Shopee Haul : Auto Flip Oil Dispenser Bottle Glass

by - 10:00:00

Shopee Haul : Auto Flip Oil Dispenser Bottle Glass | Okay entri kali ini nak story sikit barang-barang yang shida beli dari shopee yang shida rasa berbaloi untuk grab dan ada juga yang versi tamak haloba hahahaa. Normal la perempuan kalau tak tamak dan mata rambang tak sah! lagi-lagi shopping dalam shopee nuh! Jangan tak ngaku yerrr hehee.

Shida akui kadang bila terlalu taksub dengan membeli di shopee memang dapat satu kepuasan yang luar biasa lagi-lagi jika barang yang kita nak sangat tu tiba-tiba turun harga dengan mendadak, apa lagi tak lepas peluang memang terus beli hahahaa. Itu shida la korang! nak buat macam tapi mood membeli ni datang bukan selalu tapi bila asyik sangat jadi kerap pula 😂

Auto Flip Oil Dispenser Bottle Glass

Shida pun lupa mana shida nampak iklan oil dispenser ni, tapi rasanya di facebook kot. Terus shida buka dalam shopee dan cari, Alhamdulillah jumpa dan ada beberapa kedai juga yang menjual oil dispenser ini. Shida memilih kedai yang direkeman (preferred).

Kita nak membeli kena ada tujuan, ada juga yang tak bertujuan tetapi kebanyakan yang bertujuan lah. Untuk botol minyak masak sebelum ini shida gunakan bekas atau botol dari kedai eco (botol plastik). Kedai eco ada juga jual botol kaca tapi shida perasan botol-botol atau bekas dari eco ni berbau bila kita menggunakannya untuk jangka masa yang panjang atau lama.

Bila tengok botol kaca dalam shopee ni rasa berkenan, tak besar tak kecil sesuai untuk bekas minyak yang shida idamkan. Harga pun menarik bagi shida tak mahal ya bagi botol kaca tebal macam ni, shida akan share juga kedai shopee mana yang shida beli ya. Apa yang lebih menarik botol ni dia auto flip bila kita cuba buat seperti  menuang penutup dia terbuka sendiri contoh seperti dalam gambar, agak menarik disitu jadi tak perlu la kita nak bersusah payah nak buka kan just tuang dia terbuka.


Botol ni datang dengan 2 saiz iaitu botol untuk 300ml (RM4.90) dan 600ml (RM5.90) shida beli yang bersaiz 600ml jadi senang sikit tuang banyak sikit dalam botol 600ml tu. Kalau korang berminat nak dapatkan juga boleh cari di shopee summerspace1 dan  boleh cari apa-apa barang yang korang rasa berbaloi untuk dibeli ya. Terima kasih 😁


You May Also Like

40 comments

  1. haritu nak beli jugak tapi macam malas sebab nanti senang kotor haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakt ni kak pakai sgt berpuas hati..rasa seronok pula hahaa

      Delete
  2. Bagus Shida pilih kaca. Plastik kalau berminyak pun susah nak cuci. Fiza suka style yang memanjang ada hose tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yg tu ala ala ikea punya kan..ritu nk ambik tp tgk hrga puluh2 pula xjadi heheee 😁😁

      Delete
  3. wah praktisnya, saya di rumah hanya pakai botol eco biasa, memang agak berbau dan harus sering dicuci dan dikeringkan benar2. Boleh juga ini botol kaca, terima kasih ulasannya, kak Shida.

    ReplyDelete
  4. Oh ada auto ye? Dah macam kereta auto la pulak.... hehe

    ReplyDelete
  5. Cantikk botol tuu
    Huhu
    Tgk shopee habis benda nak dibeli

    ReplyDelete
  6. Teringat kisah malam tadi, akak masukkan satu item ni dalam cart, ingat esok2 jelah check out. Tak urgent.
    Sekali harini harga naik lebih rm1, aduhai..
    So, tunggu dululah sampai dia turun harga balik. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nk turun blk tu kak ujiee hahaaa😜😜

      Delete
  7. Macam nak kena beli jugakkk nii hahaha #mudahterpengaruh :D

    ReplyDelete
  8. So far cart shopee tu berpuluh gak barangnya. Tengok harga turun boleh buat tak reti lagi, tapi bila stok makin susut tangan dah stat gatal nak check out

    ReplyDelete
  9. Murah je tu. Reka bentuk pun menarik.. Haul Shopee sambal ok tak? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay fairus..saya dh shcedule..malam karang auto publish 😉😉

      Delete
  10. Replies
    1. Hahaaa wak mcm tau tau je kan heheeee 🤣🤣

      Delete
  11. suka plak sy tgk murah pn ya😊

    ReplyDelete
  12. macam menarik jer.. harga pon ok

    ReplyDelete
  13. menarik kak boleh beli juga ni..

    ReplyDelete
  14. sy pakai yg eco je..suke bentuk dia jenis panjang dan ade muncung tirus gitu..nice jgk bekas kaca mcm ni..harga pon murah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu2 bekas eco tu..saya pkai yg tu sebelum ni..tp itu la ssh cuci pulak..then dh lama pkai berbau suda..terus husben suruh tukar je..

      Delete
  15. Adoi.. macam nak kena beli juga je.. Hahaha.. Senang nak tuang minyak kalau ada nie.. kikiki.. Alasan..

    ReplyDelete
  16. Kita memang guna botol minyak terpakai sahaja.

    ReplyDelete
  17. nampak santekkk kak. haritu kite beli gak yang kaca tp mrdiy punya. menarik gak.. next time nak beli macam ni pulak.

    ReplyDelete
  18. Wah cantik. Naniey guna jenis kaca juga beli kat Ninso. Ada muncung sikit senang nak tuang. Tak de la meleleh..

    ReplyDelete
  19. Wah nice! Lagi2 jenis kaca ni senang nak bersihkan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.