Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1 hingga 6

by - 23:23:00

 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1 hingga 6 -

Sekumpulan remaja sedang mengadakan sebuah campfire di dalam sebuah hutan. Campfire itu dihadiri oleh 10 orang sahabat berusia 18 tahun bagi yang dianjurkan oleh mereka sendiri. Ezlan, 18 sedang menceritakan sebuah kisah seram membuatkan ramai remaja takut terutamanya remaja perempuan. Sedang leka mendengar kisah seram yang disampaikan oleh Ezlan, Ezlan menyergah dengan kuat membuatkan Raihani, 18 terkejut lalu memaut lengan Ezlan. Semua orang bergelak ketawa kerana keletah Ezlan yang melucukan walaupun dia sedang bercerita tentang hantu. Raihani menepuk-nepuk bahu Ezlan dengan manja. Jelas keserasian Raihani dan Ezlan. Kekacakkan dan keletah Ezlan ditenung lama oleh Laila, 18. Jelas, ada rasa cinta melalui anak mata Laila.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1

 

Tujuh tahun melayari alam perkahwinan, hidup Raihani, 25 dan Ezlan, 25 diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Rais, 6 dan Ain, 4. Mereka masih lagi tinggal di rumah Mak Lang, 57. Walaupun telah lama tinggal serumah, namun Mak Lang masih bersikap dingin terhadap Raihani. Raihani sudah lelah dengan sikap Mak Lang hanya menjalankan kehidupan biasa seperti seorang isteri dan menantu. Suatu malam, Ezlan sekeluarga pulang daripada surau selepas solat Isyak. Saat melintasi kawasan rumah Azizah, Ezlan terpana melihat sosok tubuh wanita yang samar-samar kelihatan wajahnya berdiri di tangga lalu masuk ke dalam rumah.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 2

 

Sejak peristiwa itu, Ezlan menjadi kekok untuk bertemu dengan Laila yang sering mengunjungi rumahnya. Kecantikan Laila turut dipuji oleh Mak Lang yang kabur mata dek kekayaan yang dimiliki Laila. Actually, Mak Lang puji Laila bukan sebab cantik, tapi sebab dia kaya, ada duit dan pandai bergaya. Walaupun Laila sudah pulang ke bandar beberapa minggu yang lalu, suara halus Laila masih terngiang-ngiang di telinga Ezlan. Bagai ada bisikkan/ humming yang mengajaknya untuk terus mengingati Laila. Kelalaian Ezlan bekerja di kebun membuatkan Pak Salleh marah. Ezlan sudah tidak serajin dulu.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 3 


Tiga bulan berlalu, Ezlan tidak pernah pulang ke kampung. Dia tinggal dalam rumah Laila tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Ini kerana Ezlan sudah terkena sihir minyak senyonyong yang di calit oleh Laila. Laila enggan melepaskan Ezlan dan mahu mendirikan rumahtangga dengan lelaki itu. Ezlan di lamun dilemma kerana perhubungannya dengan Laila masih menjadi rahsia dan tidak pernah diketahui oleh Raihani. Ezlan lemah dengan pujuk rayu Laila yang manja dengan menaburnya dengan kemewahan. Ezlan hairan, kata-kata Laila seumpama mantera yang merasuk jasadnya untuk tunduk dengan Laila.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 4


Laila seakan sudah dapat membaca, segalanya percaturannya akan berjaya. Tidak sia-sia dia bertemu dengan Mak Cik Embun, 60an, selepas berpindah dari kampung tujuh tahun yang lalu. Laila terimbas kembali kesengsaraan dan keperitan yang dilaluinya sepanjang persahabatan dengan Raihani dan Ezlan. Oleh kerana dirinya yang tidak cantik, Laila bertekad menggunakan susuk bagi tujuan penaik seri untuk menggoda mana-mana lelaki yang disukainya seterusnya menyiksa kehidupan lelaki itu dengan sihir.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 5

 

Raihani dan Ezlan telah berkahwin dan bahagia selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak, Rais dan Ain. Pada suatu hari, rakan mereka yang telah lama hilang, Laila telah kembali ke kampung halaman mereka. Suatu ketika dahulu, ketika mereka masih muda, Laila menyukai Ezlan tetapi cintanya hancur apabila Ezlan tekad memilih Raihaini sebagai isteri dan bukannya dia. Kerana rasa dirinya ditolak dan tidak dihargai langsung, dia meninggalkan kampung halaman dan berjanji akan kembali sebagai Laila yang 'baru'. Sekarang, Laila lebih cantik dan kaya-raya, dia bertekad untuk memenangi kembali Ezlan ... dengan bantuan ilmu hitam.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 6

 

 

You May Also Like

10 comments

  1. Tak sabar nak tunggu ending cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Laila ini betul-betul suka Ezlan atau sebab hendak balas dendam?

    ReplyDelete
  3. Drama best. Layan sampai episode 6. Jahat betul Laila tu..ish ish ish

    ReplyDelete
  4. bila hati dh hitam gini la..sangguh santau kwn sendiri sbb dengki

    ReplyDelete
  5. akak tengok citer ni, standby bantal kat tangan. part seram je, hadang muka ngan bantal..penakut tapi nak tengok. hahah

    ReplyDelete
  6. nampak menarik ceritanyaaa ni :)

    ReplyDelete
  7. Tak sempat tengok semua episod. Skip2 tengok kat tv

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.