July Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console

by - 23:38:00

July Performance Shida Radzuan Blog - Google Search Console | Hai semua, apa khabar ya? Harini shida berkesempatan untuk update blog lagi. Harap-harap masih ruang dan peluang untuk menulis dan blogwalking. Rindu dah kat blog kawan-kawan, nak baca dan tahu perkembangan semasa semua.

Entri kali ni seperti biasa shida nak update tentang peningkatan blog sendiri setiap bulan menggunakan Google Search Console. Rata-rata ramai dah blogger yang guna dan lihat performance blog dengan GSC ni. Bukan apa, kadang kala kita perlu tahu perkembangan blog semasa bagi yang serius dalam dunia blog.

Bulan Julai adalah satu bulan yang bagi shida menunjukkan prestasi blog yang agak baik berbanding bulan yang lalu. Bulan Jun baik juga tapi alhamdulillah bulan julai bertambah baik, syukur! Walaupun kurang entri tapi pageview meningkat naik, dalam sehari hari.

Alhamdulillah satu peningkatan yang baik, mudah-mudahan boleh maintain dan meningkat lagi setiap bulan. Bila ada blogger yang update atau kemaskini perkembangan blog bukan lah nak tunjuk-tunjuk hebat tapi sekadar satu pembakar semangat untuk lebih maju dalam dunia blog. 

Bila ada blogger lain yang tengok mungkin boleh terinspirasi juga..haaa gitu kan. Orang kata sharing is caring gitu, betul tak korang? Semangat perlu ada dalam dunia bloging ni, bukan semata-mata dalam mengejar income tapi penyampaian dan perkongsian dalam penulisan kita.

Entri periuk dessini masih dalam carta top carian dalam google, walau bukan yang pertama tapi masih dalam carian google. Entri etika temuduga juga salah satu entri top yang dicari dalam google. Senang kata apa-apa orang google jadi sebarlah perkongsian yang bermanfaat, orang malaysia kan suka google.

Nak capai seperti sekarang bukannya mudah, perlukan banyak pengorbanan sebenarnya. Macam shida juga banyak berkorban dari segi masa dan tenaga, nak bahagi masa tu yang susah untuk shida tapi shida tekad untuk all out lagi. 

Mudah mudahan termakbul apa yang dihajati untuk lebih maju jaya. Lagi pun seperti yang shida selalu kata, shida masih belajar walau dah bertahun-tahun dalam dunia blog ni tapi shida masih rasa diri ini masih baru dan nak belajar banyak lagi ilmu bloging.

You May Also Like

24 comments

  1. Tahniah shida!! Walaupun agak sepi tp performance meningkat... chaiyokk 💪🏻💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah Shida. Saya dah terima hadiah GKK. Thank you so much!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Shida... Semoga maju jaya..

    ReplyDelete
  4. Tahniah.
    Teruskan menulis.
    Betul itu akak pun masih belajar lagi walaupun blog sudah memasuki usia 11 tahun.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak shida. btol tu, sharing utk naikkan semangat blogger lain, bkn utk menunjuk..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah Shida. Semoga lebih bersemangat untuk terus berkongsi cerita di blog.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Teruskan berblog dan menulis perkara yang bermanfaat

    ReplyDelete
  8. tahniah kak shida! Keep it up :)

    ReplyDelete
  9. hebat, periuk dessini masih mengungguli carta hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..Tahniah Shida. Peningkatan bagus tu. Terus semangat Shida berblog.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, semangat terus kak Shida ^_^

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah kak shida! Semgoa terus maju dalam dunia blogging! :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Tahniah shida..
    semoga terus sukses dan cemerlang..

    ReplyDelete
  14. hebat hebat@ tahniah shida! keep on blogging

    ReplyDelete
  15. tahniah shida.. jauh jurang dgn mama hihi

    ReplyDelete
  16. Tahniahhh . saya pun baru nak start tengok tengok GSC tu haaa.. Moga kita tabah dalam dunia blogging ni... Kan.. Amin

    ReplyDelete
  17. Tahniah… keep up the good work

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tahniah kak.. terus semangat berblogging ya kak!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.