Resepi Bihun Goreng Sedap dan Mudah

by - 15:31:00

Resepi Bihun Goreng Sedap dan Mudah | "Hai bihun goreng hai sungguh lazat, sungguh enak, bihun buatan sendiri" Sila nyanyi ikut muzik iklan perencah nasi goreng adabi tu ye 😂😂 Jangan menyanyi kat dapur pula, kang ada yang masuk meminang hahhaaa. Petang-petang layan bihun goreng pun sedap kan, korang.

Semalam balik dari kerja dalam pukul 6.30 petang tu mak call, kata nak datang rumah dengan ayah, adik shida dan maryam (anak buah shida) selepas maghrib. Jadi shida balik dari kerja tu terus fikir apa nak masak family nak datang rumah kan. So terlintas dalam fikiran, buat bihun goreng lah mudah! So malam tu terjadi lah bihun goreng dapat lah makan bersama-sama dengan maryam tu.

Kenapa shida pilih bihun, entahlah shida rasa mudah goreng bihun ni, bahan-bahan memang tersedia sebab Encik Husben kan peniaga so ambil saja apa yang berkenan. Jom shida ajar masak bihun goreng resepi shida yang mudah tapi sedap!

 

Bahan-bahan Memasak :

  1. Bihun paket 1 (boleh makan dalam 6-7 orang) **direndam dulu
  2. Bawang besar sebiji yang besar ya **dikisar
  3. 4 biji/ulas Bawang Putih **dikisar
  4. 1 Kiub Pati Ikan Bilis (any brand) **dikisar
  5. Cili Kisar / Cilibo 2 senduk kecil
  6. Cili Sos 3 sudu **ikut cita rasa masing nak lebih/kurang
  7. Kicap 3 - 4 sudu  **ikut cita rasa masing nak lebih/kurang
  8. Fish ball 10 biji belah 2
  9. Fish cake 1 potong kecil-kecil
  10. Telur 2 Biji
  11. Sawi dalam 3 Pokok **potong asingkan daun dan batang
  12. Taugeh dalam 50 sen (suka lebih buh lebih) **cuci dan tos
  13. Daun Sup + Bawang *hiris nipis/halus
  14. Minyak untuk menumis
  15. Gula + garam + serbuk perasa (jika guna)

 

Cara Memasak : 

  • Mula sekali kita tengok dulu bihun yang kita rendam tu dah lembut ke belum, kalau boleh jangan biar terlalu lembut, nanti nak masak dia jadi lembik, bihun dah okay toskan dulu. Tuang minyak dalam kuali goreng dulu fishball fishcake terlebih dahulu yang siap dipotong dan dibersihkan. Siap, angkat tos dan ketepikan dulu. Ini cara shida ye, shida suka goreng dulu, nak masuk ketika menumis nanti pun boleh juga tiada masalah.
  • Dalam kuali yang sama jika minyak kurang tambahkan sikit ya, tumis bahan yang dikisar dulu iaitu bwang besar + bawang putih + kiub ikan bilis. Dah naik bau, boleh tambahkan cili kering jika yang suka pedas boleh tambah lagi. Kacau rata hingga bahan blend dan cili tadi masak tambah gula 1 sudu dan secukup rasa. Kemudian masuk pula sos dan kicap manis, jika pekat tambah sikit air ya, kacau rata lagi.
  • Lepas masukkan pula batang sawi yang dipotong tadi, time ni jika korang tak suka goreng dulu fish ball + fish cake boleh masuk time ni ya. Kacau rata lagi masukka pula telur dua biji tu. Gaul-gaul bagi telur masak boleh masukkan bihun tadi. 
  • Part nak gaul bihun jika tak dak kederat guna dua sudip ya, bihun sepaket ni banyak juga. Bihun dah sebati korang rasa la kalau ada yang kurang seimbangkan. Gaul rata lagi, lepas boleh tambah baki sayuran sawi dan taugeh, gaul-gaul sampai semua sempurna boleh taburkan daun sup bawang yang dihiris nipis. Siap tutup api boleh sedia dihidangkan.
  • Peringatan yang suka pedas boleh extra cili kisar, yang suka bihun warna gelap boleh lebihkan kicap ya. Bila korang extra kan bahan-bahan ni kena pandai seimbangkan rasa ya. Lagi satu yang tak suka letak fish ball + fish cake boleh juga letak ayam atau seafood. Selamat Mencuba 👍

 

You May Also Like

26 comments

  1. Wuaaah .. pasti bihun goreng yang dimasak dengan sambil bernyanyi ini pasti kelezatannya makin kerasa 🍜🎵🤩

    Aku juga mau mencoba measak sambil bernyanyi 😊

    Salam singah sahabat 🤗

    ReplyDelete
  2. Memang lagi suka bihun daripada mi.
    Hehe bihun suka hati tambah Korang bahan.

    ReplyDelete
  3. Makan bihun waktu petang kan best kan hehe. Terima kasih kak share resipi.. :)

    ReplyDelete
  4. Masakan paling senang nak masak. Tak payah pening nak fikir nak masak lauk apa hahaha.

    ReplyDelete
  5. sedap makan time time ujan hehe

    ReplyDelete
  6. Mihun goreng campur dengan udang kemudian makan dengan cili jeruk memang sedap.. 😋😋😋

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. tq share resepi shida..

    ReplyDelete
  8. Banyak bahan dan rencah tu, pastilah sedap hasilnya Shida masak.

    ReplyDelete
  9. akak kalau behun goreng mesti pakai non stick pan mudah kerja heheheh kalau kuali kadang dia melekat la apa lah

    ReplyDelete
  10. wowww rupa dia nampak sedappp. nt nak try resepi ni pulak laaa :)

    ReplyDelete
  11. Wahh nice warna kuali tu!!! Cantik!!!

    Bila tengok post ni teringat dah lama Cik TK tak masak bihun. Selalu masak kuey tiaw ngan spagetti. Baiklah nak cari bihun nanti!

    ReplyDelete
  12. Kurang suka masak bihun sebab selalu salah timing rendam bihun. Kang kalau tak lembik, terkeras pulak. Baik goreng mi or kuetiau

    ReplyDelete
  13. sedapnya nmpakkk. fav syu jgk ni.

    ReplyDelete
  14. mudah nk masak. kalau tak letak cili jdilah bihun singapore warna putih tu

    ReplyDelete
  15. Dapp aiih ..terliur puasa2 ni hehhe

    ReplyDelete
  16. nanti boleh try resepi ni since saya takpandai goreng bihun 😂

    ReplyDelete
  17. Goreng bihun boleh makan dari pagi sampai malam.

    ReplyDelete
  18. Bihun ni kalau kena gaya memang sampai ke malam boleh layan bihun kan kak..

    ReplyDelete
  19. aritu terbaca kat IG (kalau tak silap), katanya kalau nak dapatkan bihun yg sedap, rendam semalaman. cukup dgn air paip je. tp sy x penah buat. selalu rendam dgn air panas je trs. thanks kongsi resepi ;-)

    ReplyDelete
  20. tadi pagi baru makan bihun goreng utk sahur hehe

    ReplyDelete
  21. xsuka kalau bihun tu lembut sangat. nak yg sedang2 je xmcm dawai org kata...hehehehe tq resipinya.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.