• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Hadiah Dari Blogger Ct Cheery | Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery | Alhamdulillah akhirnya sampai juga hadiah dari shida menang giveaway anjuran Blogger Ct Cheery tahun lepas. Orang kata kalau dah rezeki tak ke mana, tak salah alamat, ye dak? 😁 Hadiah diterima dalam keadaan baik dan selamat, terima kasih juga kepada abg pos laju.

Tak silap giveaway ni dianjurkan pada bulan September 2020 (tahun lepas) giveaway berkenaan Moratorium yang dijalankan oleh kerajaan kita. Ya, shida juga terlibat dengan moratorium ni jadi adalah penceritaan sikit dalam pengisian yang shida buat dalam giveaway ni. Simpanan yang dapat shida buat selama tempoh moratorium, apa yang dapat shida beli dengan simpanan tu. 

Entri Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery

Terima kasih Ct Cheery, banyak hadiah yang dia bagi pada shida tau. Antara hadiah yang shida dapat yang berada di atas laptop sahaja ya hahaha 😂😂 mouse dan remote tv tu bukan ye!! Shida dapat sehelai tudung bercorak, cantik sangat tudung tu cuma shida dah lama tak pakai tudung jenis ni entah boleh ke tidak pakai ni heheee kena cuba juga one day!

Selain tu ada juga sejenis yang berwarna kuning tu cute sangat awak tau! ia adalah sebatang pen tau, cuma ada fungsi lain boleh juga dibuat sebagai kipas tangan haaa dan seketul berwarna hijau tu pula adalah pisau pengupas kulit tapi disebabkan dia comel sangat shida rasa hanya boleh kupas kulit ubi sahaja kot heheee sayang je nak guna pun 😁😁

Dan last sekali shida terima juga sekeping nota  kecil dari Ct Cheery. Antara barang-barang ni juga terselit satu flyers sabun dari Ct Cheery. Nampaknya Ct juga salah seorang ejen Sabun Pasti Mantop, yang berminat dengan sabun yang Ct jual boleh roger dia okay. Flyersnya seperti dibawah Produk Bumiputra Muslim tau korang! Shida baca review dari Ct Cheery rasa nak cuba juga sabun ni 😘

Berminat boleh contact Ct Cheery | COD area penang
 
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Dua Saja Lagi! | Road To 5K Followers | Lega sangat tengok angka follower makin meningkat, inilah faedahnya bila kita rajin join aktiviti dari blogger dalam menyertai segmen ke giveaway ke so manfaat yang kita dapat on the spot tau. Seperti yang sedia maklum, sebelum ni shida ada war-warkan untuk membuat satu aktiviti blog bila blog shida mencecah 5K Follower kan, ingat dak?? lupa laa tu hehee.

Tak apa, shida ingatkan balik pada entri Geng Kuat Komen Jan 2021 shida ada mention dalam tu nak buat satu aktiviti blog cuma belum habis fikir lagi sama ada nak buat segmen atau giveaway. Aktiviti ni dijalankan pun bersempena banyak perkara sebenarnya, antaranya..

  • Bersempena 5000 Follower
  • Bersempena PV klog ke 10 juta
  • Bersempena  blog Berwajah Baru
  • Bersempena blog dengan domain baru
  • Bersempena shida aktif semula dalam dunia blog
  • Bersempena ingin berkongsi rezeki
Tinggal dua saja lagi, tak sabar nak jumpa siapakah gerangan follower ke 5000 shida nanti 😀 Ikutkan lama dah penuh minggu lepas shida tengok angka follower dah capai 4998 tiba-tiba berkurangan jadi 4996 mungkin ada blog atau gmail yang dah delete oleh google. Maka harini naik balik 4998 selepas join Giveaway dari Blogger Suraya, Terima kasih suraya follow blog saya ni 😍

Harap dapat captcha siapa gerangan follower ke 5000 shida nanti, dan paling excited lagi tak sabar nak buat aktiviti bagi Tahun 2021 ni. Lama dah peram hajat besar shida ni tau! So kepada korang semua yang follow shida, dah jadi part of Best Buddy Ever! Terima kasih shida ucapkan, semoga ukhwah dan persahabatan kita berkekalan hendaknya Amin 💕


Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1 hingga 6 -

Sekumpulan remaja sedang mengadakan sebuah campfire di dalam sebuah hutan. Campfire itu dihadiri oleh 10 orang sahabat berusia 18 tahun bagi yang dianjurkan oleh mereka sendiri. Ezlan, 18 sedang menceritakan sebuah kisah seram membuatkan ramai remaja takut terutamanya remaja perempuan. Sedang leka mendengar kisah seram yang disampaikan oleh Ezlan, Ezlan menyergah dengan kuat membuatkan Raihani, 18 terkejut lalu memaut lengan Ezlan. Semua orang bergelak ketawa kerana keletah Ezlan yang melucukan walaupun dia sedang bercerita tentang hantu. Raihani menepuk-nepuk bahu Ezlan dengan manja. Jelas keserasian Raihani dan Ezlan. Kekacakkan dan keletah Ezlan ditenung lama oleh Laila, 18. Jelas, ada rasa cinta melalui anak mata Laila.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1

 

Tujuh tahun melayari alam perkahwinan, hidup Raihani, 25 dan Ezlan, 25 diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Rais, 6 dan Ain, 4. Mereka masih lagi tinggal di rumah Mak Lang, 57. Walaupun telah lama tinggal serumah, namun Mak Lang masih bersikap dingin terhadap Raihani. Raihani sudah lelah dengan sikap Mak Lang hanya menjalankan kehidupan biasa seperti seorang isteri dan menantu. Suatu malam, Ezlan sekeluarga pulang daripada surau selepas solat Isyak. Saat melintasi kawasan rumah Azizah, Ezlan terpana melihat sosok tubuh wanita yang samar-samar kelihatan wajahnya berdiri di tangga lalu masuk ke dalam rumah.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 2

 

Sejak peristiwa itu, Ezlan menjadi kekok untuk bertemu dengan Laila yang sering mengunjungi rumahnya. Kecantikan Laila turut dipuji oleh Mak Lang yang kabur mata dek kekayaan yang dimiliki Laila. Actually, Mak Lang puji Laila bukan sebab cantik, tapi sebab dia kaya, ada duit dan pandai bergaya. Walaupun Laila sudah pulang ke bandar beberapa minggu yang lalu, suara halus Laila masih terngiang-ngiang di telinga Ezlan. Bagai ada bisikkan/ humming yang mengajaknya untuk terus mengingati Laila. Kelalaian Ezlan bekerja di kebun membuatkan Pak Salleh marah. Ezlan sudah tidak serajin dulu.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 3 


Tiga bulan berlalu, Ezlan tidak pernah pulang ke kampung. Dia tinggal dalam rumah Laila tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Ini kerana Ezlan sudah terkena sihir minyak senyonyong yang di calit oleh Laila. Laila enggan melepaskan Ezlan dan mahu mendirikan rumahtangga dengan lelaki itu. Ezlan di lamun dilemma kerana perhubungannya dengan Laila masih menjadi rahsia dan tidak pernah diketahui oleh Raihani. Ezlan lemah dengan pujuk rayu Laila yang manja dengan menaburnya dengan kemewahan. Ezlan hairan, kata-kata Laila seumpama mantera yang merasuk jasadnya untuk tunduk dengan Laila.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 4


Laila seakan sudah dapat membaca, segalanya percaturannya akan berjaya. Tidak sia-sia dia bertemu dengan Mak Cik Embun, 60an, selepas berpindah dari kampung tujuh tahun yang lalu. Laila terimbas kembali kesengsaraan dan keperitan yang dilaluinya sepanjang persahabatan dengan Raihani dan Ezlan. Oleh kerana dirinya yang tidak cantik, Laila bertekad menggunakan susuk bagi tujuan penaik seri untuk menggoda mana-mana lelaki yang disukainya seterusnya menyiksa kehidupan lelaki itu dengan sihir.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 5

 

Raihani dan Ezlan telah berkahwin dan bahagia selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak, Rais dan Ain. Pada suatu hari, rakan mereka yang telah lama hilang, Laila telah kembali ke kampung halaman mereka. Suatu ketika dahulu, ketika mereka masih muda, Laila menyukai Ezlan tetapi cintanya hancur apabila Ezlan tekad memilih Raihaini sebagai isteri dan bukannya dia. Kerana rasa dirinya ditolak dan tidak dihargai langsung, dia meninggalkan kampung halaman dan berjanji akan kembali sebagai Laila yang 'baru'. Sekarang, Laila lebih cantik dan kaya-raya, dia bertekad untuk memenangi kembali Ezlan ... dengan bantuan ilmu hitam.

Klik untuk : Tonton Online Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 6

 

 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

thes's Love Giveaway | Sebelum giveaway ini tamat ayuh! join korang. Shida ni kekeringan idea sebenarnya, entah apa nak update hari ni. Nasib ada ternampak giveaway dari Blogger Suraya masa blogwalking petang tadi terus park dulu. 

Syarat yang amat mudah hanya follow blog dan instagram penganjur, buat entri dan submit, mudah kan? Tunggu apa lagi tekan banner atas untuk terus ke blog penganjur. Giveaway akan tamat pada 28 Februari 2021 gaiss! hurry up!! Good Luck semua yang join dan juga penganjur.

Nak komen banyak pun tak berapa pandai sebenarnya, tapi dari sisi pandangan shida blog suraya okay saja, blog kemas sebab penggunaan latar berwarna putih. Susun atur blog pun okay, penggunaan font pun okay cukup besar dan selesa untuk pembaca membacanya. 

Cuma shida pertama kali masuk blog suraya rasa lama pula loadingnya tapi tak sure pula kot internet slow kan. Mungkin lagi satu part, suraya boleh kurangkan main entri pada blog dalam 4 ke 5 entri supaya blog mudah dan cepat loading.

Rasanya itu sahaja, oh ya! ada lagi part header suraya tu shida love it 💕 Nampak simple tapi menarik, ini membuatkan shida nak tukar lagi header blog shida yang seketoi tu hahahaa 😁😁 tidak menarik betul header shida tu, itu pun salah satu masalah besar untuk shida beberapa hari memikirkan header yang lebih ideal dengan blog.

Ok cukup itu sahaja bebelan shida tentang blog suraya, moga bermanfaat ya, minta maaf dulu untuk komen shida yang ikhlas dari hati dan sanubari ya. So sesiapa yang belum join lagi tu boleh join ya pakat pi tekan banner atas sekali tu ya.




Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

 

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya | Betul kata cuya, kalau kekeringan idea tu bolehla join Giveaway beliau! dah terbit entri untuk hari ini..kaaaa ching! See siap ada bunyi lagi, hebat betul hahahaa 😁 Sebenarnya cuya juga telah menjemput shida untuk join giveaway ini. Katanya "mana tahu menang juga untuk giveaway 2.0 ni" Cuya! kak shida dah tak ada gambar lagi nak bagi hahahaa please jangan bagi menang hahahahaa 😂😂😂 

So kalau korang nak juga gambar korang di vektor kan seperti gambar shida dibawah ini boleh join giveaway dari cuya ni. Tekan banner comel atas tu tau! Tarikh tamat pada 3 Mac 2021 tak lama je lagi tu. Setakat ni 2 pememang akan diberi hadiah vektor tapi sekiranya sambuatannya luar biasa akan ditambah pemenangnya lagi, harap ditambah lah pemenangnya boleh diasahkan bakat melukis si cuya ni kan. Okay, All the best to all contestan dan juga penganjurnya! 💕


Terima kasih Cuya 💋


Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

Kalau tengok Header Blog ni mesti kenal kan siapa Blogger ni? Blogger Cuya lah! yang baru berjinak-jinak dalam digital arts. Kalau tengok hasil karya art digital cuya memang sangat-sangat berbakat. Inshaa Allah satu hari akan jadi lebih berbakat dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan nanti, Inshaa Allah.

Sebenarnya shida dapat Hadiah Dari Blogger Cuya | Menang Digital Arts Giveaway dari blog cuya ni. Cuya atau nama sebenarnya Nasuha, telah adakan Digital Arts Giveaway pada tahun lepas bulan disember tak silap shida. Shida juga salah seorang pemenang dari giveaway cuya dan hadiah telah pun diberikan berupa satu arts digital picture yang dihasilkan oleh cuya.

Terima kasih cuya! Cantik hasilnya, ohya cuya juga ada menerima tempahan art digital ini, jika korang berminat boleh hubungi terus ke blog cuya ya! daaaan jangan lupa cuya juga tengah menjalankan giveaway ke dua cuya "Giveaway Vektor 2.0" so korang nak gambar divektorkan oleh cuya boleh join giveaway ini ya. 

Terima kasih Cuya! 💋 Maaf gambar agak senyum kambin 😁😁


Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Semakan i-sinar Tanpa Syarat & Tarikh Bayaran Mulai 8 Mac |  Dengar khabar berita mcam ni mesti ramai pencarum diluar sana yang masih menunggu keputusan kelulusan i-sinar berasa gembira dan sedikit tenang dengan perkhabaran ini. Shida juga antara yang tergolong dalam permohonan tersebut. Semasa buat permohonan dalam kategori 1 shida tak lulus dan permohonan dalam proses dan diminta untuk memohon pula dalam kategori 2.

Desakan yang terlampau dari ahli pencarum maka permohonan i-sinar tanpa syarat telah dikeluarkan. Alhamdulillah! 8 Mac nanti bolehla semak berapa amount kelulusan yang diberikan. Ada juga yang sudah pun menerima sebanyak RM1000 bayaran interim seusai bebarapa hari permohonan dibuat dalam kategori 2 ini. Shida pada mulanya sedikit frust, so buat tak tahu je pada mulanya. Selepas permohonan tak lulus, kawan pujuk untuk terus buat dalam kategori 2. Tengok tindakan kawan pun bersemangat dan mula minta bantuan shida macam-macam surat dari syarikat sebagai surat sokongan kendiri mereka. Maka 19hb haritu baru selesai shida mohon!

Shida mohon pun lebih kepada "dana kecemasan" jika tak ada aral nak bantu perniagaan suami, nak baik pulih apa yang patut kat kedai tu. Memandangkan husben bukan ahli pencarum kwsp, dari awal dia kerja majikan tak carum so banyak kerugian disitu sehinggalah dia bekerja sendiri sekarang. Alhamdulillah, sungguh pun begitu cukup untuk kami berdua meneruskan kelangsungan hidup asalkan terus berniaga tanpa gangguan.

Kerajaan juga akan lebih memberi kelonggaran kepada sektor ekonomi untuk terus bekerja terus mencari rezeki demi untuk memulihkan ekonomi keluarga dan negara. Jika rakyat boleh bekerja, rakayat akan berbelanja dan justeru itu dapat memulihkan ekonomi negara tak kira pembelian atas talian atau luar talian, asalkan berbelanja lah dengan penuh berhemah ya!

Cara Buat Semakan Status Bayaran i-sinar Tanpa Syarat

Caranya seperti langkah berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://kwsp.gov.my/
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada menu WITHDRAWAL / Pengeluaran
  4. Akan dipaparkan ringkasan maklumat akaun anda
  5. Kemudian klik WITHDRAWAL HISTORY / Sejarah Pengeluaran
  6. Klik pada i-Sinar yang terdapat dalam kotak WITHDRAWAL TYPE
  7. Tarikh pembayaran akan dipaparkan pada MONTHLY RECURRING PAYMENT END DATE

Jumlah Bayaran Bulanan / Perincian Pengeluaran 

  • Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
  • Manakala, bagi pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 pula – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan iSinar tanpa syarat, sila rujuk hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

 

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 Lirik Lagu Purnama - Naim Daniel | OST Aku Yang Kau Gelar Isteri

Tak terungkap kata.. Menyedari masa
Kemana perginya dia.. 

Jika ditakdirkan
Begini rasanya.. Terpaksa aku terima
Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlasnya
Kurindukan purnamaku
Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga.. Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya..Aku perlu dia
Ku rindu purnamaku.. Dan ku masih begitu
Andai ini takdirnya
Tuhan ku mohon pada-Mu kuatkan lah hatinya
Ku rindukan purnamaku.. Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga.. Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya
Selamanya..
Ku rindukan purnama ku.. Doaku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga dia tanpa noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya..
Aku perlu dia (ooo) .. Aku perlu dia (ooo)



Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Dua Hari Yang Paling Tersakiti | Assalammualaikum korang, long time no see hahahaa tu diaa harini dah boleh gelak-gelak ya? Bukan apa sesuailah dengan tajuk entri sekarang ni, 2 hari yang paling sakit. Sakit apa? panjang ceritanya korang! Sebenar kan shida dalam 2 hari tak berupdate entri ni sebab sakit perut teramat sangat.
 

Rupanya shida ni kena keracunan makanan, aduhai!! Jenuh ingat apa yang shida makan sebelum ni. Entah lah tak boleh nak ingat sebab apa yang shida makan encik husben pun makan. Jadi tak tahu dari mana datangnya cuma sebelum tu shida ada minum susu uht farm fresh tapi ermm entah lah! tak boleh syak makanan yang mana.

Dua hari perut memulas korang! masa hari pertama tu, tak senang duduk dibuatnya. Baring tak kena, duduk tak kena, ulang alik masuk tandas. Nasiblah shida tak muntah! kalau dak mahu demam. Lepas tu perut macam rasa senggugut pula, boleh dikatakan tiap masa sapu minyak panas kat perut baru lega. Dengan cuaca yang panas lit-lit ni lagi rasa semacam je badan ni.

Hari ni perut dah berasa okay, tu yang cuba juga untuk update entri hari ini. Kalau layan sangat sakit ni makin panjang pula malas dia nanti 😂 Hari ni jika tak ada apa, shida blogwalking ke rumah korang ya, terima kasih yang tinggalkan komen dan jejak dalam entri shida! shida jengah nanti ya 💕


Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Dunia sekarang adalah dunia internet tanpa batasan, orang kata semua dihujung jari, nak shopping, nak bayar bil, apatah lagi dengan norma baharu sudah ada kelas online menggunakan internet semuanya diatas talian. Rasanya tak lengkap kehidupan seharian tanpa internet, internet telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. Korang setuju?

Tapi tahukah korang, dalam melayari internet juga ada ciri keselamatan yang perlu kita tahu. Adakah kita aware apabila kita menggunakan internet? Dengan menyalahgunakan internet juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Jom Baca 10 Tips Untuk Selamat Ketika Melayari Internet yang shida sediakan untuk membantu korang melayari internet dengan selamat.

 

1. Menggunakan katalaluan (password) - Mengapa begitu penting dalam kita mencipta katalaluan atau password dengan betul. Dengan kebijaksanaan scammer atau penggodam internet masa kini, kita perlu membina satu katalaluan yang kreatif dan mempunya kesinambungan seperti gabungan huruf dan nombor serta simbol. Jangan memberitahu orang lain tentang katalaluan korang. Jika boleh, buat pertukaran katalaluan sekerap yang mungkin.
 
2.  Menggunakan Anti Virus - Setiap komputer atau gajetyang korang ada perlulah dilengkapi anti virus. Kena alert dengan tarikh tamat anti virus, sentiasa update dan tukar anti virus jika perlu.

3.  Simpan dan  Lindung Maklumat Diri - Elak dari meninggalkan komputer atau gajet korang tanpa pengawasan. Pastikan wifi atau internet ditutup sekiranya tidak digunakan lagi. Sentiasa scan pendrive atau menyimpan data peribadi yang penting di storage yang lain sebagai backup file.

Penting! jika korang menggunakan komputer orang lain jangan lupa untuk signout sebelum menutup semua browser yang korang gunakan. Ingat! Kalau boleh clear semua sejarah peranti yang korang login.

4. Elak dari ditipu atau diperdaya - Disebabkan sekarang ini banyak wabak berita palsu atau scammer, jangan mudah percaya dengan bahan atau isi kandungan dari dalam laman web atau sesawang internet. Sekiranya berlaku korang perlu semak butiran dan rujuk kepada sumber-sumber yang sahih.

5.  Beradab Menggunakan Internet atau Media Sosial - Semua orang mempunya hak dan kebebasan dalam menggunakan internet atau media sosial. Ramai juga yang membuat media sosial ini sebagai satu tempat luahan perasaan! ia tak salah, asalkan bukan luahan yang berbaur negetif atau umpatan tak kira di media sosial milik korang sendiri atau orang lain. Korang perlu ingat dan kenal pasti juga rakan-rakan di media sosial korang, manalah tahu ada memerhati dan mengambil kesempatan yang ada.

6.  Berwaspada dengan Jenayah Siber - Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan makumat dari induvidu yang korang tak kenal melalui email atau akaun media sosial peribadi korang. Elakkan dari melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan dan perkara-perkara negatif yang lain. Sekarang ni dah banyak berita tentang penipuan dari internet ini. Ada juga penipuan internet yang dipanggil Jerat Si Penggoda Internet. 

Baru-baru ni ada masuk dalam SLOT 999 mengisahkan tentang seorang lelaki telah menyalahgunakan internet dengan cara melanggan seorang wanita melalui internet dan hanya berhubung melalui video untuk kepuasan sendiri dan akhirnya dia terperangkap. Gadis tersebut telah merakan video bogelnya dan akan mengugut untuk menyebarkan ke internet sekrianya tidak membayar sejumlah wang yang diminta, see dunia sekarang!! Bahaya!!

7.  Fikir Sebelum Klik - Bila korang dapat email atau link dari orang yang korang tak kenal tak kisah lah dari email atau akaun media sosial, janganlah korang pandai-pandai pergi klik pula, kalau boleh jika dapat cepat-cepatlah padam email atau link tu okay

8.  Melaporkan - Laporkan email atau link yang mencurigakan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. Korang juga boleh laporkan pada pihak berkuasa kalau ada berlaku sebarang insiden yang melibatkan jenayah siber. 

Contoh macam penipuan Internet sekarang ni, kalau korang rasa ada yang ingin menganayai korang, menggunakan nama korang atau gambar korang sebagai tujuan untuk membuat jenayah siber lebih baik cepat-cepat membuat laporan pihak polis.

9.  Sikap Ambil Tahu - Tak salah kalau korang ada rasa busybody sikit atau mengambil remeh hal-hal seperti ini. Korang kena peka dengan trend penipuan siber terkini. Korang juga perlu faham dan waspada dengan kesan-kesan negatif berkaitan penyalahgunaan Internet.

10. Patuhi Peraturan - Ada perkara kita boleh buat dan ada perkara kita tak boleh buat. Hati-hati ya gaiss dengan penggunaan internat, kita perlu ingat negara kita ada undang-undang maka korang kena tahu dan ikut semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab berkaitan penggunaan Internet ini.

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Slot Samarinda TV3 | Perghhh, ni kalau sejenis yang penakut memang takleh la tengok poster macam ni kan hahaha. Drama kali ini adalah pengganti Drama Takdir Yang Tertulis yang berakhir semalam dengan plot twist yang membuat ramai penonton bingung dan tercengang dengan ending seperti itu. Sabar jelah! shida juga terkena hahhaa.

Drama Aku yang kau gelar isteri melibat beberapa barisan artis yang tcukup popular seperti Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Afiq Azman, Lana Nordin dan ramai lagi barisan artis yang hebat-hebat. Drama bergenre seram ini akan bertemu kita malam ini jam 10 malam di tv3. Jom sama-sama menikmati kisah disebalik Janji Setia Disihir Cemburu.

 

Info Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri

  • PENGARAH : Shuhaimi Lua
  • PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
  • PENULIS SKRIP : Syed Mohamamd Taufik Syed Abdul Jalil
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 15 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021 
  • PELAKON : Nadia Brian, Adi Putra, Sharifah Sakinah, Afiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Zaki Azeman, Lana Nordin, Ummar Dzariff, Laura Olivia.

Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri

  • Apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
  • Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian. Saksikan drama ini sehingga tamat.






Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Kifarah Cinta Mengejar Bahagia - Takdir Yang Tertulis | Fuh! Akhirnya tamat juga kisah suka duka air mata dalam drama slot samarinda ini. Pasti ramai yang menonton drama ini dengan penuh emosi dan terkesan dihati yang menonton. Shida tak nafikan, dah melekat dari episod yang pertama pastu tertungu-tunggu untuk episod yang seterusnya. Rasa lega dapat tengok hingga episod akhir.

Akhirnya azlan tahu juka yang mika  bukan anak dia, mika adalah anak daripada ean dan ruhila pada mulanya tapi tiba-tiba di scene akhir tu si Hakim (peguam) tu pula yang muncul sebagai ayah sebenar kepada mika, memang tak dijangka sungguh! Rasanya macam ada Takdir Yang Tertulis 2 je ni hahahaa Jika betul ada pasti cerita dia lagi menarik kan!

Bila dah tonton habis banyak sebenarnya nilai-nilai pengajaran yang kita boleh pelajari dan ambil iktibar dalam drama ini. Banyak nilai-nilai yang ditonjolkan salah satunya nilai kekeluargaan, tiada keharmonian di dalam sebuah keluarga antara ruhila, mak dan adiknya. Sikap mak yang memberi tekanan besar terhadap anak dan menantu dan semuanya bermula dari sebuah perebutan harta semata-mata (nak harta dari jalan yang mudah).

Nilai perhubungan antara suami dan isteri yang ditonjolkan dalam drama ini, seperti ruhila yang menipu azlan sepanjang perkahwinan mereka tentang mika. Cara azlan memperdaya dan menipu juwita sehingga membolot semua harta-harta juwita. Cara juwita melayani azlan dengan kasar ketika mereka masih bersama sebelum perpisahan dan banyak lagi babak yang banyak yang kita boleh ambil sebagai ikhtibar.

Seterusnya, nilai persahabatan antara ruhila dan juwita, masa scene yang ruhila sebenarnya isteri kedua kepada azlan, shida betul-betul terkejut. Padahal juwita sangat baik dengan ruhila dan mereka adalah sahabat dari zaman kolej lagi. Tapi kemunculan Ean dalam membantu juwita sangat-sangat tepat dan Ean bertindak dengan wajar ketika menjadi peguam kepada juwita. Geram pula rasa mak si ruhila boleh plan Ean tidur dengan perempuan lain membuatkan ruhila membenci Ean dan menerima Azlan.

Dan akhir sekali watak si Anak, Mika, sangat-sangat mengagumkan shida sebab petah dan pandai si Isaac Iman ni berlakon atau nama penuhnya adalah Nik Muhammad Aizat Iman Bin Nik Mohd Adlin (7 tahun). Paling menyentuh bila dia cuba menenangkan ibu dan mama nya, bagaimana cara percakapan mika terhadap kedua-dua orang tuanya, sangat mengagumkan. 

Mika anak yang baik! Tengok gambar atas ni happy dia kerana Takdir Yang Tertulis Mika mempunyai ramai parent yang menyayanginya. Masa tengok pergolakan perhubungan mama dan ibu dia, dia sedih dan tertanya-tanya nasib yang menimpa dia. Lagi sedih masa nenek dia halau dia masa dia nak cari makan kat dapur.

Si Ruzita walaupun scene dia sekejap-kejap muncul tapi peranan dia dalam semua yang terjadi memang BINGGO! tanpa ruzita mungkin ean tak kan tahu kisah disebaliknya yang berlaku dan mengapa ruhila bertindak sebegitu. Tanpa mulut si ruzita juga Azlan tak kan sedar yang dia bukan bapa kandung kepada mika kerana dia mandul, kesemua takdir telah tertulis, bagus!

Jadi pengajarannya disini, tak kira dari segi perhubungan yang bagaimana kita perlulah bersikap jujur. Sentiasa ada sikap tolenrasi dan bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing. Syukur ending penceritaan drama Takdir Yang Tertulis ini kesemuanya dapat kebahagiaan masing-masing, ada kemungkinan akan muncul Drama Takdir Yang Tertulis 2 ke?


Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Rak Kasut Pembelian Dari Shopee | Baru-baru ni shida ada order rak kasut tau dari shopee. Plan nak beli rak kasut ni lama dah sebenarnya. Nak beli pun disebabkan rak kasut yang sedia ada ni dah patah-patah besi dia. Shida guna rak kasut biasa yang tak ada alamari cuma stand tingkat-tingkat saja. Plan nak beli lambat lagi, sebabnya rak tu masih elok mula-mulanya.

Bukan tak nak survey kat kedai-kedai perabot cuma harga tu kadang-kadang tu tak masuk akal, mahal bebenor korang! Rak macam shida beli ni sampai 300 ++ itu yang membuatkan shida tengok juga pada shopee. Was-was tu memang ada, tambahan lagi beli barang berkayu kan takut bila sampai damage ke patah ke kan. Tapi tawakal jelah, sebab rak kasut tingkat tu dah patah bawah dia, stand pun tak stabil.

Ambil juga risiko beli saja dari shopee, mulanya masuk chart je dulu bila rak lama tu dah patah terus shida buka shopee tengok balik dalam chart ok masih ada dan tiba-tiba ada shocking sale tengah jalan dari harga 230.00 jadi 122.00 shida pun tengok dulu bahagian komen, rata-rata komen positif dan almari tu besar juga. Penghantaran cepat dari johor menggunakan J&T Alhamdulillah.

Ini lah rak kasut tu, datangnya bukan macam ni ye. Datang sekeping-sekeping macam papan, lepas husben shida siap pasang ikut manual yang diberi. Alhamdulillah selesai pasang, pemasangan tanpa drill tapi kalau pakai drill maybe laju sikit kerja ni. husben pasang mengambil masa dalam 1 jam lebih dan kena dua orang yang buat untuk bantu pegang sama.

Ini sisi dari dalam, muatlah kesemua kasut-kasut kami yang sedia ada, itu pun masih ada kosong beberapa untuk isi kasut baru gitu..hahhaaa..Lega dah kalau tak kepala asyik serabut je fikirkan rak kasut patah tu. Sorry la shida tak sempat nak snap gambar sebelum sebab rak tu dah patah, kasut-kasut pun bertaburan hahaa. Kalau korang nak beli juga boleh search dalam shopee mfdesign ya!

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Segmen Blogwalking by Si Hati Berbolak-balik | Jom korang join segmen ini, segmen blogwalking yang dia njurkan oleh Blogger Nadyya bersempena beliau baru sahaja bertukar templated blog yang super responsive. Walau 15 orang sahaja yang bakal duduk di dalam bloglist nadyya tapi shida tetap support segmen ini, masuk tak masuk belakang kira lah.

Follower shida pun haritu ade dah 4995 tapi dah jadi berkurang pula 4994 entah siapa yang unfollow. Tak mengapalah! kepada mereka yang follow dengan ikhlas terima kasih na! Shida masih menunggu follower ke 5000 shida yang masih belum muncul,harap ketemu dalam bulan ini. 

Ok sebelum segmen blogwalking ini tamat pada 28 Februari 2021moh ler kome join, bukan susah pun mudah saja. Shida ni memang jenis yang suka tulis panjang-panjang. Nak biasakan entri penuh dengan tulisan bukan gambar semata 😁 Selamat Bersegmen bagi yang join ya! Klik banner untuk terus ke blog penganjur, terima kasih!


Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Lauk Tengahari Malaysia | Nah! kalau sebut pasal makan ni orang malaysia memang pakar. Pantang makanan tu viral cepat je diserangnya kan. Hah! takpa lah asalkan makan jangan membazir sudah. Sebut pasal lauk tengahari ni pelbagai masakan yang ada di Malaysia, sebut saja mesti ada.

Sebenarnya shida ni bukan lah nak kupas atau ulas tentang masakan atau lauk pauk tengahari yang ada di Malaysia ni. Jika ya pun terlalu banyak, sukar nak ulas korang! dari yang masakan lauk ke sayur ke kuah..haihh fensan!! dan bukan juga nak share resepi lauk-lauk tengahari hahaa.

Kebiasaannya kan shida kalau masak lauk tengahari mesti tak kurang tak lebih mesti ada dua atau tiga menu. Biasa dua ke tiga menu jika makan berdua sahaja, jika ramai maybe ada lebih la dari tiga menu mungkin termasuk sambal belacan. Kalau balik rumah mak menu yang biasa mak akan masak bila ada ramai-ramai ni biasanya Kari Ikan dan Ayam Masak Merah.

Kenapa kari? okay kari ni sebab kegemaran ayah dan ayam masak merah pula kegemaran kami adik beradik. Dulu masa time muda-muda ayam masak merah ni boleh dikatakan menu hampir setiap hari ada tak pun berselang hari. Dalam rumah tu adik bongsu dan abang shida jenis tak makan ikan so kalau dorang ada ayam mesti jadi masakan utama dalam rumah.

Lain pula bila dah berkahwin, menu banyak ikut selera husben lagi-lagi husben tak makan ikan 😏 Time berkahwin ni lah pelbagai menu shida cuba buat dan masak. Masa bujang sibuk kerja sampai tak dan nak mengadap dapur korang, asal balik je makanan dah terhidang atas meja (love u mak 💋).

Ayam Bakar & Sup Sayur
Menu atas ni bila tah shida pun lupa dah korang 😄, bakar ayam guna air fryer saja. Ayam ni pun beli set perapan dari kakak shida dia ejen Pat Mat Western. Sedap juga sos perapan pat mat western ni, pertama kali shida buat kombinasi dua menu ni korang, layan juga!
Sambal Ikan Bilis + Tempe & Kacang Botol

Menu ke dua ni pula sebab dah terlalu lama sangat shida tak buat sambal ikan bilis bersama tempe ni kena pula dengan sayur kacang botol ni pula maka terjadilah sambal ikan bilis bersama tempe. Kacang botol ni shida tak beli just petik kat rumah mak, dapat lah dalam 10 biji cukup untuk kami berdua.

Udang Bakar  + Daging Pekasam & Sayur Taugeh + Sawi

Okay menu yang ini ada tiga sebabnya shida tak makan udang. So udang ni untuk husebn, shida just bakar guna air fryer dengan Sos Perapan Mamasab. Daging pekasam pula dari Daging Pekasam Hakak Maneh yang ini menu shida sebab husben tak makan pekasam hahaha.

Sambal Ikan Bilis + Telur Goreng + Timun Potong

Makanan di atas dinamakan Nasi Lemak ye kawan-kawan hahaa nasi udah hilang lupa nak tekup dalam pinggan 😁 Ini menu semalam, rindu sangat nak buat nasi lemak, husben asyik tolak je bila shida nak masak nasi lemak. Tapi semalam shida tak tanya dia nak masak apa untuk semalam buat saja. Balik dia niaga dia makan juga habis 2 pinggan hahaha 😂

Shida ni macam ni lah setiap hari masak sampai satu time naik jemu dah masak. Ulang-ulang masak yang sama je, sampai cakap dengan husben esok tak nak makan nasi lah, sayang buat sphagethi. Biasa husben follow saja, dia pun kadang-kadang bila tanya nak makan apa? dia pun buntu. 

Banyak yang shida masak tak dan nak tangkap gambar buat tatapan dalam blog, biasanya tak dan sesaja korang. Kalau rajin shida upload dalam instagram dan facebook saja. So apa menu atau lauk tengahari korang harini? share sikit dengan shida mungkin boleh dijadikan idea memasak untuk hari-hari berikutnya. Oh ya! hari ni shida gantung kuali, husben ajak makan kat luar 😎


Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Lagu favourite shida ni Perasaanku by Fieya Julia, masa tahun 2019 boleh dikatakan setiap hari dengar. Bila balik dari kedai suami time on the way nak balik rumah buka radio mesti keluar lagu ni. Tak sangka lagu ni jadi OST Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3. Lirik dan muzik dia sangat-sangat menyentuh perasaan bila kita dengar. Kalau tengah sedih dengar lagu ni pula mahu menitik air mata weh! hahaha 😂 Jom korang pakat dengar lagu sedih ni. 
 

PERASAANKU - FIEYA JULIA

Jika aku tak lagi Engkau merindu 
Katakan padaku
Sungguh aku merasakannya darimu

Jika aku tiada dalam hatimu.. Tak perlu kau buntu
Tak usah kau pertahankannya untukku
Lepaskan saja aku

Dan bila 'ku sedang berduka 
Kau hadir bagaikan tiada apa 

Sungguh aku tak mengerti
Siapa diriku sebenarnya dihatimu Hooo...

Mengapa
ku selalu Dibuai dusta dan derita
Selalu dibelai bicara manisnya
'Ku disakiti selalunya

Oh tuhan mengapakah Salahkah
'ku ingin rasa bahagia 
Selalu dicinta sentiasa
Ingin kau ada selalunya Hooo

Mengapa ku selalu Dibuai dusta dan derita
Selalu dibelai bicara manisnya
Ku disakiti selalunya

Oh tuhan mengapakah Salahkah
'ku ingin rasa bahagia Selalu dicinta sentiasa
Ingin kau ada selalunya

Hooo... Ingin kau ada Selalunya





Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak | Okay korang menu kali ni lain sikit dari yang lain di mana penggunaan bahan ringkas dan sihat tanpa menumis dengan minyak. Entah lah, tiba-tiba encik husben minta buat kan sup sayur tanpa menggunakan minyak ni. Kita layan kan jela selagi dia nak makan apa yang kita boleh masak.

Encik husben kata sekali sekala kita buat menu yang less minyak, bukan apa hari-hari masak dengan penggunaan minyak yang tak terkawal. Memang betul tapi sebenarnya kalau tak minyak banyak pun karang tak sedap pula lagi-lagi nak buat sambal, perlu minyak banyak untuk bahan tumis masak elok. Takpe yang penting jika ada banyak minyak berlebihan kita ceduk buang setel masalah kan!

Jom korang tengok resepi yang shida sediakan untuk menu Sup Sayur Tanpa Minyak. Bila makan sekali sekala begini sedap juga sebenarnya, hirup sup tanpa rasa bersalah hahahaa 

 

BAHAN - BAHAN :

  1. Karet sebatang kecil *potong memanjang atau half bulat
  2. Brokoli Suku *potong kecil-kecil ikut pokok dia
  3. Pucuk & Suhun 1 Paket *direndam dahulu
  4. Bawang Holand sebiji sederhana *dihiris
  5. Bawang Putih 2 ulas *dihiris
  6. Kiub Pati Ayam 1 (tak kisah brand apa)
  7. Air secukupnya
  8. Serbuk lada Hitam
  9. Gula & Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN (MASAK) : 

  • Tuang air secukupnya ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih, setelah mendidih masukkan bawang holand dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan pula kiub pati ayam kacau-kacau sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan pula karet kacau rata biarkan air mendidih lagi sehingga karet lembut dan masukkan pula brokoli dan pucuk, biar kesemuanya mendidih masing-masing dah lembut masukkan pula suhun, serbuk lada hitam dan perasakan gula garam jika perlu.
  • Biar mendidih seketika then tutup api. Sedia untuk dihidangkan! Cadangan Menu untuk 2 ke 3 orang makan. Jika korang ahli keluarga ramai boleh gandakan bahan ya! Kecuali kiub tu satu pun dah cukup. Okay selamat Mencuba!

 

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources | Ayuh! Ayuh! kita meriahkan segmen bloglist dari Blogger OM (ombak bergigi) disamping tu juga, blogger om nak memperkenalkan kedai online beliau di shopee, alaaa shopee yang color oren tu. Tipu sangat tak tahu kan, padahal melambak dah beli barang dekat situ dah macam berhantu pulak shopee ni, asal buka je check out! bahaya! hahaaa 😁😁

Segmen bloglist ini akan berlangsung selama sebulan bermula 8 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021. Hadiah yang ditawarkan untuk segmen ini adalah Seramai 5 orang peserta yang bertuah serta layak menjadi bloglist Ombak Bergigi dan 1 orang pemenang akan menerima sehelai tudung FAREHA. Haaa menarik bukan? Apa tunggu lagi klik banner atas untuk join dan terus ke blog penganjur.

Oh ya! Blogger Om juga salah seorang pemenang segmen bloglist shida pada tahun 2020, Om menerima cash RM50 sebagai  pemenang utama segmen shida tahun lalu. Kemungkinan besar tahun ni juga bakal ada segmen bloglist 2021 untuk mencari blogger paling aktif abad ini 😎 Nantikan ya! jemput join semua nanti! Okay selamat bersegmen kepada semua yang join nanti!


Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3 | Nantikan drama bersiri Semua Salahku yang bakal ditayangkan di dalam slot Lestary tv3 yang menggantikan drama Melastik Ke Hatimu. Drama dibintangi oleh Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Syed Aiman dan ramai lagi barisan artis bakal ditayangkan bermula hari ini 12 Februari 2021. 
 
Nampak gayanya, sepanjang PKP ni shida melayan drama jelah kat TV3 ni. Menghabiskan masa-masa yang ada, selain teman encik husben buat kerja. Tengok pada iklan drama ni nampaknya menarik dan bakal mendapat sambutan mungkin disebabkan adanya Fasha Sandha dalam drama ini. Siapa tak kenal Fasha Sanda kan, dengan kehebatan lakonan dan penjiwaan watak yang dibawa oleh beliau.
 

Sinopsis Drama Semua Salahku

  • Mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.
  • Bagi menambah pendapatan, Fatimah, ibu Sofea mencadangkan Sofea untuk memasuki kelas solekan. Sofea mula berkecimpung dalam bidang solekan dan sedikit sebanyak telah membantu menambah pendapatan Sofea. Malangnya, kasih sayang dan keperluan Haris mula terabai apabila Sofea berkahwin dengan Iqbal. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Iqbal terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan Sofea kehilangan wang simpanannya.
  • Tertekan dengan kehilangan wang, Sofea mengurangkan wang belanja Haris dan juga perbelanjaan di rumah. Sofea tidak mahu berterusan hidup susah dan menghabiskan wangnya untuk pergi ke Spa demi untuk menjaga penampilannya agar dapat mencari lelaki kaya. Haris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea.
  • Haris mula bergaul dengan Naim, seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana dia mahu memenuhi kehendak Mira gadis yang diminatinya. Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya? 

 

Info Drama Semua Salahku

  • PENERBIT : Lt. Kol Bersekutu (PA) Dato’ A. Aida dan Datin Sri Noraini Abdul Jalil
  • PENGARAH : Along Kamaludin
  • PRODUKSI : A. Aida Production
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • BILANGAN EPISOD : 13 Episod
  • WAKTU SIARAN : Rabu - Sabtu (9 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 12 Februari 2021 
  • LAGU TEMA (OST) : Perasaanku (Fieya Julia)
  • PELAKON : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuw, Neera Azizi,Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Idham Maulana dan ramai lagi

 


Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Selamat Tahun Baru Cina 2021 | Gong Xi Fa Cai korang! pembaca blog shida! harini mesti ramai yang bercuti bersempena sambutan Tahun Baru Cina kan. Tahun 2021 sambutan Chinese New Year ini adalah Tahun Lembu Emas dalam zodiak cina dianggap sebagai "Tahun Pemulihan".

Untuk tahun 2020 mungkin ramai orang mengalami tekanan serta kebimbangan sepanjang pendamik covid19 yang melanda negara. Mungkin bagi tahun 2021 adalah tahun baru atau tahun pemulihan bersempena tahun lembu emas ini bak kata pakar Feng Shui kita (Master Kenny Hoo). 

Mudah-mudahan adalah sinar baru bagi tahun 2021 ini, lagi pula vaksin pun dah ada maka terubat sikit keresahan kita kebimbangan kita kerana covid19. Lagi pun banyak dah syarikat-syarikat yang dah mula gulung tikar disebabkan pendamik dan berharap moga ada pemulihan pada tahun ini.

Dalam sambutan Tahun Baru Cina juga terdapat beberapa adat resam dan pantang larang diantaranya adalah kebiasaan yang shida dengar di mana mereka tidak akan menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dianggap seperti menghalau tuah.

Selain itu juga, yang shida dengar mereka akan tidur lewat pada hari sambutan perayaan tersebut, tak kira yang tua atau muda mereka bersembang bersama keluarga sehingga lewat malam. Bagi kanak-kanak pula mereka akan bermain mercun atau bunga api sehingga habis. Adat ini juga dipercayai memanjangkan usia mereka.

Pakai berwarna merah juga adalah salah satu pilihan yang pasti digunakan semasa sambutan perayaan ini dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah. Mereka tidak dibernarkan memakai pakaian yang berwarna hitam dan putih kerana merupakan warna untuk majlis berkabung (kematian).

Kebiasaan ini diantara adat-adat atau pantang larang yang biasa kita dengar. Mungkin ada lagi beberapa pantang larang dan adat yang mereka patut ikuti kerana setiap kaum mempunyai kepercayaan masing-masing dan adalah perlu untuk kita hormati amalan dan kepercayaan kaum lain. Dengan cara ini kita dapat mengekal keharmonian masyarakat majmuk.


Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Kesan & Efek Bila Tukar Ke Domain Baru | Assalamualikum korang! Entri kali ini khas untuk shida sebagai blogger dan rakan-rakan blogger yang lain untuk mengambil tahu dan mengambil kira sekiranya blog bertukar domain baru atau bertukar url blog adalah perkara yang berbeza dan kesan juga berbeza. Disni shida menjelaskan beberapa perkara yang shida tahu dan ada juga bertanya kepada beberapa orang mahir dalam domain dan blogspot.

Masalah seperti shida, menukar domain sedia ada kepada domain baru di atas url blogspot yang sedia ada tanpa menukar url blogspot. Okay faham dak?? 😁😁 Kebiasaaan yang mempunyai masalah seperti shida menukar domain kepada domain di atas tapak blogspot yang sama tidak menjadi masalah dalam jangka masa yang panjang, mungkin mengambil masa untuk pulih sedia kala selepas penukaran dalam 12 ke 24 jam untuk domain baru berfungsi.

Akan tetapi efek atau kesan buruk tetap ada sebagai contoh dari segi trafik kebiasaan yang kita terima, ia akan mengambil masa untuk pulih kerana domain baru tersebut. Selain itu juga, jika ada menggunakan pengiklanan seperti Nuffnang ke, Innity ke yang menggunakan secara manual untuk edit code maka ia efek juga. 

Kesan-kesan lain seperti link-link dibahagian menu tab atau pun link-link yang kita kumpul seperti membuat satu page untuk tutorial atau tips yang menggunakan url domain lama jadi kena lah ubah juga secara manual. Jika dibiarkan nanti link - link tersebut tidak dapat diakses sepenuhnya. Rugilah kan kalau tak betulkan, jadi kena betulkan semula.

Lain pula kesan dan efek sekiranya korang tukar url blogspot kepada url blogspot yang lain. sebagai contoh duniashida.blogspot.com kepada shidaradzuan.blogspot.com. Okay kalau kes macam ni efek sangat besar tau! lebih baik fikir dalam-dalam sebelum nak tukar url blog korang. 

Kesan yang terbesar adalah trafik hilang terus, lebih sayang jika blog kita tu dah lama, beberapa entri kita dah masuk dalam Engine Carian Google. Kiranya blog ini boleh dikatakan dalam kategori blog baru. Kebiasaan blogger yang selalu akses blog pun tak dapat nak cari kita melainkan kita dah war-warkan tentang penukaran url blog tersebut.

Macam entri pula ada yang shida google boleh kita backup dan dimasukkan semula ke dalam blog baru kita. Untuk hal ini shida tak explore habis sebab tak sama dengan hal yang shida lakukan sekarang. Walau bagaimana pun bak kata sifu blogger kita "efek tetap akan ada" Jadi kalau kita dah buat keputusan untuk menukar maka kita dah bersedia sebarang kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini.

Terima kasih shida ucapakan kepada mereka Bro Hasrul Hassan, Siti Awadah & Diana Rashid yang ada menjawab dan menerangkan beberapa perkara di atas tindakan shida untuk menukar domain baru ini. Diorang ni kalau tanya apa-apa memang tak lokek ilmu untk share tau!

 

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

Raikan Cinta Yunus & Ila | 4 Februari 2020 | Nikah PKP ni dah tak asing lagi dalam negara kita. Ramai masyarakat sekarang mengambil peluang nikah dalam musim PKP ini, jimat masa, jimat tenaga dan paling penting jimat wang ringgit, betul tak? First of all shida nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Adik ipar shida yang melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Februari 2021 di Jerlun, Kedah.

Sebenarnya shida berasa sedih juga tak dapat hadir majlis untuk adik ipar shida yang ini. Masa time mereka bertunang pun shida tak dapat turut serta sampai ke majlis nikah mereka. Masa dapat makluman mereka berdua nikah pada tarikh tersebut, duk garu kepala juga sebab masih PKP kan masa tu. Bincang punya bincang kami decide untuk tidak turut serta, yang hadir cuma 4 orang termasuk pengantin.

Kesian isteri adik ipar shida,lama dah nak bertemu tapi masih tidak berpeluang. Inshaa Allah ada masa nanti boleh la datang ke rumah melawat pengantin baru ni tunggu covid19 reda sikit. Mereka pun sah dah menjadi suami dan isteri dengan sekali lafaz, Tahniah Yunus & Ila 💑 Kak Shida ucapkan  korang berdua berbahagia dan perhubungan korang dirahmati! Welcome to our Family Ila 💓

Tahniah awak berdua! Sama cantik sama padan 😍


Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Sila Ambil Perhatian! Korang! Sebenarnya kan shida nak inform kat korang yang shida dah tukar Nama Blog dan Nama Domain Blog shida. Atas alasan apa shida tukar? Panjang ceritanya, masa shida update kat facebook ramai yang ingat shida buat blog baru atas nama domain baru tu, tapi sebenarnya tidak! shida tukar nama blog lama kepada yang baru tetapi masih menggunakan blog yang asal.

www.duniashida.com  ✖

www.shidaradzuan.com ✔

Jadikan shida nak minta jasa baik semua kawan-kawan blogger shida untuk update dekat bloglist korang dengan url blog shida yang terbaru ni ya. Selepas 24 jam mungkin tak kan jumpa dah bagi yang masih guna url blog yang lama tu. Urusan penukaran ni dari semalam malam lagi shida buat tapi dibantu oleh syarikat yang shida beli domain ini (Netkl Network). 

Team Netkl Network memang terbaik, staf dorang banyak bantu shida dalam menguruskan penukaran domain ini. Memang shida dari domain lama lagi menggunakan servis netkl dan tak akan tukar ke syarikat lain. Seakrang pun masih kekal dengan Netkl Network sebab servis mereka bagus, telus, teliti dan dipercayai (high recommended).

Semalaman shida tak update sebab pengurusan penukaran ini mengambil masa untuk sedia pulih antara 12 ke 24 jam dan untuk shida boleh edit dan design antara 2 ke 3 jam dah boleh buka blog cuma shida saja biar seharian bagi betul-betul tak ada masalah baru shida buka blog dan run seperti biasa. 

Macam mana korang rasa dengan nama baru ni? Okay tak? Shida saja la nak komersial nama sendiri pulak hahaha 😂 Niat nak tukar tu lama dah bila timbul satu masalah pada url blog lama ni yang buat shida pening sikit. Yang pastinya ini yang terakhir, tiada lagi! takmau dah! 😁 Ohya! ini adalah entri pertama dari url blog baru shida yeay!!


Share
Tweet
Pin
Share
31 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • SURIA AMANDA
    Cucur Bawang Jejari Ketam Sarapan Hari Ini...
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    Hujung Minggu Yang Mengejutkan
    2 hours ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Salam Dari Bumi Perlis Indera Kayangan! Syurga Harum Manis
    2 hours ago
  • aziankhalil.com
    Restoran Al Safa Gelang Patah
    3 hours ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    June 14, 2025
    12 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Beauti telah meninggal dunia
    19 hours ago
  • A M M I
    Kelebihan Briskwalk waktu petang
    1 day ago
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
    1 day ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Dari Algeciras ke Granada
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Makan Apa di Hainan Story Metrocity
    1 day ago
  • Anies♥You
    Kaysone Phomvihane, Laos: Savan Resorts
    1 day ago
  • DANA
    RESEPI AYAM KOREA
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Pengajaran daripada tragedi kemalangan bas pelajar UPSI
    2 days ago
  • cik sukα taip
    Review Filem Pulung Gantung (2025)
    2 days ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak SA
    2 days ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!
    2 days ago
  • Farhana Jafri
    KISAH-KISAH BENAR DIANGKAT DALAM “JASMINE PROJECT LOVE MUSIM KEDUA”
    3 days ago
  • Jurnal Shikin Razali
    WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.3/2025 | PERSENJATAAN MELAYU : CITRA BUDAYA BANGSA
    3 days ago
  • Warisan Petani
    WW 590 : Shopping Keperluan Kebun
    3 days ago
  • thesuraya
    Ikhlas, A.K! by Nirrosette
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    Www Pisang setandan
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    Ubi Kayu Goreng
    3 days ago
  • Tiara Saphire
    Perempuan Kesayanganku by Nona Lizza | Ebook Review
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Angioplasti Kecemasan?
    6 days ago
  • Bola Katok
    Selamat Hari Raya Aidiladha 2025.
    1 week ago
  • //Perdu Cinta
    SALAM AIDILADHA MULAKAN KORBAN DARIPADA DIRI SENDIRI
    1 week ago
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
    1 week ago
  • orangbukit
    Salam Aidil Adha 2025
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Panduan Tiket Flight dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan Harga Terbaik
    1 week ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Naim Kembali Dunia Blogging
    1 week ago
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
    2 weeks ago
  • From FAMF Tower
    Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
    3 weeks ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Hiking Bukit Padang di tahun 2025 & Makan Nasi Lemak
    3 weeks ago
  • Aisya Ismail
    Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?
    1 month ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    1 month ago
  • nanieybarnieylurviey
    Al Fatihah Papa
    2 months ago
  • Mia Liana
    Master the Market: Comprehensive Guide to Using MT4 Index Trading Platform
    2 months ago
  • Mediana
    CARA KURANGKAN BERAT BADAN KEARAH GAYA HIDUP SIHAT
    2 months ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    2 months ago
  • The Wonderful Jannah
    Pengalaman Makan di Sate Zul Kuantan
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    PENGUBAT RINDU BILA LAMA TAK BERUPDATE
    2 months ago
  • SayaNaia
    Low Battery
    3 months ago
  • EJULZ
    Giveaway Kerajaan Kelapa
    3 months ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    NIKMATI CUTI SEKOLAH DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE
    3 months ago
  • Blog Adianiez
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    4 months ago
  • Zarida Ishak
    Di Bulan Mulia Ini, Jom Bantu Anak-Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka
    5 months ago
  • NaSa
    Diari Dialisis: Berakhirnya Buku Kehidupan Mama
    5 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    harini birthday suami yang ke 30
    6 months ago
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
    6 months ago
  • blog
    4 tahun penuh suka duka
    10 months ago
  • kaellaaaa's
    New Environment
    1 year ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Selamat Hari Raya Aidilfitri!
    1 year ago
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
    1 year ago
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    1 year ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • insan marhaen
    Bersara Penuh
    1 year ago
  • IbuCida
    Langkah Pertama
    2 years ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    2 years ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    2 years ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    2 years ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    2 years ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    2 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
    3 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    4 years ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    4 years ago
  • Cikgu Badarudin
    4 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Aircon That Saves Electricity KL & Selangor
    5 years ago
  • The_ramaramapendek
    Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
    5 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    6 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  May 2023 (1)
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (31)
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ▼  February 2021 (31)
      • Hadiah Dari Blogger Ct Cheery | Giveaway Selamat T...
      • Dua Saja Lagi!
      • Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1 hingga 6
      • thes's Love Giveaway
      • Giveaway Vektor 2.0 by Cuya
      • Hadiah Dari Blogger Cuya | Menang Digital Arts Giv...
      • Semakan i-sinar Tanpa Syarat & Tarikh Bayaran Mula...
      • Lirik Lagu Purnama - Naim Daniel | OST Aku Yang Ka...
      • Dua Hari Yang Paling Tersakiti
      • Baca 10 Tips Untuk Selamat Ketika Melayari Internet
      • Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Slot Samarinda TV3
      • Kifarah Cinta Mengejar Bahagia - Takdir Yang Tertulis
      • Rak Kasut Pembelian Dari Shopee
      • Segmen Blogwalking by Si Hati Berbolak-balik
      • Lauk Tengahari Malaysia
      • Lirik Lagu Perasaanku - Fieya Julia
      • Resepi Sup Sayur Tanpa Minyak
      • Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global...
      • Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3
      • Selamat Tahun Baru Cina 2021
      • Kesan & Efek Bila Tukar Ke Domain Baru
      • Raikan Cinta Yunus & Ila (4/2/2021)
      • Sila Ambil Perhatian!
      • Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLur...
      • Happy Birthday Azhafizah
      • Pulut Kuning Rendang Ayam
      • PKP Dilanjutkan Sehingga 18 Februari 2021 Di selur...
      • Geng Kuat Komen Januari 2021 Blog Duniashida.com
      • Giveaway by Ejulz & Atiehilmi
      • Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan
      • Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog