Sila Ambil Perhatian!

by - 21:47:00

Sila Ambil Perhatian! Korang! Sebenarnya kan shida nak inform kat korang yang shida dah tukar Nama Blog dan Nama Domain Blog shida. Atas alasan apa shida tukar? Panjang ceritanya, masa shida update kat facebook ramai yang ingat shida buat blog baru atas nama domain baru tu, tapi sebenarnya tidak! shida tukar nama blog lama kepada yang baru tetapi masih menggunakan blog yang asal.

www.duniashida.com  ✖

www.shidaradzuan.com ✔

Jadikan shida nak minta jasa baik semua kawan-kawan blogger shida untuk update dekat bloglist korang dengan url blog shida yang terbaru ni ya. Selepas 24 jam mungkin tak kan jumpa dah bagi yang masih guna url blog yang lama tu. Urusan penukaran ni dari semalam malam lagi shida buat tapi dibantu oleh syarikat yang shida beli domain ini (Netkl Network). 

Team Netkl Network memang terbaik, staf dorang banyak bantu shida dalam menguruskan penukaran domain ini. Memang shida dari domain lama lagi menggunakan servis netkl dan tak akan tukar ke syarikat lain. Seakrang pun masih kekal dengan Netkl Network sebab servis mereka bagus, telus, teliti dan dipercayai (high recommended).

Semalaman shida tak update sebab pengurusan penukaran ini mengambil masa untuk sedia pulih antara 12 ke 24 jam dan untuk shida boleh edit dan design antara 2 ke 3 jam dah boleh buka blog cuma shida saja biar seharian bagi betul-betul tak ada masalah baru shida buka blog dan run seperti biasa. 

Macam mana korang rasa dengan nama baru ni? Okay tak? Shida saja la nak komersial nama sendiri pulak hahaha 😂 Niat nak tukar tu lama dah bila timbul satu masalah pada url blog lama ni yang buat shida pening sikit. Yang pastinya ini yang terakhir, tiada lagi! takmau dah! 😁 Ohya! ini adalah entri pertama dari url blog baru shida yeay!!


You May Also Like

31 comments

  1. ASsalamualaikum shida. TAhniah Shida Radzuan. Sedap nama blog. SAya pun teringin nk tukar dari blogport ke domain ni... cuma masih terkial2 nak belajar lagi sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak bantuan..nk tanya..boleh je SS tnya shida..blh kongsi apa yg shida tahu 😊

      Delete
  2. good job shida. upgrade blog dengan nama sendiri. lebih senang nak buat branding nama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kak fiza..sebenarnya duniashida juga ok cuma domain nama ni xleh apply adsense..dan GA beri cdgan minta tukar..nnt baru apply blk..

      Delete
  3. Tahniah Shida... Semoga awak terus sukses dengan penjenamaan nama baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shikin..awak juga selalu support saya 😊

      Delete
  4. Wah tahniah! Akak tengok dari pemuka (dashboard) blogger jadi tiada masalah terima feed blog Shida.

    ReplyDelete
  5. Oh tukar url ke? Faham faham... Noted!

    ReplyDelete
  6. Jom semak pemenang sayang giveaway by syeeda saniey :
    https://syeedasaniey.blogspot.com/2021/01/pemenang-sayang-giveaway-by-syeeda.html

    ReplyDelete
  7. noted :) betul guna nama sendiri lagi best kan... melambangkan kita sendiri

    ReplyDelete
  8. Menarik juga nama blog baru. Lebih matured dan profesional gitu. Haih entahla bila datang seru nak berdotcom ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika serius boleh bertukar dr skg..tak rugi bertukar dr skg.

      Delete
  9. Replies
    1. Hahaaa nohas perasan ya 🤭🤭 blm setia lg tu..pasti akan btukar lg.

      Delete
  10. Tahniah! Pindah rumah baru.

    ReplyDelete
  11. Okay Shida, noted. Dah siap siap tukar haritu masa tahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fiza 😊
      Nak order header baru tp takut fiza marah 🤣🤣

      Delete
  12. noted shida^^
    suda edit dekat bloglist :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.