Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 (Akhir) Slot Samarinda TV3

by - 00:00:00

Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 (Akhir) Slot Samarinda TV3 | Drama yang tengah trending sekarang ni rata-rata menjadi bualan setiap mulut peminat atau penonton drama bersiri di TV3. Drama Takdir Yang Tertulis dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong serta ramai lagi barisan artis yang berjaya mencuit hati penonton yang menonton drama ini. Boleh juga tonton online di WeTV Drama Takdir Yang Tertulis (Episod 1 hingga 15).

Shida ni sebab PKP je boleh lah menonton semua drama-drama yang ada, kalau kerja takdak peluang la nak tonton huhuu. Shida syak drama ni juga akan jadi sehebat drama 7 hari mencintaiku dan cinta sekali lagi yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Drama takdir yang tertulis menampilkan plot twist yang mendebarkan dan menyakitkan hati yang sarat dengan konflik antara mereka (Juweta dan Azlan). 

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis.

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

 

Info Drama Takdir Yang Tertulis

  • PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
  • PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
  • PRODUKSI : Radius One
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 15 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021 
  • LAGU TEMA (OST) : Karma (Kaka & Jaz Hayat

 

Pelakon & Watak DramaTakdir Yang Tertulis

  • Nad Zainal sebagai Juweta
  • Nazim Othman sebagai Azlan
  • Elvina Mohamad sebagai Ruhila
  • Alvin Chong sebagai Ean
  • Didie Alias sebagai Che Salmah
  • Iman Suhana sebagai Ruzita 
  • Muaz Fitri sebagai Hakim
  • Uchee Fukada sebagai Kak Jo
  • Isaac Iman sebagai Mika
 



 

You May Also Like

8 comments

  1. ramai org sakit jiwa tgk cita ni hahaha .. atie pun nak tgk nanti lepas dah habis full episode

    ReplyDelete
  2. nanti abam kie free nak gak tgok drama melayu di TV...

    ReplyDelete
  3. Ramai cakap cite ni best. Tak klise.

    ReplyDelete
  4. Emo penonton tengok drama ni. Pengarah hebat haruslah cerita dia best :)

    ReplyDelete
  5. Mmang sakit jiwa tngok cerita nih. Marathon dari ep 1-5 smlm. Juweta ni boleh dikatakan mangsa . Jatuh terduduk terus bekas suami Dan bff dia buat. Yg ruhila tu pa hal..masa baby ko soh buang Ank tu. Kesian juweta😭

    ReplyDelete
  6. Yanie follow juga citer ni kak..best!

    ReplyDelete
  7. Haha emo jadinya tengok cerita ni!

    ReplyDelete
  8. Akhirnya diri ini telah tamat. Kalau tengah berlangsung mesti tidak sabar tengok episod berikutnya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.