Kisah Seram Di Asrama - Part 1

by - 21:50:00

 

Kisah Seram Di Asrama - Part 1 | Mulanya kisah ini di asrama shida sendiri, saja nak bercerita dan berkongsi rasa dengan korang. Masa tahun 2000 shida tinggal di asrama yang sepenuhnya hanya perempuan sahaja. Nama dan Sekolah shida terpaksa sorokkan untuk mengelak kesalah fahaman berdasarkan cerita yang shida nak kongsikan.

Bila sebut pasal Asrama ni, dah jadi satu trend anak-anak pasti akan ke asrama, baik asrama penuh atau harian. Tempat shida sekolah dulu ni, sekolahnya memang popular dengan akademik dan sukan. Shida masuk ke sana pun atas tiket sukan sahaja. Kalau akedemik ni masa upsr tu teruk juga hanya 1A sahaja. Ok abaikan tentang result upsr tu berbalik pada point utama.

Pernah tak korang sendiri atau anak-anak korang yang balik bercerita tentang kejadian ketika mereka di dalam asrama? mesti ada kan, kalau sebut pelbagai cerita dan pengalaman yang ada. Dalam hal ni bukan nak menunjukkan mana baik dan buruk atau kesan tinggal di asrama, tidak ya! ini hanya satu penceritaan sahaja, throwback lah sikit masa shida tinggal disana selama 6 tahun bermula dari F1 hingga F6. 

Cerita yang pertama bermulanya pada tahun 2000 masa tu shida tingkatan satu, rasanya kejadian ni pun masa shida dah habis semester pertama. Selepas balik dari asarama semula, ke semua bilik/dorm bersepah-sepah macam kena pecah masuk. Habis semua lokar baju diselongkar oleh siapa kami satu asrama pun tak tahu. Sehingga bilik warden sendiri pun dia masuknya, kejadian aneh ni dimaklumkan kepada pengetua sekolah, malam tu pengetua datang bersama polis. Nampak disitu makcik guard mula disiasat sehingga ke makcik-makcik kantin.

Sampai sekarang kan, kami pun tak tahu siapa yang pecah masuk dorm-dorm asrama ini sebab takda tanda pecah masuk atau sebarang kerosakan yang dilaporkan malam tu. Jabatan forensik siap datang ambil gambar bagai. Masa tu shida dan seluruh pelajar asrama berkumpul dalam dewan asrama. Kakak-kakak senior cuba tenangkan kami semua. 

Ada juga kawan-kawan yang balik petang tu bila ibubapa dapat tahu terus patah balik pulang ke rumah. Selang seminggu baru datang semula ke asrama.Korang bayangkan lah masa tu shida baru tingkatan satu, dah lalui perkara macam ni. Sejak dari kes tu kami pelajar asrama selalu diberi kaunsleing dan nasihat dari guru-guru asrama. Ada juga dari kes ni, ramai pelajar dah berpindah sekolah.

Nasiblah kami pelajar-pelajar sukan ni jarang ada di asrama selalu duduk dalam kem sukan so takla selalu berfikir sangat tentang kejadian tu. So untuk part 1 ini saja cerita yang shida nak share, ada banyak tau cerita yang shida nak kongsikan kejadian yang berlaku sepanjang 6 tahun shida tinggal di asrama.


You May Also Like

21 comments

  1. Macam menakutkan je kak. huhu. GV pun pernah juga duk asrama sekejap. Walaupun sekejap, tapi banyak sangat pengalaman GV dapat. huhu. Ada part 2 cite asrama seram juga ke kak. huhu.

    ReplyDelete
  2. Cerita asrama dan seram berpisah tiada. Asrama fiza lagilah belakang bilik mayat hospital lagi. Tapi aneh betul kejadian tu Shida. Entah entah dormate mengamuk ke ape kot.

    ReplyDelete
  3. nak lagi cerita seram please...

    ReplyDelete
  4. nak tunggu kisah seterusnya

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tunggu bhgn kedua citer seram ini. jeng..jeng..jeng...

    ReplyDelete
  6. Tak sabar tunggu part seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Haha pernah alami kisah seram di asrama. Aduh rasa lemah semangat betul.

    ReplyDelete
  8. Sekiranya tiada kesan pecah masuk, sudah pasti kerja orang dalam.

    ReplyDelete
  9. Terus terkenang kisah seram di asrama akak. Memang banyak la kalau nak cerita...

    Kisah Shida ni mungkin toyol (macam yang berlaku di dorm akak) atau memang orang dalam tu jugak yang mengamuk.

    ReplyDelete
  10. Okay kita tunggu part 2 pulak kak shida :D

    ReplyDelete
  11. cikshida xde amek gambar dorm yg bersepah masa tu erkk.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Bulan puasa baru baca. Yela tido sorang kan. Haha

    ReplyDelete
  13. merinding, kak.. Saya pun ada pengalaman seram di asrama walaupun hanya kuat 1 semester saja, lepas tu saya minta pindah sekolah.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. huaa,, scarynyaa.. sampai bersepah2 mcm ni tapi tak ada barang yg hilang.. kerja siapa :(

    ReplyDelete
  15. uish.. kenapa dia sepah-sepahkan.. musykil..

    ReplyDelete
  16. seramnyaaaa.. tp tetap nak tahu sambungan nya tuuuu

    ReplyDelete
  17. barang apa yg byk hilang ms tu?

    ReplyDelete
  18. gigih tul org tu selongkar satu asrama sampai rumah warden eK?
    ne kalau masuk rumah eca kat Semporna tu (Rumah Warden), mesti dia mengucap rumah penuh barang. brg eca, housemate dgn brg aspuri penuh satu ruang tamu. hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.