Moga Sampai Dengan Selamat

by - 07:00:00

Moga Sampai Dengan Selamat | Lega sangat semua hadiah untuk Geng Kuat Komen 2020 telah shida siapkan dengan sempurna. Inshaa Allah selasa shida akan pos ya memandangkan shida offday hari selasa. Jika dah sampai ke tangan si penerima semua hadiah-hadiah ni, boleh lah roger shida nanti ya, harap landing dengan selamat hendaknya.

Sebenarnya ada empat penerima Geng Kuat Komen 2020 yang masih belum email shida detail untuk pengeposan hadiah ni. Jadi disebabkan tak nak tunggu terlalu lama lagi, memandangkan yang lain semua dah beri detail maka shida pos dulu mana yang dah bagi dulu. Nak tahu top 20 yang menerima sedikit buah tangan dari shida boleh refer link bawah ni ya.
 
Harap dengan pemberian kecil ini dapat mengeratkan lagi ukwah persahabatan kita dalam dunia blogger ini. Seronok juga sekali sekala, dapat beri hadiah kecil dan berkongsi rezeki untuk dibuat kenang-kenangan kan. Inshaa Allah ada rezeki lebih setiap tahun nak buat macam ni, cuma shida rasa untuk tahun 2021 ni berbeza sikit. 
 
Perkongsian rezeki nanti shida akan buat setiap tiga bulan, maksudnya akan ada empat kali pemberian hadiah dalam setahun iaitu pada bulan mac, jun, september dan disember.
 
So apa isian dalam setiap bungkusan tu? Haaaa setiap bilangan atau jumlah komen yang shida kumpul dalam Geng Kuat Komen 2020 dari bulan jun hinggalah disember 2020 tu berbeza sikit hadiah-hadiahnya antaranya ada Bantal Leyna (petite), Frame 4R dari ikea, Digital Counter (tasbih), Tent Card Calendar  (limited edition) dan Ole-ole dari pangkor. 
 
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang selalu support blog shida, stalker blog shida atau yang hanya baca dan berlalu pun shida ucapkan terima kasih. Banyak peningkatan blog dari bulan ke bulan sejak shida mula aktif lagi, seronok rasa dan semakin semangat untuk terus berblogging. Love korang semua! 💋

 

 

You May Also Like

15 comments

  1. Wah.. terbaiklah Shida.. Memang ohsem.. Semoga makin murah rezeki Shida.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat semua penerima hadiah. Moga persahabatan maya berkekalan.

    ReplyDelete
  3. Akan saya tunggu. Nanti beritahu apabila sampai, insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, Wina.
      memang champion la dlm blogwalking ni.
      tak terkejar aida :)

      Delete
  4. Alhamdulillah..tahniah buat semua penerima. Semoga Shida dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Aaaminnn

    ReplyDelete
  5. bertuah badan semuanya :)
    moga thn ni, aida bertakhta di list Shida.
    rapatkan ukhwah satu hal.
    nak dpt hadiah dari shida tu hal penting :) hi hi hi...
    jgn marah ye, shida. gurau aje.

    ReplyDelete
  6. Rasa tak sbar menunggu abang Pos kita. hehe

    ReplyDelete
  7. Hehe thanks kak shida! Moga makin murah rezeki kak shida! Nanti sampai Cik TK inform...

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada si penerima.. semoga Shida sentiasa dimurahkan rezeki lagi.. aamiin..

    ReplyDelete
  9. seronok ada aktivit2 macam ni dgn kenalan di alam maya kan..

    ReplyDelete
  10. kak shida mmg suka bg gift kann..yaya pon pnh dpt kad raya dri kak shida..hehe (tp lama dulu laa..xingt thn bila huuu)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Selamat sampai dah semalam Shida. Nanti fza update ye :)
    Terima kasih sekali lagi Shida :)

    ReplyDelete
  12. Semoga ukhwah semua berkekalan.. terbaiklah shida.. berkongsi rezeki kan?

    ReplyDelete
  13. Selamat sudah tiba petang tadi kak shida. Alhamdulillah, terima kasih kak shida!!

    ReplyDelete
  14. Wah seronoknya..rindu sgt zaman blogging ni..Yanie xdpt nk teruskan kekangan masa..suka baca blog akak je =)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.