Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI

by - 00:10:00

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI | Kalau diikutkan semalam adalah Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong 6 Jun tetapi pihak kerajaan telah pun bersetuju membuat pindaan dimana Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong akan disambut pada Hari Isnin minggu pertama bulan Jun setiap tahun sepanjang tempoh pemerintahan baginda.

Selain itu, majikan wajib memberi cuti kepada pekerja pada Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong. Sekiranya pekerja diarah untuk bekerja pada hari tersebut majikan hendaklah dibayar gaji pada bayaran bagi Hari Kelepasan Am selaras dengan peruntukan akta 265. 

Alhamdulillah setakat ini pusat tuisyen shida bagi cuti Hari keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong semua staf diberi cuti bersempena cuti umum ini. Jadi dapatlah juga berehat walau dengan cuti sehari. Bagi ibu bapa pula dapatlah cuti bersambung dari sabtu hingga isnin. Kalau bukan disebabkan covid19 ini biasanya ibubapa akan membawa anak-anak keluar untuk makan angin.

 

SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG DULU HINGGA KINI

sumber : Bernama

Kepada semua, Selamat menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Selamat Bercuti bagi yang bekerja atau yang bekerja dari rumah (WFH). Shida memang dah cuti disebabkan Penutupan IPS yang dikeluarkan pada 10 Mei 2021 yang lalu sehinga Julai. Bila nak buka semula pusat pun tak tahu lah! fenin dah sebulan tak dapat operasi huhuu.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Daulat Tuanku!


You May Also Like

29 comments

  1. Wah! Bagus ada poster macam ni. Sangat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan senang nk tgk..agong yg lama2..skg dah ade versi color :)

      Delete
  2. Selamat menyambut hari Keputeraan seri paduka baginda

    ReplyDelete
  3. Kak, aku nggak ngerti "Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang Dipertuankan Agoeng XVI" itu apa? Tapi, sepertinya akan menarik jika sedikit dijabarkan agar. Well, ini menjadi pengetahuan baru untukku.

    Aku jadi browsing juga tentang ini.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong adalah Hari Birthday Agong (raja) Malaysia.

      Terima kasih ya sudi singgah kak Einid Shandy :)

      Delete
  4. Daulat Tuanku. Sultan berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  5. Haah cuti 3 hari berturut-turut.

    ReplyDelete
  6. Sultan yg byk membantu. Suka tgk masakan permaisuri

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah untuk sultan-sultan yang telah mangkat..

    ReplyDelete
  8. Wah dapat informasi baru disertai foto, terima kasih kak Shida.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Selamat menyambut hari Keputeraan seri paduka baginda

    ReplyDelete
  10. Sultan yang disenangi dan berjiwa rakyat. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Sultan. Aaaminn...

    ReplyDelete
  11. Boleh tak perasan pasal tarikh ini.. Sebab duk ingat temujanji je.. Adoilah..

    ReplyDelete
  12. sy x perasan pn hari tu cuti. pg tu sblm kol 9 sy tggu member WA grup update keje. tp smpi kol 9 lbh semua senyap je. bla check... laaa cuti agong rupanya😆😆

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.