Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3

by - 15:00:00

 

Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3 | Nantikan drama bersiri Semua Salahku yang bakal ditayangkan di dalam slot Lestary tv3 yang menggantikan drama Melastik Ke Hatimu. Drama dibintangi oleh Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Syed Aiman dan ramai lagi barisan artis bakal ditayangkan bermula hari ini 12 Februari 2021. 
 
Nampak gayanya, sepanjang PKP ni shida melayan drama jelah kat TV3 ni. Menghabiskan masa-masa yang ada, selain teman encik husben buat kerja. Tengok pada iklan drama ni nampaknya menarik dan bakal mendapat sambutan mungkin disebabkan adanya Fasha Sandha dalam drama ini. Siapa tak kenal Fasha Sanda kan, dengan kehebatan lakonan dan penjiwaan watak yang dibawa oleh beliau.
 

Sinopsis Drama Semua Salahku

  • Mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.
  • Bagi menambah pendapatan, Fatimah, ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea. Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.
  • Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya. Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea.
  • Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira gadis yang diminatinya. Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya? 

 

Info Drama Semua Salahku

  • PENERBIT : Lt. Kol Bersekutu (PA) Dato’ A. Aida dan Datin Sri Noraini Abdul Jalil
  • PENGARAH : Along Kamaludin
  • PRODUKSI : A. Aida Production
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • BILANGAN EPISOD : 13 Episod
  • WAKTU SIARAN : Rabu - Sabtu (9 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 12 Februari 2021 
  • LAGU TEMA (OST) : Perasaanku (Fieya Julia)
  • PELAKON : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuw, Neera Azizi,Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Idham Maulana dan ramai lagi

 


You May Also Like

25 comments

  1. Nak mula dah malam ni kan kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..okay juga citer dia..realiti yg tgh berlaku skg ni..

      Delete
  2. Malam ni boleh tengok drama ulangan ni. Sebelum ni tak tengok :)

    ReplyDelete
  3. Oh tadi sudah baca sinopsis siri ini di blog Fiza.

    ReplyDelete
  4. Drama lakonan Fasha Sandha memang tidak mengecewakan :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Tu lah drama ulangan..kak shida xpernah tgk lg..

      Delete
  6. Fasha Sandha tu.. Mesti menekan emosi..

    ReplyDelete
  7. PKP nak buat apa lagi...tgk tv..baca novel...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak yan..kalau x disebabkan pkp xsmpat saya pun nk tgk drama2 yg ade ni..

      Delete
  8. kalau pelakon yg sy nda kenal or nda minat..malas mau layan hehehe

    ReplyDelete
  9. nak tgk sbb fasha sanda, jalan cerita tak menarik pun tak apa hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan hehee..bkn minat dia..cuma suka tgk dia belakon..sgt menjiwai watak!

      Delete
  10. Menarik sinopsis. Ada juga cerita Melayu yang lain dari yang lain. Asyik cerita gaduh dengan mak mertua jemu la aih

    ReplyDelete
  11. byk gak konflik tu .. boleh layan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.