Geng Kuat Komen Jun 2021 - Shida Radzuan Blog

by - 00:14:00

Alhamdulillah kita dah masuk ke bulan Julai gais, 5 Julai 2021 dah pun masuk ke Fasa 2 Lockdown. Apa khabar semuanya? Lewat juga shida update entri harini, bukan apa sibuk sangat dua tiga harini. Dalam menjalankan tugas harian, shida ada bantu adik buat cod makanan (western). Baru selesai hari sabtu haritu, penat dia sampai ke harini belum rede korang! 

Semalam minta encik husben massage badan, lumuq minyak sikit bagi lega, dah berumur ni cepat betul rasa letih, lemah dan seangkatannya jadi lepas lumuq minyak lega sikit. Terima kasih encik husben, lately ni shida jarang tunggu encik husben tidur sekali, shida akan terbabas tidur dulu, tau-tau dah pagi punya lah letih sekarang ni.

Okay kita tutup cerita di atas, sekarang shida nak umumkan Geng Kuat Komen Bulan Jun 2021 - Shida Radzuan Blog. Sejak dari bulan jun alhamdulillah trafik meningkat dan sentiasa stabil. Dalam carta bulanan blog shida pun dah ramai muka-muka baru. Terima kasih semua yang sudi datang hari-hari ke blog shida menyumbang trafik dan komen secara berhemah.

Tahniah kepada 10 nama top komen bulan Jun blog shida, mereka adalah Sha Mohamed, Azhafizah MN, dear anies, Atiqah Najihah, Rabiahtul adawiyah, NA, Naia Djunaedi, SalbiahM, adianiez AIDA & fairus. Korang boleh lah klik setiap nama-nama ini untuk ke blog mereka yang sangat-sangat supportive ini.

Ohya! sebelum tu, ini sangat penting! mereka dalam top 10 bulanan pula akan dikira sepanjang tiga bulan dari April + Mei + Jun jumlah komen akan dikira dan 10 yang teratas akan menerima sedikit saguhati atau hadiah kenang-kenangan dari shida untuk mereka yang sudi menjadi sebahagian daripada keluarga Geng Kuat Komen. Mereka adalah :

  1. Azhafizah MN - 57 komen
  2. dear anies - 52 komen
  3. Atiqah Najihah - 51 komen
  4. NA - 49 komen
  5. Rabiahtul adawiyah - 44 komen
  6. SalbiahM - 42 komen
  7. Sha Mohamed - 37 komen
  8. Fairus - 23 komen
  9. Naia Djunaedi - 23 komen
  10. Adianiez Aida - 19 komen

 

Kepada 10 yang tersenarai bagi Geng Kuat Komen terkumpul (April,Mei & Jun) sila hubungi shida melalui email ya menggunakan email form dibahagian sidebar (Nama + Alamat + No.Tel) bagi yang pernah menerima hadiah dari shida sekiranya tidak menukar alamat tidak perlu email shida ya, detail korang masih shida simpan. 

Kepada nama-nama baru seperti Fairus, Naia Djunaedi dan Adianiez Aida minta email details korang dengan segera ya. Tahniah semua! pengeposan hadiah akan dibuat sekiranya semua detail telah diterima. Terima kasih korang 😊

You May Also Like

25 comments

  1. Tahniah pada yang tersenarai.. mereka sememangnya aktif...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terpilih sebagai 10 teratas.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua geng kuat komen

    ReplyDelete
  4. tahniah semua geng kuat komen.. tq shida selalu jugak singgah blog kakmim

    ReplyDelete
  5. tahniah geng2 kuat komen! =)

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat yang tersenarai.. nadyya tersingkir pulak.hehe

    ReplyDelete
  7. Wahhh nama kita tersenarailah! Hehehe, btw tahniah kepada pengomen tegar yang lain jugak! :)

    ReplyDelete
  8. Waa.. masuk senarai juga..

    ReplyDelete
  9. Eh.. Nama kita ada *pura-pura terkejut padahal memang selalu lepak sini* Hehe. Thanks Shida

    ReplyDelete
  10. Ohh Shida tolong delivery sekali ye. Memang penat tu. Tahniah untuk semua top komentator blog Shida. Terima kasih Shida sudi singgah ke blog jugak.

    ReplyDelete
  11. Tahniah geng kuat komen!

    ReplyDelete
  12. Tahniah kepada semua geng kuat komen yang awesome!

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat semua geng kuat komen.. :)

    ReplyDelete
  14. Penat juga tu kak shida, banyak benda yang kak shida buat.

    Btw tahniah kepada semua yang tersenarai!!!

    ReplyDelete
  15. wah Masya Allah, tak sangka masuk dalam geng kuat komen.. Hehehehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.