-lagi kita meraikan perayaan dengan norma baharu tapi rasanya tanpa kad raya macam tak lengkap pula.

Alhamdulillah juga korang! shida cetak KAD RAYA 2021 ni sebayak 100 keping dan 80 keping telah pun diedar semasa bulan puasa dan selepas raya. Alhamdulillah ramai dah terima dan shida menerima banyak tagging dan mention dalam story instagram dan facebook. Tak lupa juga yang sudi update dalam entri blog korang (shida akan terjah ya!). Terima kasih korang yang baik hati 💕

Walaupun shida seorang yang boleh mencetak kad raya dan menerima ratusan kad raya dah untuk cetakan tapi tak sama macam orang mengirim kepada kita beserta pelbagai versi setem yang menarik. Bila tengok dalam peti box tu ada sampul dalam hati tu duk yes! yes! kad raya siapalah ni, tak sabar nak buka 😂 So antara pengirim yang membuat shida tersenyum tu mereka adalah..

TERIMA KASIH BLOGGER AMANINA AHMAD

TERIMA KASIH BLOGGER RA (RUQAIYAH AMANINA)

TERIMA KASIH BLOGGER AZIAN KHALIL

TERIMA KASIH BLOGGER SYAZA NAZURA

TERIMA KASIH BLOGGER FAMF (KAK FARRAH)

TERIMA KASIH NORBAYA (PRODUK MACKINZ)

Inshaa Allah tahun depan harapan nak berganda menerima kad raya ni, seronok tau! buat koleksi kad raya. Koleksi kad raya shida pun dah banyak sangat semua shida masih simpan. Oh ya! sebelum terlupa shida masih mempunyai baki 20 +- kad raya jadi jika ada yang berminat nak kan Kad Raya Shida untuk tahun ini korang boleh email (nama dan alamat) mengguna "contact me" di bahagia sidebar tu okay. Terima kasih semua yang sudi mengirim kad raya dan sudi membaca blog shida. 😍


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok | Alhamdulillah, hari ni dapat shida join lagi giveaway raya. Kali ini penganjuran dari Blogger Bola Katok a.k.a Blogger Jadian dimana "menulis bila rajin, tidur bila malas" hahahhaa statement terbaik 👍 Sama lah macam shida juga tidur bila malas dan keletihan.

Hadiah yang ditawarkan adalah DUIT RAYA kepada 7 Pemenang, wow sangat lumayan dan beruntung jika memenangi duit raya dari Blogger Bola Katok ini. Semoga murah rezeki ya! so korang yang nak join masih berkesempatan kerana giveaway bakal tamat pada 2 Jun 2021 dengan syarat yang mudah. Shida mempelawa semua blogger untuk turut serta dan support giveaway ini ya!

Jangan lupa klik banner untuk terus ke blog penganjur ya!

Hadiah untuk pemenang 💲💲💲

Duit raya RM20
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10
untuk 2 orang pemenang

Duit raya RM5
untuk 4 orang pemenang
 
 
Shida Tag mereka : ✿ Cik Cappuccino Latte ✿ & Rabiahtul Adawiyah



Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Geng Kuat Komen April 2021 -  Shida Radzuan Blog | Punya lah lama shida nak keluarkan GKK 2021 untuk fasa ke 2 part 1 ya! dalam fasa 2 ni ada tiga part iaitu part 1 bulan april, part 2 bulan mei dan part 3 bulan jun. So kiriman hadiah untuk pengumpulan bagi 3 bulan ini iaitu bulan April, Mei & Jun. Sebenarnya shida tak sangka masih ada yang singgah dan baca blog shida ni, kalau tengok bulan April cuma dapat update 18 entri sahaja. Aduhai sedih rasa huhuu.

Bulan Mei pun setakat hari ini baru ada beberapa ketoi entri sedangkan kita dah masuk minggu akhir untuk bulan mei. Maafkan shida korang! Okay kita mula balik untuk sesi Jun 2021 okay! Gambate shida! Terima kasih juga lah kepada korang semua yang sudi berkunjung ke blog shida setiap hari tanpa henti. Lagi-lagi mereka yang tersenarai dalam Top 10 GKK blogger terhebat ini. Thank You 💋

Mungkin ada yang terlepas pandang senarai dibawah ini adalah mereka tersenarai dalam Geng Kuat Komen Bulanan Blog shida (Jan, Feb & Mac). Masing-masing bersaing dalam merebut top 10 dalam carta. Tahniah buat mereka! So hadiah kenang-kenangan dah pun sampai ke tangan pengomen pengomen tegar blog shida ini. 

Untuk hari ini shida nak keluarkan pula senarai tegar Geng Kuat Komen Bulan April. Walaupun untuk bulan ini tak banyak entri tapi mereka-mereka ini tetap hadir ke blog bagi sokogan pada blog shida, Terima kasih korang! terharu shida tau sebenarnya. Thank you! Thank you! 

Dalam senarai ini juga terdapat nama-nama baru dalam Top 10 Geng Kuat Komen April dan ada juga yang dah lama tak masuk dalam carta hehee. Terima kasih kepada fairus (blogger baru), anies dan naniey juga pernah tersenarai dalam bulan-bulan yang lalu. 

Mereka yang terbaik ini terdiri daripada : dear anies, fairus, NA, SalbiahM, Azhafizah MN, Atie Zieya, Atiqah Najihah, Litah L, Rabiahtul adawiyah & nanieydotcom. Korang yang nak berkenalan dan blogwalking ke blog mereka boleh klik nama-nama yang shida dah backlink kan ke blog masing-masing. Awesome korang!

So mereka mereka ini sangat membantu dalam proses penambahbaikan dan peningkatan blog shida sendiri. Tanpa mereka-mereka ini siapalah blog serba biru ini kan. Boleh dikatakan mereka diantara penyeri-penyeri yang ada di dalam blog shida ini. Terima kasih semua! 💋

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

RIANG RIA Bersama SyuDeris

Menarik sungguh banner giveaway Blogger Syuderis ni, menarik juga untuk diturut sertakan. Haa bagi korang yang kekeringan idea nak update tu boleh la join GA dari Syuderis ni, tak lama dah nak end pada 27 May 2021. Cepat-cepat shida join sebab takut terlepas lagi aktiviti support rakan blogger.

Dalam syarat-syarat korang perlu buat satu post gambar dan ucapan korang, tak susah pun hehee kebetulan memang shida ada gambar raya bersama husben di pagi raya "mujur ada" hahaaa. Dalam tak dapat balik beraya tu sedih la juga sebab biasa tak pernah terlepas pulang ke kampung husben. Tahun ini hanya beraya bersama keluarga belah shida saja.

 

Rasanya ini adalah gambar raya yang paling proper sekali. Sebab tahun ni tak kalut ke mana-mana hanya dirumah sendiri so ambil lah masa banyak mana untuk membuat persiapan. Dari persiapan baju, kuih raya, juadah raya dan akhir sekali baru ke rumah mak shida di taman depan tu saja. Shida mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Syawal kepada semua pembaca Shida Radzuan Blog!

Cerita raya tahun ni biasa-biasa je, takde yang menarik pun. Tahun ini kami memilih tema meroon, kiranya team meroon la tahun ni. Cari baju pun last-last minit dapat cari jadinya seperti inilah baju yang dapat, tak penuh pun warna meroon bergabung dengan hitam hahaa aduhai 😂 belasah ajer lah asal ada tema berdua kali ini cuma ini gambar paling proper lah bagi shida 💑

Rendang pula, awal-awal pagi shida dah merendang, shida merendang dua kali sebenarnya malam raya dan pagi raya. Malam raya shdia buat rendang daging untuk husben shida nak makan bersama ketupat, esok paginya shida buat rendang ayam pula. buat setengah ekor bersama dua batang lemang terus tapau bawa ke rumah mak makan bersama mak ayah dan adik.

Untuk tahun ni juga kuih raya feveret pun dapat tau hehee. Kuih raya feveret shida ada dua jenis saja satu kuih lama satu kuih moden, Tart Nenas dan Chrunchy Almond. Dua-dua kuih ni wajib ada, tahun ni memang best semua dapat lengkap heheee. So raya tak la berasa sedih sangat hehee dapat juga menjamu selera dengan juadah kegemaran hehee. 

Ok so rasanya itu sahaja, bagi korang yang nak join boleh klik banner di atas dan anda telah ditag oleh shida Atie Zieya, Sha Mohamed & Atiqah Najihah "Teman Raya! Miker Raya ke Idak?" Good Luck korang yang join sama. 


Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Allahuu, lama betul shida bercuti dari menulis dalam blog ni. Maaf maaf korang! Entahlah! dari bulan puasa lagi shida dah mula kurang menulis dalam blog ni. Bukan malas atau sengaja takmau menulis dan menaip. Cuma kekangan masa dan tenaga sebenarnya, cuma dapat lah 2 3 entri yang shida buat auto publish sebenarnya.

Seperti yang korang sedia maklum, sepanjang bulan ramadhan ni shida berniaga, membantu dan menjana ekonomi mak sebenarnya. Memandangkan masa tu covid19 tengah berleluasa jadi shida tak bagi mak keluar berniaga di bazar ramadhan, hanya shida dan adik-adik sahaja yang berniaga. Mak hanya duduk rumah dan memasak, memang sepanjang bulan puasa ni shida menikmati kepenatan yang terlampau. huhu

Mesti ada yang tertanya kan tentang pusat tuisyen shida, sepanjang bulan puasa pusat hanya beroperasi sebelah malam sahaja. Jadi petang tu shida free tu yang decide untuk bantu mak sepanjang bulan puasa ni. Alhamdulillah selama 23 hari kami berniaga dapat lah mak bonus, menyimpan sikitkan. Shida pun bantu mak tak ambil upah, hanya minta mak lauk lebihan yang tak habis tapau untuk berbuka dengan husben kat rumah.

Menjadi dalam sejarah shida tak masak pun sepanjang bulan puasa huhuu. Memang tak terkejar nak masak sebab sibuk urus bazar dan pusat tuisyen pula. Pagi pun kadang-kadang teman adik beli barang untuk masak pula. Haihh, kalau korang baca mesti rasa sibuk benar si shida ni kan 😂😂

Yes! Shida Kembali korang! kembali untuk menulis setelah tamat berehat selama 13 syawal hahaha. Ampun ya rehat lama sebab balas dendam balik masa time berpuasa tu shida allout korang! tetapi nikmat penat yang berbalas 😍😍 Alhamdulillah syukur atas rezekinya yang tak terjangka. Husben shida pun baru semalam mula berniaga semula, lama juga berehat bersama hahaha.

Dah terlalu lama meninggalkan blog, nanti kan kehadiran shida ke blog korang ya! shida akan blogwalking ke blog blog feveret shida semestinya korang yang tak putus-putus datang berkunjung walau shida tak update blog! sangat-sangat terharu tau, siapa? korang lah yang tengah baca entri ini sehingga habis. Terima kasih korang! sayang korang semua 💋💋

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Hai Korang! Ya Allah lamanya shida tak update blog ni korang! Sudah bersawang sangat ni. Ampun sangat korang! sepanjang bulan bulan Ramadhan yang lepas memang shida sibuk sehingga tak dapat nak tumpu pada blog. Bukan tak cuba untuk bahagikan masa dan ruang tapi memang tak boleh 😅

Okay dikesempatan ini shida nak Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini, tak lupa juga kawan blogger dan pembaca blog shida ini. Entah ada ke tak pembaca lagi ni aduhaii!

Untuk raya kali ini Tahun 2021 kita masih Raya dalam PKP lagi korang. Ya kali ini langsung tak dapat merentas atau ke mana-mana. Jadi plan untuk balik ke kampung suami dan bercuti automatik dibatalkan serta merta hahaha. Sabar ajer lah! Ingat dapatlah berehat setelah berpenat lelah di bulan puasa kan. Hampaaa jua 😔

Berehat yang disangka seminggu diberi selama sebulan korang! Yerlah Pusat Tuisyen menerima arahan untuk tutup beroperasi bermula 10 Mei 2021 sehingga 6 Jun 2021. Aduhai! betul-betul dapat raya selama sebulan dekat rumah ni. Pelajar pun akan mula semula PDPR selepas cuti hari raya.

Di Bulan yang mulia ini, shida panjat doa semoga wabak covid19 ini hilang dimuka bumi kita, agar kita dapat kembali kehidupan kita yang normal. Sekarang buat sementara waktu kita teruskan dulu kehidupan kita dengan norma baharu dan patuh SOP yang disarankan MKN & KKM.

Baiklah korang! sungguhpun kita raya dalam suasana pkp lagi tapi kita haruslah meraikan keriangan hari raya ini atas kemenangan kita berpuasa dan melawan hawa nafsu. Hari raya harus jua diraikan jangan bersedih ya mana yang tak dapat balik kampung, dah lama tak berjumpa dengan keluarga. Semoga satu hari nanti kita dapat merasa semua itu kembali, Amin! 


Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021 | Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu - 1 Mei 2021. Bila tengok tagline yang dah viral ni, memang sungguhlah dah setahun lebih kita mengharungi covid19 ini dengan kesabaran dan pelbagai musibah yang menimpa sepanjang kita mengharunginya. 

Sepanjang pendamik covid19 ini memang ada insan-insan terdekat yang terkesan dengan wabak ini, ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan pekerjaan dan ada juga ahli keluarga yang menjadi sebahagian daripada barisan hadapan. Jadi memang tepatlah tagline tersebut "Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu.

Dalam perjalanan menjalani pendamik ini, banyak perubahan yang ketara berlaku dalam kehidupan kita, ada yang positif dan ada juga yang negetif. Agaknya sampai bila ya kita nak hidup bersama covid19 yang tak habis-habis. Gelombang kes sentiasa ada, bilangan kes setiap hari semakin naik. 

Apa yang peranan kita untuk menentang virus covid19 ini? Ya! patuh lah SOP memang ramai je dah tak endah dan tak patuh sebenarnya. Yang ada kesedaran teruskan patuh, moga kita semua dilindungan Allah swt. Harini sabtu jatuhnya 1 Mei 2021, Pusat Tuisyen tutup sehari dan akan beroperasi semula pada esoknya hari ahad 2 Mei 2021. Walaupun harini cuti tapi petang sat lagi tetap berniaga demi membantu emak dan adik shida. 

Alhamdulillah, walaupun penat tapi penat yang sangat menggembirakan, kenapa gembira? gembira dapat jual lauk pauk fresh untuk orang-orang yang datang membeli. Kebanyakan yang datang membeli semua sebahagian dari barisan hadapan yang tak sempat memasak kerana bertugas sehingga malam. Bila bertanya "tak sempat masak shida, kerja hari ni" sebegitulah hari-hari.

Seronok dapat bantu orang dan secara tak langsung orang bantu kita juga. Biasa kalau lauk tak habis tu kan shida pack-pack bagi lah dekat jiran-jiran yang berniaga bersama. Tak lah membazir buang macam tu saja. Esoknya masak lauk baru, hari-hari lauk baru dan berbeza-beza menunya. Alhamdulillah syukur seadanya! Selamat hari pekerja korang! Selamat bercuti dan beristirehat ya 😀


Share
Tweet
Pin
Share
49 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • SURIA AMANDA
    Cucur Bawang Jejari Ketam Sarapan Hari Ini...
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    Hujung Minggu Yang Mengejutkan
    2 hours ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Salam Dari Bumi Perlis Indera Kayangan! Syurga Harum Manis
    3 hours ago
  • aziankhalil.com
    Restoran Al Safa Gelang Patah
    3 hours ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    June 14, 2025
    12 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Beauti telah meninggal dunia
    19 hours ago
  • A M M I
    Kelebihan Briskwalk waktu petang
    1 day ago
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
    1 day ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Dari Algeciras ke Granada
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Makan Apa di Hainan Story Metrocity
    1 day ago
  • Anies♥You
    Kaysone Phomvihane, Laos: Savan Resorts
    1 day ago
  • DANA
    RESEPI AYAM KOREA
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Pengajaran daripada tragedi kemalangan bas pelajar UPSI
    2 days ago
  • cik sukα taip
    Review Filem Pulung Gantung (2025)
    2 days ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak SA
    2 days ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!
    2 days ago
  • Farhana Jafri
    KISAH-KISAH BENAR DIANGKAT DALAM “JASMINE PROJECT LOVE MUSIM KEDUA”
    3 days ago
  • Jurnal Shikin Razali
    WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.3/2025 | PERSENJATAAN MELAYU : CITRA BUDAYA BANGSA
    3 days ago
  • Warisan Petani
    WW 590 : Shopping Keperluan Kebun
    3 days ago
  • thesuraya
    Ikhlas, A.K! by Nirrosette
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    Www Pisang setandan
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    Ubi Kayu Goreng
    3 days ago
  • Tiara Saphire
    Perempuan Kesayanganku by Nona Lizza | Ebook Review
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Angioplasti Kecemasan?
    6 days ago
  • Bola Katok
    Selamat Hari Raya Aidiladha 2025.
    1 week ago
  • //Perdu Cinta
    SALAM AIDILADHA MULAKAN KORBAN DARIPADA DIRI SENDIRI
    1 week ago
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
    1 week ago
  • orangbukit
    Salam Aidil Adha 2025
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Panduan Tiket Flight dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan Harga Terbaik
    1 week ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Naim Kembali Dunia Blogging
    1 week ago
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
    2 weeks ago
  • From FAMF Tower
    Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
    3 weeks ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Hiking Bukit Padang di tahun 2025 & Makan Nasi Lemak
    3 weeks ago
  • Aisya Ismail
    Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?
    1 month ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    1 month ago
  • nanieybarnieylurviey
    Al Fatihah Papa
    2 months ago
  • Mia Liana
    Master the Market: Comprehensive Guide to Using MT4 Index Trading Platform
    2 months ago
  • Mediana
    CARA KURANGKAN BERAT BADAN KEARAH GAYA HIDUP SIHAT
    2 months ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    2 months ago
  • The Wonderful Jannah
    Pengalaman Makan di Sate Zul Kuantan
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    PENGUBAT RINDU BILA LAMA TAK BERUPDATE
    2 months ago
  • SayaNaia
    Low Battery
    3 months ago
  • EJULZ
    Giveaway Kerajaan Kelapa
    3 months ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    NIKMATI CUTI SEKOLAH DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE
    3 months ago
  • Blog Adianiez
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    4 months ago
  • Zarida Ishak
    Di Bulan Mulia Ini, Jom Bantu Anak-Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka
    5 months ago
  • NaSa
    Diari Dialisis: Berakhirnya Buku Kehidupan Mama
    5 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    harini birthday suami yang ke 30
    6 months ago
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
    6 months ago
  • blog
    4 tahun penuh suka duka
    10 months ago
  • kaellaaaa's
    New Environment
    1 year ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Selamat Hari Raya Aidilfitri!
    1 year ago
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
    1 year ago
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    1 year ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • insan marhaen
    Bersara Penuh
    1 year ago
  • IbuCida
    Langkah Pertama
    2 years ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    2 years ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    2 years ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    2 years ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    2 years ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    2 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
    3 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    4 years ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    4 years ago
  • Cikgu Badarudin
    4 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Aircon That Saves Electricity KL & Selangor
    5 years ago
  • The_ramaramapendek
    Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
    5 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    6 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  May 2023 (1)
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ▼  May 2021 (11)
      • Langsir Baru Untuk Rumahku Syurgaku
      • Happy Birthday Giveaway by Abam Kie
      • NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip
      • Salam Jumaat Penuh Barakah
      • Kad Raya Dari Blogger | Terima kasih
      • Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok
      • Geng Kuat Komen April 2021 - Shida Radzuan Blog
      • RIANG RIA Bersama SyuDeris
      • Shida Kembali!
      • Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin | 2021 Raya P...
      • Selamat Menyambut Hari Pekerja 2021
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog