Erti Kemerdekaan Pada Zaman Masa Kini

by - 22:53:00

Bila sebut kemerdekaan, apakah yang bermain dalam fikiran kita seakarang? Untuk generasi muda mungkin mereka diajar mengenai sejarah kemerdekaan yang sedia ada dalam buku teks dan mana-mana sumber bacaan yang menganggap merdeka itu adalah bebas dari cengkaman penjajahan dan menghayati laungan merdeka! merdeka! merdeka!

Erti Kemerdekaan Pada Zaman Masa Kini

Dulu kemerdekaan sinonim dengan kebebasan dan pengorbanan yang membabitkan perjuangan parajurit kita demi tanah melayu. Sekarang ia lebih kepada membabitkan kermerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi jati diri kerana generasi muda kini lebih berhadapan ancaman dari segi pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Sekarang kita dalam berusaha untuk bebas dari pandemik covid19 ini, ia juga boleh dikatakan kita mahu merdeka dan bebas dari ancaman musuh yang kita sendiri tak nampak. Para frontliner dan kerajaan kita juga sedang berjuang untuk melawan musuh baru ini, sehingga kini kita masih dijajah oleh musuh yang kita sendiri tak nampak.

Bila agaknya kita akan merdeka dari covid19 yang sudah dua tahun kita semua bergelumang dengan musuh ketat dunia ini. Inshaa Allah dengan SOP yang disediakan oleh kerajaan kita mampu melawan dan menang satu hari nanti, banyakkan berdoa, patuh sop yang dikeluarkan kerajaan dan juga ambillah vaksin untuk lindung diri lindung semua.

Logo dan Tema - Malaysia Prihatin

Setakat ini logo dan tema masih dikekalkan sepertimana diperkenalkan pada tahun 2021 dengan rekaan logo berbentuk hati dan warna jalur gemilang malaysia juga dikekalkan. Tema Malaysia Prihatin juga amat menepati dengan situasi semasa malaysia dengan keprihatinan kerajaan malaysia terhadap rakyat malaysia dalam menanangi dan memerangi pandemik.


You May Also Like

16 comments

  1. Selamat hari Kebangsaan. Semua sudah penat berhadapan dengan musuh tak nampak dimata ni..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ramai yg tak faham apa. itu Merdeka
    yg muda2 skrg
    cuma tahu sebut shj merdeka betul x

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut bulan kemerdekaan

    ReplyDelete
  4. Insya Allah. Apapun sabar dalam berusaha mematuhi peraturan.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni berharap benar dapat merdeka dari pandemik covid19

    ReplyDelete
  6. semoga rakyat malaysia makin prihatin dan bantu membantu di musim yg sukar ni

    ReplyDelete
  7. Semoga negara dan kita semua rakyatnya bebas daripada virus Covid-19 kan Shida.

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat kita bebas dari ancaman COVID-19 yang jahat ni. Aaaminn...
    Selamat menyambut hari Merdeka. Kurang meriah merdeka bila pandemik COVID-19 ni. huhu...

    ReplyDelete
  9. Selain meraikan merdeka daripada penjajah, berharap dapat merdeka dari covid19 jugak suatu hari nanti. Apa apapun, selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia! ;)

    ReplyDelete
  10. Saya dah merdeka! Dua dos settleee vaksin.. hhehee

    ReplyDelete
  11. Hargai kehidupan aman yang kita nikmti sekarang :) Salam Merdeka

    ReplyDelete
  12. Selamat hari kemerdekaan kepada semua

    ReplyDelete
  13. semoga satu hari nanti kita merdeka dari covid dan pelbagai unsur negatif amin

    ReplyDelete
  14. Terima kasih untuk perkongsian ini Shida..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.