Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Slot Samarinda TV3

by - 16:45:00

 

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Slot Samarinda TV3 | Perghhh, ni kalau sejenis yang penakut memang takleh la tengok poster macam ni kan hahaha. Drama kali ini adalah pengganti Drama Takdir Yang Tertulis yang berakhir semalam dengan plot twist yang membuat ramai penonton bingung dan tercengang dengan ending seperti itu. Sabar jelah! shida juga terkena hahhaa.

Drama Aku yang kau gelar isteri melibat beberapa barisan artis yang tcukup popular seperti Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Afiq Azman, Lana Nordin dan ramai lagi barisan artis yang hebat-hebat. Drama bergenre seram ini akan bertemu kita malam ini jam 10 malam di tv3. Jom sama-sama menikmati kisah disebalik Janji Setia Disihir Cemburu.

 

Info Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

  • PENGARAH : Shuhaimi Lua
  • PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
  • PENULIS SKRIP : Syed Mohamamd Taufik Syed Abdul Jalil
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 15 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021 
  • PELAKON : Nadia Brian, Adi Putra, Sharifah Sakinah, Afiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nordin, Ummar Dzariff, Laura Olivia.

Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri

  • Apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
  • Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Saksikan drama ini sehingga tamat.






You May Also Like

11 comments

  1. Wah! Bestlah pelakon-pelakonnya.

    ReplyDelete
  2. aduiii seram ekk... tp mcm best je nok sinopsis dia tu. hehe

    ReplyDelete
  3. smlm episode first, mama dah tggu siap depa tv haha

    ReplyDelete
  4. Nak tengok tapi kalau genre seram ni tak boleh lah kita tak kuat

    ReplyDelete
  5. Tak sabar tunggu episod ketiga..

    ReplyDelete
  6. Mula mula tengok pelakon macam biasa je. Tak expect lak cerita dia mistik. Layan juga drama ni.

    ReplyDelete
  7. ada dengar intebiu kat hotfm aritu. mcm best citer dia ni sebab ada elemen mistik

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.