Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 7

by - 23:59:00

Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 7 | Drama kali ni semakin panas dan panas, Laila dah berani berdepan dengan Rai menyatakan hasratnya. Kata-kata yang keluar dari mulut Laila sangat-sangat mencabar Rai sebagai seorang isteri. "Tamparan dari seorang isteri" Rai menampar Laila kerana mencabar kewibawaannya sebagai seorang isteri. Korang tengoklah si Ezlan tu, udah kena mandrum duk je diam kat belakang, geramnya tengok haaa!

Kemarahan Raihani di sambut dengan lembut oleh Laila yang suka bermuka- muka. Laila berterus terang dengan Raihani yang dia telah jatuh cinta dengan Ezlan. Namun, Raihani bukanlah perempuan bodoh dan beranggap Laila sudah memperdayakan suaminya. 

Pada mulanya, Laila dapat mengawal emosi. Namun, lama kelamaan dia merasa panas dan tidak senang duduk. Dia menjadi marah dan baran. Sehinggalah Laila rasa terhina apabila Raihani menampar lalu mengusirnya daripada rumah. Ini adalah kerana sikap Laila yang kurang ajar mengatakan Ezlan telah menidurinya sejak berhijrah ke bandar. 

Laila tenang, seperti sudah dapat membaca tindakan Raihani. Dia tahu, Raihani mesti sudah memagar sekeliling rumah. Laila memecahkan ‘pagar’ rumah lalu mula membaca mantera. Kini, belaan Laila sudah berjaya menembusi rumah Raihani.

Tonton : Highlight : Episod 7 | Aku Yang Kau Gelar Isteri

Tonton Online : Aku Yang Kau Gelar Isteri - Episod 7

 

 

You May Also Like

15 comments

  1. Belum tengok lagi , tapi ada adi putra 🙆 lama tak tgok berlakon nanti kena tgok Dari episode awal lah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena follow dr awal baru fhm citer dia..tp awal2 lg dah seram cite ni 😅

      Delete
  2. Sebab nak Ezlan, sanggup dia buat macam-macam. Yang jadi penghalang semua jadi mangsa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia realiti pun ade fiza. Kdg2 pelik manusia yg pilih jln hitam ni..seram kot😅

      Delete
  3. ramai view cerita ni..alahai kne tgk juga la gamaknya ni

    ReplyDelete
  4. scary la klu main main ilmu hitam ni sbb benda tak nampak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tp jenis yg boleh hidu..dekat pn dah tegak buku roma 😅😅

      Delete
  5. tunggu habis dulu baru nak tengok sekali harung

    ReplyDelete
  6. mcm nak tengok laaa cite. mcmmmm best niii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau genre mcm ni shida suka juga layan..setakat ni xlepas lg..tgk hehee

      Delete
  7. Berjaya juga pecahkan pendinding.

    ReplyDelete
  8. semakin menarik jln cerita ni..x sabar nk tgk habis..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.