Hadiah Dari Blogger Ct Cheery | Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery

by - 07:00:00

Hadiah Dari Blogger Ct Cheery | Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery | Alhamdulillah akhirnya sampai juga hadiah dari shida menang giveaway anjuran Blogger Ct Cheery tahun lepas. Orang kata kalau dah rezeki tak ke mana, tak salah alamat, ye dak? 😁 Hadiah diterima dalam keadaan baik dan selamat, terima kasih juga kepada abg pos laju.

Tak silap giveaway ni dianjurkan pada bulan September 2020 (tahun lepas) giveaway berkenaan Moratorium yang dijalankan oleh kerajaan kita. Ya, shida juga terlibat dengan moratorium ni jadi adalah penceritaan sikit dalam pengisian yang shida buat dalam giveaway ni. Simpanan yang dapat shida buat selama tempoh moratorium, apa yang dapat shida beli dengan simpanan tu. 

Entri Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery

Terima kasih Ct Cheery, banyak hadiah yang dia bagi pada shida tau. Antara hadiah yang shida dapat yang berada di atas laptop sahaja ya hahaha 😂😂 mouse dan remote tv tu bukan ye!! Shida dapat sehelai tudung bercorak, cantik sangat tudung tu cuma shida dah lama tak pakai tudung jenis ni entah boleh ke tidak pakai ni heheee kena cuba juga one day!

Selain tu ada juga sejenis yang berwarna kuning tu cute sangat awak tau! ia adalah sebatang pen tau, cuma ada fungsi lain boleh juga dibuat sebagai kipas tangan haaa dan seketul berwarna hijau tu pula adalah pisau pengupas kulit tapi disebabkan dia comel sangat shida rasa hanya boleh kupas kulit ubi sahaja kot heheee sayang je nak guna pun 😁😁

Dan last sekali shida terima juga sekeping nota  kecil dari Ct Cheery. Antara barang-barang ni juga terselit satu flyers sabun dari Ct Cheery. Nampaknya Ct juga salah seorang ejen Sabun Pasti Mantop, yang berminat dengan sabun yang Ct jual boleh roger dia okay. Flyersnya seperti dibawah Produk Bumiputra Muslim tau korang! Shida baca review dari Ct Cheery rasa nak cuba juga sabun ni 😘

Berminat boleh contact Ct Cheery | COD area penang
 

You May Also Like

16 comments

  1. Alhamdulillah. comel comel hadiahnya. Tahniah Shida. Kalau comel, fza pun sayang nak guna. Simpan je :)

    ReplyDelete
  2. Menarik dan unik juga hadiah tersebut.

    ReplyDelete
  3. wahh bestnye kak shida dpt hadiah. jgn lupa tnjuk gmbr pkai tudung tu nnti ye. hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah..syoknya dapat banyak hadiah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...seronok terima hadiah.
    Memang cute sangat yang warna kuning tu...pen rupanya.

    ReplyDelete
  6. congrats kak shida..
    comel gila pen kuning tu !! aaa i love yellow anything with yellow is pretty

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak shida!!! Comel-comel hadiahnya!

    ReplyDelete
  8. congratsss kak shida.. murah rezeki dapat hadiah giveaway :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..terima kasih kak, dah jd entry promote Sabun nih hehe🤗

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.