Kejutan Hadiah Dari Blogger Shikin Razali

by - 10:00:00

Alhamdulillah shida masih berkesempatan untuk update blog lagi. Seronok sebab setakat ini shida belum skip lagi untuk update setiap hari, Alhamdulillah moga terus istiqomah korang! doakan untuk shida ya mudah-mudahan mood kelaut pergi ke laut terus jangan singgah ke shida lagi hahahaa.

Entri kalini nak bercerita tentang Kejutan Hadiah Dari Blogger Shikin Razali. Lama dah shida dapat hadiah ini sebenarnya rasanya dah 4 5 hari juga. Masa dapat tu sebelah pagi oleh abang J&T, masa tengah berniaga tu terdengar bunyi call, biasanya kalau no tak save tu tau dah mesti J&T.

Selepas angkat dan bersembang memang tepatlah abang J&T yang call katanya ada parcel tapi shida tiada dirumah. Seperti biasa abang-abang J&T ni dah kenal shida dah tahu waktu pagi memang tak ada dirumah jadi mereka akan masuk kerana pagar luar tu tak berkunci dan simpan parcel tersebut di dalam rak kasut shida yang warna putih tu.

Nak jadikan cerita lagi, balik rumah shida boleh lupa pasal parcel dalam rak kasut tu. Selang dua hari baru encik husben beritahu kenapa tak ambil parcel dalam rak kasut. Ya Allah shida lupa korang! patutlah rasa tak senang duduk tapi tak tahu kenapa, rupanya parcel terperam dalam rak kasut tu hahaa.

Maafkan saya shikin! malam tu terus wasap shikin beritahu parcelnya dah diterima selama 2 hari hahaaa. Aduhai sekarang ni shida cepat betul lupa! nak kata kuat makan semut tak juga (tepuk dahi sendiri) 😂😂 Terima kasih sekali lagi shikin sudi memberi hadiah bersempena Top Komen Bulan Ogos.

Bila terima parcel tu baru tahu shida adalah salah seorang blogger top komen bulan ogos blog shikin. Tak tersangka pula nama shida naik dalam carta tersebut. Hadiah yang shida terima adalah sebuah box organizer serbaguna dengan dua saiz, facial face mask dan eyes, Alhamdulillah rezeki!

Inilah dia box organizer serbaguna dengan dua saiz yang shida terima. Terima kasih shikin saya suka sangat dengan box ni boleh simpan barang-barang atau hadiah yang saya terima dari blogger. Ada juga gunanya dengan pemberian dari shikin ni. Shikin,semoga awak sentiasa murah rezeki dan berbahagia bersama suami tercinta, Amin!

You May Also Like

45 comments

  1. Rabia dpt jugak hadiah from kak shikin

    ReplyDelete
  2. wahh! tahniah shida..cantik kotak tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki. Tahniah, Shida!

    ReplyDelete
  4. Betul betul penat tu Shida sampai terlupa. Apapun tahniah Shida dapat hadiah. Menarik hadiah tu dan berguna letak apa yang patut. Semoga terus istiqomah update blog selalu :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hehe nasib baik Di ingatkan suami.
    Selamat gunakan kotak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu NA..msh blm manfaatkn lg..tgu cuti baru kemas..

      Delete
  7. Alhamdulillah.
    Rezeki sungguh! Tahniah Shida.

    ReplyDelete
  8. tahniah kak shida, beruntung jadi top komentator, dapat hadiah..

    ReplyDelete
  9. Waa.. Serupa yang saya dapat.. :)

    ReplyDelete
  10. Rezeki Alhamdulillah.. Tahniah Shida.. Boleh simpan barang dalam tu. Besar juga tu. :)

    ReplyDelete
  11. smpai lupa kat parcel.. mmg letih sgt tu.. hihi

    alhamdulillah rezeki..
    cntik box tu.. blh letak mcm2 barang..

    ReplyDelete
  12. Wah..hebat la Puan dpt konsisten update blog,

    ReplyDelete
  13. Menarik hadiah ni sebab boleh guna utk letak barang hehe

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dapat rejeki tak terduga.

    ReplyDelete
  15. Tahniah Shida. Semoga awak dan Shikin murah rezeki. Semoga terus istiqamah update blog setiap hari. Chaiyok!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. terima kasih jugak saya ucapkan kerana entri nie.. sebenarnya saya cuba dapatkan warna kegemaran awak tapi habis stok😂... apapun terima kasih kerana selalu drop down komen kat jurnal saya..

    ReplyDelete
  17. Tahniah shida.. memang cantik hadiah tu..

    ReplyDelete
  18. wahhhh bestnyaaa👍👍👍tahniah shida

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.