Anugerah Juara Lagu 2021 | Keputusan Penuh AJL 35

by - 00:49:00

 

Anugerah Juara Lagu 2021 | Persaingan hebat membabitkan finalis pada malam kemuncak pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3 disamping peminat boleh menonton secara global live streaming di internet melalui saluran rasmi Youtube TV3 Malaysia.

Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni telah diberi kepercayaan menjadi hos utama dalam final AJL35 sebagai pengacara utama manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar pula pengacara sampingan bagi mengendalikan segmen karpet merah dan Lounge AJL35.

Keputusan Penuh AJL 35 | Sebanyak 12 lagu yang berkualiti berentap bagi bergelar Juara AJL35. Berikut adalah senarai penuh pemenang AJL35 bersama dengan hadiah wang tunai yang ditawarkan beserta trofi kepada pemenang. Tahniah kepada semua pemenang AJL 35.

 

JUARA - AJL 35

Kaka Azraff, Loca B, Noki - Lagu Gila | RM 50,000 & Trofi

NAIB JUARA - AJL 35

Aina Abdul - lagu Semalam | RM 35,000 & Trofi

TEMPAT KE TIGA - AJL 35

Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita - Lagu Belenggu Rindu | RM 20,000 & Trofi

VOKAL TERBAIK - AJL 35

Ernie Zakri - Lagu Gundah | RM12,000 & Trafi

PERSEMBAHAN TERBAIK - AJL 35 

Zizi Kirana - Lagu Eh | RM 12,000 & Trofi



You May Also Like

24 comments

  1. tengok tak habis..mata tak boleh celik dah

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pemenang, nak nak ernie. Memang best selalu kalau nyanyi :D

    ReplyDelete
  3. Wah.. Zizi menang persembahan terbaik.. Memang persembahan dia mantap.. sha tengok klip dia dekat youtube.. suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..nk tgk juga lah..sbb pesembahan dia shida xsempat tgk..

      Delete
  4. Lagu GILA ni, medley by Hannah Delisha, sedap gila

    ReplyDelete
  5. Tahniah untuk semua pemenang. Masing-masing layak menang dan rezeki mereka. Aina dan Ernie vokal memang padu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak di sngkal lg..deoa dua pasti tersenarai..

      Delete
  6. Replies
    1. Kpe tak tgk..rabia..tak suka rancangan menyanyi ke?

      Delete
  7. Tahniah kepada semua pemenang!

    ReplyDelete
  8. 2017 - jampi
    2018 - haram
    2019 - sumpah
    2020 - gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram lg siapa eh..tapi juri kali ni berbeza sikit cara pengadilan kn..

      Delete
  9. yeayy! ernie dapat vocal trbaik ;)

    ReplyDelete
  10. sy tgk pembukaan je. lps tu trs zzz hahahaha... tahniah kpd para pemenang...

    ReplyDelete
  11. Pilihan saya lagu 'Gila' menang.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.