Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Slot Lestary TV3

by - 11:00:00

  

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Slot Lestary TV3 | Akhirnya slot lestary keluar juga drama baru setelah menggantikan drama ulang siar bertajuk Semua Salahku lakonan Fasha Sandha dan Nafiz Muaz. Drama romantis ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya dari Wizana Emilia tahun 2018.

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

  • Lana Analia (Amelia Henderson) memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! 
  • Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.
  • Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar (Sean Lee) pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.
  • Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali? 

 Info Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

  • PENERBIT : Wiranusa Corporation Sdn Bhd
  • PENGARAH : Nizam Zakaria
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • BILANGAN EPISOD : 13 Episod
  • WAKTU SIARAN : Rabu - Sabtu (9 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 10 Mac 2021 
  • LAGU TEMA (OST) : Masih Ada by Naqiu
  • BARISAN PELAKON : Amelia Henderson, Sean Lee, Syafi Tee, Oshin Ahmad, Nynaa Harizal, Daniesh Suffian, Dottie, Wafariena Roslan, Izzendra, Jesse Lim, Aida Aris, Lisdawati, Sahronizam Noor dan ramai lagi.
 
 
 



You May Also Like

24 comments

  1. Boleh layan drama ni. Esok dah boleh tengok

    ReplyDelete
  2. Cerita ni nampak best sebab pelakon dia tu heehehehe I love both hero and heroin dalam cerita ni

    ReplyDelete
  3. Macam ada unsur misteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm yekw NA..aduhh shida blm start layan lg nih..

      Delete
  4. Dah byk hero chinese kan skrg ni, handsome handsome pulak tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hensom tp kurus kecik hahaa..kak shida suka tgk yg sado kihkih 🤭🤭

      Delete
  5. Malam esok start, yeay! Nak tengok Sean Lee berlakon je :)

    ReplyDelete
  6. drama ni pulak akan rabia tgk nnti.hehehe

    ReplyDelete
  7. terasa tua diri ini pulak bila tengok poster drama ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa kalau syaz tua..shida pun tua juga..

      Delete
  8. Banyak plak drama baru ni..ada dalam netflix tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak x sure pulak kak..shida netflix pn xde kak..huhuu

      Delete
  9. cantik lah pulau yg dorang shooting tu

    ReplyDelete
  10. mesti menarik cerita dia..suka dua2 pelakon muda ni :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.