Anda Nak Ubah Hidup? Ikuti Program Percuma Bersama RichWorks

by - 00:25:00

Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas "NAK UBAH HIDUP" Program Percuma Bersama RichWorks

Sudah setahun kita melalui situasi dengan pandemik covid19 ini, kita melalui dengan suka dan duka walaubagaimanapun demi kelangsungan hidup maka kita harus teruskan dan hadapinya dengan tabah. 
 
Pandemik ini telah memberi banyak kesan dan tekanan hidup kepada masyarakat, ada yang hilang pekerjaan serta sumber pendapatan, ada juga melalui saat sukar ketika pandemik ini.

Berbisnes pula bukan lagi satu pekerjaan yang hanya memberi pendapat sampingan, malah dengan berbisnes juga ada yang mampu menjadikan ia salah satu sumber pendapatan tetap dengan lebih lumayan dari biasa. 
 
Sebut bisnes apa yang berkait rapat dengan bisnes adalah ILMU, USAHA dan  TANGGUNGJAWAB. Ramai diluar sana nak ubah kehidupan untuk lebih baik dan sempurna tapi ramai yang tak tahu cara macam mana nak ubahnya, hanya nak kaya tanpa berjaya.  
 
RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini. 
 
Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini.

Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.


"Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa.

"Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia di sini hari ini.

RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi.

Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah.

"Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya.

Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.

"Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini," jelasnya.


Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik.

Jika anda salah seorang yang "nak ubah hidup" jom Daftar Program Percuma Bina Bisnes Berjaya bersama RichWorks secara virtual online selama 3 HARI bermula 26 Mac 2021 hingga 28 Mac 2021 - Dapatkan keterangan lebih lanjut dengan melayari laman website rasmi
www.BinaBisnesBerjaya.com.

Kuasa 7 Aspek Kejayaan Hidup, Memahami konsep 5K dan banyak lagi yang akan dikongsi bersama-sama dalam program ini secara percuma. Jangan tunggu lagi daftar sekarang!!
 
 

You May Also Like

27 comments

  1. menarik...kita semua nak ubah ke hidup yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..lagi2 semasa pandemik covid19 ni..

      Delete
  2. Replies
    1. Betul syaz..sesuai bg yg memilih bisnes sebagai pekerjaan mereka..

      Delete
  3. motivasi yg mantap..pernah sekali attend pgrm Richworks..
    teringat tarian ayam..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas sgt bermotivasi dr Dr Azizan Osman ni..

      Delete
  4. Nak berubah kena ada usaha kan Shida..

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya mereka yang sertai program ni :)

    ReplyDelete
  6. such a good program right ,this is amazing ! boleh check it out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya silakan Atie..kalau ada kawan2 yg buat bisnes nak ilmu dan kata2 smgat boleh join program ni ok :) Tq Atie!

      Delete
  7. richwork mmg terkenal dan ramai pengikut.. mantapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju mamapp..mereka ni tulin bkn acah2 group marketing..

      Delete
  8. Replies
    1. betul bia..sesape yg ade biznes elok lah join timba ilmu dan pengalaman org lain.

      Delete
  9. program nii laki nadyya join gak..hehe

    ReplyDelete
  10. Menarik Program mcm ni..membantu dalam membina kerjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yanie, sape xkenal dr azizan osman kan..

      Delete
  11. Program yang menarik. Good info kak. :)

    ReplyDelete
  12. menarik ni tp kena ada usaha, ilmu dan modal kalau nk lebih berjaya

    ReplyDelete
  13. dah sy join dulu. tp sbg crew NUH hehehe

    ReplyDelete
  14. bestnya kalau dapat join jugak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.