Hello April 2021

by - 11:42:00

Pejam celik pejam celik kita dah pun masuk ke bulan baru korang, Hello April 2021! Allahuu cepat sangat masa berlalu. Rasa tak puas berada dalam bulan mac ni, shida pula harini baru berpeluang update entri terbaru. Dua tiga hari ni shida off bloging sat sebab terlalu sibuk dengan kerja kat office, lepas badan tak berapa sihat lagi, perlukan rehat secukupnya lagi-lagi musim panas lit-lit ni.

Bila masuk bulan baru seperti biasa, kita selalu mendoakan hari-hari mendatang ni adalah hari yang sempurna buat kita, samalah seperti shida hari-hari mendoakan yang terbaik untuk shida, suami, keluarga kami berdua dan tak lupa kawan-kawan yang sedang membaca ini, AMIN!

 

"Never forget the three powerful resources you always have available to you :  

LOVE , PRAYER & FORGIVENESS "

 

Sebenarnya shida ni dalam proses pemulihan, masih dalam menjaga kesihatan dengan baik. Masa bulan februari yang lepas shida alami keguguran (kandungan baru dalam 2 week) Entah lah, mungkin tak ada rezeki kami sebenarnya, so sedih time tu. Tapi walau macam mana pun kena lah banyakkan bersabar berdoa lagi moga diberi lagi rezeki. Korang doakan lagi untuk shida ya 😘

Okay lah nanti sambung untuk next entri, harini banyak nak update dalam blog ni. Shida baru nak kemaskini senarai peserta Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog yang masih berlangsung tinggal 7 hari sahaja lagi. Mana yang belum join dijemput join kerana hadiahnya yang cukup menarik bagi shida dan tak lupa juga, yang join bakal menerima sekeping Kad Raya Limited Edition dari shida. Join tau!


You May Also Like

23 comments

  1. amiin..sama2 kita saling mendoakan...Allahu..sedihnya dgr, jaga diri baik2..ada rezeki di kemudian hari..amiin..

    ReplyDelete
  2. Innalillah.
    Moga ada rezeki anak nanti pada masa hadapan.
    Jaga diri.

    ReplyDelete
  3. terasa cepatnya masa beredar

    ReplyDelete
  4. Take care shidah..
    Semua dh msk entry apr.. K ret je x tau nak update apa ahhaa mood tgh malas

    ReplyDelete
  5. Salam takziah kak shida. Semoga kak shida dikurniakan anak cepat cepat :)
    Take care!

    ReplyDelete
  6. Orang rumah saya pernah dua kali keguguran di awal kehamilan.. 😔

    ReplyDelete
  7. cpt btl masa berlalu..dah bln 4 rupanya..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry kak,td comment link tak keluar 😅

      Delete
  9. Salam takziah kak..moga diberi kesihatan baik. N jaga diri. Moga ada rezeki akan datang 😊

    ReplyDelete
  10. Allahu, berat dugaan tu Shida. Take care Shida. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Aaminn...

    ReplyDelete
  11. Jaga kesihatan ye... stay safe!

    ReplyDelete
  12. Allahu kak..terkejutnya baca..kenapa tak msg yanie..huhuu take care kak!

    ReplyDelete
  13. Jaga diri baik-baik ya, Shida. Semoga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan badan akan jadi lebih kuat.

    ReplyDelete
  14. dah masuk April.. tak lama lagi dah nak ramadan.. kejap je rasa masa berlalu..

    ReplyDelete
  15. Hello April! InsyaAllah dah nak Ramadhan :)

    ReplyDelete
  16. Dah nak masuk seminggu dah di bulan april. Sekejap je masa... Next week dah puasa.. lepas tu raya. Tau2 je dah raya haji...

    ReplyDelete
  17. Jangan sedih ye Shida. Insha Allah ada rezeki lain. Doa banyak2 ye. Take care

    ReplyDelete
  18. jaga diri elok2 shida... insya allah, akan datang pasti Allah akan beri rezeki lbh drpd yg ada sekarang... be strong ya!

    ReplyDelete
  19. kak shida, jaga diri elok2. insyaAllah ada rezeki nanti tu kak shida. Moga cepat2 dikurniakan anak. mana tau kembar sepasang terus nanti.

    ReplyDelete
  20. take care kak shida, praying for u ! hopefully ada lagi rezeki lepas ni and make sure take a good care of yourself k.. jgn buat kerja berat and jgn stress ya sis .. love you !

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.