• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Shida Radzuan Blog

Sambal Bilis Pedas by D' Sambal Licious | Alhamdulillah setelah beberapa hari Giveaway dari Blogger Fairus tamat dan tiada rezeki untuk menang, shida terus buka shopee untuk membeli dan merasainya sendiri. Boleh dikatakan shida ni peminat sambal, dari bau dan warna shida dan boleh teka rasanya sedap atau tidak haaaa. hebatkan? hahaha taklah gurau jer! 

Dah beberapa hari sampai 3 hari yang lepas baru shida sempat merasai Sambal Bilis Pedas dari Fairus ni. Dengan sambal bilis ni sesuai dimakan dengan pelbagai menu dengan bersahaja korang. Makan dengan roti canai boleh, roti kosong boleh, nasi kosong boleh, nasi goreng boleh, bihun ke kuetiau ke mee ke semua boleh, kira sambal ni serba serbi boleh saja.

Sambal keluaran D' Sambal Licious ni ada dua jenis sambal iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas. Jadi bagi peminat petai boleh cuba yang ada petai bagi bukan peminat petai macam shida ni boleh ambil yang original sambal bilis pedas sahaja. Dari segi harga juga berbeza ya! yang petai lebih mahal dari yang original. 

SAMBAL BILIS PEDAS RM 12.00

SAMBAL PETAI BILIS PEDAS RM 14.00

Harga amat berpatutan bagi shida dan ofcos yang petai lebih mahal dan harus mahal sebab petai sekarang pun dah mahal korang! seikat RM10! pun boleh dapat beberapa biji saja seikat tu kan. Jika menggunakan ikan bilis yang berkualiti dan packaging seperti itu pula memang cukup murah untuk harga sebotol sambal bilis itu.

Dah grab sebotol nampaknya kena grab lagi sebotol la nampak gaya hahahaa. Alhamdulillah tak rugi beli sambalnya sedap dan pedas korang! Masa dapat tu shida buka parcel dan lihat sambalnya merah likat ermm tak sabar nak cuba korang! bagi shida korang patut cuba juga highly recommended!

Setakat ni shida dah makan sambal bilis pedas ni bersama nasi putih, nasi goreng dan bihun goreng yaa ampun sedap! cuma pedas dia boleh tahan pedas sebab shida ni tak berapa makan pedas sangat tapi kalau dah sedap balun saja! So kalau korang berminat nak rasa boleh je pergi ke link shopee yangs hida sertakan dibawah ya. Thanks Fairus atas produk yang berjaya! dah boleh tambah produk baru pula :)

D' Sambal Licious at Shopee


Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

Alkisah Buah Durian - Kecewa Makan Durian | Ya! betul korang, shida kecewa makan durian yang dibeli. Kebelakangan ni kat facebook feed duk lalu lalang gambar durian sana-sini. Shida ni bukan boleh, mula teringin nak merasa padahal bukan nak sangat saja tak boleh tengok benda apa-apa yang viral lalu, semua nak cuba.

Nak kata gemar tu gemar lah juga, tapi kalau nak masuk dalam list favourite tu tak la kot. Dia sejenis makanan yang suka makan bila viral haaa gitu hahaaa. Tiba-tiba asyik lalu lalang terus teringin dia lain macam hahaa sampai duk minta hari-hari kat encik husben minta belikan nak makan.

Sampailah satu hari tu, encik husben belikan 3 biji durian dengan harga RM80 korang, bagi shida mahal jugalah. Shida minta beli sebiji tapi sampai 3 biji dibelinya, tapi apa yang mengecewakan 2 biji elok sebiji lagi tak elok, dah lah keras ada yang rosak juga. Memang rasa tak puas hati!

Esoknya pula rezeki, jiran tempat niaga encik husben beri sebelah dari sebiji durian pada shida. Pakcik ni memang pandai pilih durian, yang shida dapat ni hat separuh ni memang sedap isi dia kuning elok tapi sayang sangat ada beberapa biji je heheee macam tamak pulak kan ^_^


Biasa shida ni kalau dah tak puas hati makan mesti nak lagi, selang beberapa hari shida dan encik husben pusing-pusing taiping dan ternampak ada orang jual tepi jalan buah Durian dan ada bunting yang tertulis Durian Musang King dan shida ternampak lagi satu bunting lagi sekilo RM8.00 tak kan kot kan jadi husben shida pun turun bertanya, dalam shida ralek scroll-scroll feed facebook husben bawa plastik ada durian. Aikkk beli ke? shida tanya husben, dia senyum meleret.

Balik dari pusing-pusing taiping, apa lagi buka lah durian ni. Lepas tu tanya husben durian musang king ke abang? Dia boleh tak tanya orang yang jual tu, sabar jela. Orang tu cakap sedap-sedap isi terbaik langsung dia beli memandangkan bini dia dah kemaruk sangat katanya hahahaa >.< salah kita pulak!

Sekali lagi rasa kecewa, durian ni bukanlah durian musang king hanya durian kampung sekilo RM17 beli sebiji besar berharga RM40 sebiji. Nasiblah beli sebiji je korang, rasanya tetap tak kena tekak tak sedap huwaaaaaa "_" Rasa terkilan sekali lagi terkena, shida cakap dengan husben sudah! tak payah beli lagi dah tak nak makan lagi (konon merajuk).

Sehingga sekarang ni walaupun ayah sendiri ada kebun durian shida masih tak dapat makan yang betul-betul orang kata "menikmati kesedapan isi buah durian" ni. Disebabkan lockdown ayah sendiri pun tak dapat nak pergi kebun intai-intai buah durian disebabkan kebun ayah kena merentas daerah. Cuma harap pakcu dikampung je tengok-tengokkan kebun ayah tu.

Dengan lambakan penjenamaan buah durian yang digred kan shida jadi tak keruan nak makan. Bukan apa kita ni dah lah tak tahu nak membezakan antara buah-buah durian yang mana gred baik yang digelar musang king, black thorn, D24, udang merah dan sebagainya berhuhu lah bila kena tipu dengan si penjual kan. Minta dorang pilih isi yang elok pun balik rumah dapat yang busuk. Rasa kat tempat jual tu sedap, bila beli sebiji bawa balik isi tak sedap! memang frust!

Kalau tanya orang lelaki dia boleh membezakan jenis-jenis buah durian ini tapi jika tanya orang perempuan tunjuklah bagaimana bezanya buah ini tetap dipanggil buah durian. hahahaa.


 

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

Cerita bab pengalaman Kisah Seram Di Asrama bagi shida memang banyak tau, shida hidup selama 6 tahun di asrama dengan pelbagai cerita dan pengalaman yang berlaku berdasarkan pengalaman sendiri dan juga kisah-kisah yang diceritakan semula oleh senior-senior shida. Ada  dari pengalaman sendiri ada juga cerita yang bagi shida seperti kisah seram turun temurun di dalam asrama.

Kisah seram yang berlaku kadang kala secara tidak sengaja, terancang dan berperingkat. Kadang-kadang rasa seperti ada dalang disebalik semua kejadian yang berlaku. Sehingga sekarang cerita yang shida dengar sehingga sekarang pun masih ada cerita yang sama cuma bila dah disampaikan mulut ke mulut dia dah jadi lain sikit tapi watak utama dia tetap sama.

Mungkin ada yang ingin membaca :

Kisah Seram Di Asrama Part Satu & Part Dua

Jika korang yang dah follow cerita kisah seram yang shida sampaikan dalam part satu dan dua ni mungkin boleh faham kesinambungan untuk part 3 ini dan cerita untuk part ini adalah yang terakhir dah tak ada untuk yang ke empat dan seterusnya ya. Bermula sekali lagi kes pencerobohan di asrama shida kalini lebih extreme. Sejak dari kes part satu dan dua kami semua pelajar diberi motivasi diri, lawan perasaan takut, kitorang juga diberi setiap dorm dua kayu hoki dan setiap orang mempunyai wisel ditepi katil.

Masa tahun kejadian ini shida duduk di dorm Blok B, tahun sebelumnya shida duduk di dorm Blok A. Nak dijadikan cerita tak silap masa berlakunya pencerobohan kali ke 3 ini masa ni dah masuk semester ke dua kejadian lebih kurang bulan ogos. Masa tu shida ingat lagi korang, pada malam tu jam pukul 12 lebih pagi shida dan sorang kawan rasanya kami berdua adalah orang yang terakhir berada di bilik prep dan terus naik bilik dorm kami di tingkat tiga, bangunan kami hanya ada 3 tingkat sahaja dan bilik prep berada di tingkat bawah aras pertama.

Kejadian berlaku sekali lagi tapi kali ni dia hanya masuk dorm shida sahaja, masa tu memang tak sedar langsung dan shida yakin shida orang terakhir yang masuk bilik dan kunci semua pintu. Tapi bilik kami yang aras paling atas sekali yang dipilih untuk diceroboh. Dah la shida punya katil ditepi pintu saja, masa tu shida terjaga dari tidur sebab terdengar sautan-sautan wisel bila terjaga rupanya dorm shida dah kena pecah masuk. Junior shida orang pertama yang meniup wisel sehingga bersahut-sahutan ke dorm sebelah sehingga ke kedengaran disahut bunyi wisel sehingga ke Blok A. 

Paling malang sekali junior shida dah menangis teresak-esak rupa-rupanya junior shida dah pun ternampak orang masuk ke bilik kami. Penceroboh itu telah cuba menggunting baju junior shida dah sampai ke bahagian dada akhirnya junior shida tersedar dan nampak dia. Penceroboh tu terus keluar dari bilik terus junior shida meniup wisel sehingga kami semua datu dorm jaga dan bunyi wisel bersahutan kedengaran.

Masa ni memang trauma gila,senior shida (ketua dorm) keluar dan dapatkan bantuan dari warden. Selang beberapa puluh minit warden sampai dan masuk ke dorm kami. Tahu tak korang, masa kekecohan berlaku kami semua tak sedar pun yang sebenarnya locker-locker kami bersepah-sepah tetapi kali ni dengan cara dia hanya membuka locker yang ganjil sahaja.

Shida pelik locker shida bernombor genap kunci siap ada ditombol locker tapi dia tak usik pun tapi locker kawan shida sebelah shida kena geledah habis, tak ada yang hilang cuma duit dan beberapa barang berharga tapi pelik locker kawan shida kan dia siap rajin susun pantis dan bra selang seli dalam locker tu, sangat-sangat pelik. Jadi pagi tu kitorang satu dorm mana yang kuat boleh ke sekolah esoknya, mana yang tak kuat tu boleh duduk dalam surau untuk berehat. 

Pagi lebih kurang beberapa jam polis pun sampai, pengetua pun sampai. Junior shida yang kena gunting baju tu di bawa ke bilik rehat bersama beberapa pegawai polis dan warden untuk disoal siasat. Parent junior shida tu pun sampai selang beberapa jam, korang tahu junior shida trauma dan dia dapat balik ke rumah untuk berehat tapi malang sekali kami dapat perkhabaran dia pindah sekolah, tapi masih tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Setelah beberapa tahun kejadian pencerobohan berlaku, kami semua pelajar asrama bertekad taknak takut lagi dengan pencerobohan yang berlaku. Kitorang buat rombakan bilik, dimana setiap dorm akan ada beberapa pelajar sukan dimana selalu dipandang kuat dari biasa selalunya hahaaa. Shida antara pelajar sukan sekolah ini. So kitorang ni yang selalu bagi kata-kata semangat katsemua pelajar asrama.

Sangat mengejutkan selang sebulan, penceroboh datang lagi masuk ke asrama kami tapi kalini rasanya penceroboh yang lain sebab dia masuk awal time kami prep, masuk melalui pagar hujung padang. Kawan shida ternampak keberadaan dia semasa nak ke tandas. Semasa kejadian ceroboh ni wisel ni dah jadi satu alat wajib yang harus dibawa kemana-mana. Masa ternampak kelibat orang masuk kawan shida meniup sekuat hati dan kami keluar melihat dan siap mengejar penceroboh tersebut.

Kalau korang dengar mesti tak percaya kan, tapi memang betul kitorang pelajar asrama time tu dah sebulat suara, jika dapat memang nak katok kepala sekor-sekor. Masa kejadian mengejar lelaki si penceroboh tersebut kakak senior lari panggil pak guard dan warden. Warden telah menalifon polis dan polis datang membuat rondaan. Setakat ini memang takde apa-apa penangkapan yang berlaku, setelah mendapat spirit macam ni, dah tak ada pencerobohan berlaku sehingga sekarang. 

Sedar tak sedar, pengalaman dan cerita ini dah masuk 20 tahun dah, sehingga sekarang shida masih ingat kisah-kisah dan pengalaman yang tak dapat dilupakan ini. Ini adalah cerita benar dan dari pengalaman sendiri, dimana Kisah Seram Di Asrama berlaku dan perkara yang selalu menjadikan para pelajar takut dan trauma.


Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

Shopee Haul : Auto Flip Oil Dispenser Bottle Glass | Okay entri kali ini nak story sikit barang-barang yang shida beli dari shopee yang shida rasa berbaloi untuk grab dan ada juga yang versi tamak haloba hahahaa. Normal la perempuan kalau tak tamak dan mata rambang tak sah! lagi-lagi shopping dalam shopee nuh! Jangan tak ngaku yerrr hehee.

Shida akui kadang bila terlalu taksub dengan membeli di shopee memang dapat satu kepuasan yang luar biasa lagi-lagi jika barang yang kita nak sangat tu tiba-tiba turun harga dengan mendadak, apa lagi tak lepas peluang memang terus beli hahahaa. Itu shida la korang! nak buat macam tapi mood membeli ni datang bukan selalu tapi bila asyik sangat jadi kerap pula 😂

Auto Flip Oil Dispenser Bottle Glass

Shida pun lupa mana shida nampak iklan oil dispenser ni, tapi rasanya di facebook kot. Terus shida buka dalam shopee dan cari, Alhamdulillah jumpa dan ada beberapa kedai juga yang menjual oil dispenser ini. Shida memilih kedai yang direkeman (preferred).

Kita nak membeli kena ada tujuan, ada juga yang tak bertujuan tetapi kebanyakan yang bertujuan lah. Untuk botol minyak masak sebelum ini shida gunakan bekas atau botol dari kedai eco (botol plastik). Kedai eco ada juga jual botol kaca tapi shida perasan botol-botol atau bekas dari eco ni berbau bila kita menggunakannya untuk jangka masa yang panjang atau lama.

Bila tengok botol kaca dalam shopee ni rasa berkenan, tak besar tak kecil sesuai untuk bekas minyak yang shida idamkan. Harga pun menarik bagi shida tak mahal ya bagi botol kaca tebal macam ni, shida akan share juga kedai shopee mana yang shida beli ya. Apa yang lebih menarik botol ni dia auto flip bila kita cuba buat seperti  menuang penutup dia terbuka sendiri contoh seperti dalam gambar, agak menarik disitu jadi tak perlu la kita nak bersusah payah nak buka kan just tuang dia terbuka.


Botol ni datang dengan 2 saiz iaitu botol untuk 300ml (RM4.90) dan 600ml (RM5.90) shida beli yang bersaiz 600ml jadi senang sikit tuang banyak sikit dalam botol 600ml tu. Kalau korang berminat nak dapatkan juga boleh cari di shopee summerspace1 dan  boleh cari apa-apa barang yang korang rasa berbaloi untuk dibeli ya. Terima kasih 😁


Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris | Agak terlewat sikit shida up entri baru, dua tiga hari ni shida sedikit penat dan sibuk dengan kerja hakiki. Mana taknya pagi cari rezeki balik jalankan tanggungjawab seorang isteri pula. Memang benar orang cakap penat seorang isteri tak pernah habis, memang betul dan tepat sekali tapi kita sebagai isteri ni tak sedar sampai penat dah sampai naik ke kepala.

Okay stop komplen pasal penat, malam ni shida nak join Segmen dari Blogger Syuderis. Terima kasih syu sudi jemput kak shida ya. Dalam segmen juga ada satu slot "cari & teka peribahasa" so dalam menyertai segmen bloglist ini dapat juga buat satu assigment orang kata hahaaa.

Jumlah peribahasa yang ada dalam gambar di atas adalah 10, salah satunya adalah BUAH HATI.

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula 23 Jun 2021 sehingga 14 Julai 2021. 10 Blogger akan dipilih memasuki bloglist Syuderis. So korang yang nak join boleh lah pakat-pakat memeriahkan lagi segmen dari syuderis. Kepada syu semoga segmen berjalan dengan lancar ya. Tekan banner jika nak ke blog penganjur segmen.


Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google | Shida yakin korang semua yang aktif dalam blog mesti alami masalah yang sama kan? Bila nak komen blog kawan-kawan mana yang kaki komen tu mesti struggle gila jika keluar recaptcha macam ni. Mulanya dia keluar dulu I'm not a robot, bila dah lama-lama dia minta teka-teka gambar pula, dah teka betul pun masih salah, memang stress!

Yang paling stress kan bila kita dah teka gambar yang betul contoh dia kata trafic light tapi maish salah, salah dan salah akhir nya terus tutup malas komen. Lagi satu pernah tak korang alamai situasi yang ini : di mana bila korang komen kan, dah type panjang-panjang bila nak publish dia hilang.

Shida kalau kena part ini memang stress gila, mana taknya penat type panjang-panjang lepas tu hilang. Masa tu memang menguji kesabaran sungguh, korang! Dari ada mood langsung hilang mood nak blogwalking. Punya refresh banyak kali pun kejadiannya tetap sama.

Mengapa reCAPTCHA dari google dibina?

Dari apa yang shida baca, recaptcha melindungi laman web atau blog kita dari penipuan dan penyalahgunaan. Recaptcha menggunakan mesin analisis risiko lanjutan dan cabaran adaptif untuk mengelakkan perisian berniat jahatmelakukan aktiviti yang menyalahgunakan laman web atau blog kita.

Selain itu, pengguna yang sah akan dapat masuk ke dalam laman web atau blog kita, membuat pembelian (sekiranya blog shop), melihat halaman atau membuat akaun dan pengguna palsu akan disekat oleh google. Recaptcha telah berada lebih sedekad di barisan depan "mitigasi bot" dan secara aktif melindungi data untuk rangkaian lebih dari 4 juta laman web.

Dengan pengesanan penipuan tanpa gesekan yang menghentikan bot dan serangan automatik lain sambil meluluskan pengguna yang sah. Biasanya antara kes-kes penggunaan dalam mengesan spam atau penyalahgunaan dalam laman web atau blog seperti :

  • Scraping : Kecurian kandungan untuk pengalihan pendapatan iklan atau pengunaan yang kompetitif.
  • Transaksi Penipuan :  Pembelian barang atau hadiah dengan menggunakan kad kredit yang dicuri.
  • Pengambilalihan Akaun : Pemadatan bukti untuk mengesahkan akaun yang dicuri.
  • Akaun Sintetik : Pembuatan akaun baru untuk nilai promosi atau penyalahgunaan masa depan.
  • Flase Posts : Menyiarkan pautan berbahaya atau penyebaran maklumat yang salah.
  • Money Laundering : Bot menjana pendapatan klik iklan di laman web penipuan.

Jadi dengan penjelasan di atas kita kena jugalah akur dengan sistem yang dibuat untuk keselamatan laman web atau blog kita. Shida akui juga memang shida suka komen banyak-banyak dalam blog yang shida singgah sebab taknak terlepas apa-apa info atau cerita yang dikongsikan lagi-lagi blog dalam BLOGLISTED! shida ni. Jadi komen terlalu banyak dan kerap juga ia dikesan sama seperti multi clicking so tak hairanlah kalau keluar si robot dan si recaptcha ni setiap kali nak komen dalam blog.

Walau bagaimanapun shida tetap terjah dan komen walaupun terkena juga si robot dan si recaptcha. Takpe korang  shida bukan spam link bukan-bukan tau tapi shida spam komen untuk memeriahkan blog korang dengan kehadiran komen-komen dari shida ni. Kalau dapat korang dapat komen dari shida mesti korang suka kan, cuma pergerakan jadi perlahan disebabkan hal ini sabar jelah!

 

Share
Tweet
Pin
Share
57 comments

Terima Hadiah Dari Blogger Syuderis | Menang Contest Riang Raya Bersama Syuderis | Yeay! Yeay! shida gembira kerana terima hadiah lagi bulan ini. Alhamdulillah bulan jun bulan yang baik untuk shida dan suami sebenarnya. Banyak perkahabaran baik sebenarnya yang kami terima bulan ini. Lega!

Pertama sekali shida mengucapkan Tahniah kepada Blogger Syuderis sebabnya berjaya melancarkan contest dengan meriah sekali. Keduanya terima kasih kerana memilih shida sebagai penerima hadiah tempat kedua untuk tiga hadiah utama. Bila nama diumumkan senyum lebar la kita ni hehee.

Tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang lain juga Alien Oren, Ako Retna, Naim & Rabia. Semua pun dah terima hadiah masing-masing, yeay happy! Jadi contest yang disebut riang raya ni betullah korang memang riang bila menerima hadiah dari Syuderis ini.

Hadiah dah shida terima dalam 3 hari yang lepas, harini baru berpeluang update hadiah dari Syuderis. Hadiah yang diterima adalah sepasang kain batik tapi kain lembut tau. Bila tengok kan terus shida ada plan untuk kain ini. 

Memandangkan duduk rumah pun memang shida tak pakai kain batik jadi bila melihat corak dan warna terus plan nak buat kain kurung untuk kain batik ini. Mungkin boleh guna untuk baju raya tahun 2022. Kain bertemakan warna biru latar dia memang warna kegemaran shida, terima kasih sekali lagi syu.

Inshaa Allah jika tak ada aral akan shida buat baju raya kain batik ni cuma kena cari kain extra untuk buat baju mungkin kain warna tanah yang sama dengan kain batik ini. Tiba-tiba rasa tak sabar  nak buat baju raya tahun depan hehee. Sekiranya siap, shida write up okay!

Hadiah : Sepasang kain batik licin, digital tasbih counter & sekeping note dari syuderis.

Kepada syuderis, terima kasih atas pemberian hadiah yang owesome ini. Saya doakan semoga syu sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Take care and stay safe syu!


Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist  | Sebelum segmen ini tamat jomlah kita memeriahkan segmen blogwalking dan pencarian bloglist dari Blogger CikAin ini. Alhamdulillah dengan syarat yang mudah memang memudahkan urusan menulis dan mengikuti segmen ini.Klik banner penganjur ke entri segmen ya.

Sejak Total Lockdown dilaksanakan dah ramai yang bekerja dari rumah atau WFH samalah seperti shida tetapi Alhamdulillah dalam tempoh lockdown pun shida masih boleh bekerja, bantu husben berniaga kat pasar so taklah bosan sangat duduk rumah kan.

Untuk segmen ini, syaratnya sangat mudah dan senang diikuti, cuma perlu follow socmed penganjur sahaja dan sabagai ganjaran yang mengikuti segmen ini yang terpilih bakal diamsukkan ke dalam bloglist penganjur seramai 10 blogger yang bertuah. Jadi jangan buang masa lagi tinggal 3 hari lagi untuk join dan support ya. 


Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Dalam Fasa 2 total lockdown ni dah hampir seminggu berlalu, aktiviti memasak shida berjalan seperti biasa sekiranya shida larat masak lah hahaa. Bukan apa, penat berniaga balik nak masak tu shida merenung dulu dapur, fikir apa nak masak. Menu ni daha 3 hari lepas berlalu, dah 6 hari baru berjaya keluar satu menu luncheon 😁

Tak tahu kenapa, dalam 2 3 harini duk teringat jagung dan teringin nak buat dan masak bubur jagung. Lepas pesan En. Husben pi market ambil sayur belikan 2 tongkol jagung manis. Selepas dua hari baru shida masak jagung ni buat bubur bersama sagu.

Menu lockdown shida kelmarin, Daging Paprik Thai, Telur Dadar & Bubur Jagung Bersama Sagu. Menambah-nambah pula makan menu ni dengan nasi panas-panas. Bubur jagung ini pula adalah kali pertama shida cuba masak, resepi tanya mak saja kalau resepi dari mak ni selalunya campak-campak jadi kita pun confius hahaa. Rupanya senang saja buatnya korang, jom masak bubur jagung.


Resepi Bubur Jagung Bersama Sagu.

BAHAN - BAHANNYA :

  1. 2 tongkol jagung siap kopek biji jagung (cuci bersih)
  2. Santan kotak 200ml
  3. Air 400ml atau guna kotak santan yang sama (dua kali)
  4. Satu senduk besar gula
  5. Satu senduk kecil sagu
  6. Sedikit garam
  7. Dua helai daun pandan (disimpul)

 

CARA MEMASAK :

  • Sediakan periuk yangs sesuai, masukkan jagung dan air, kita reneh dulu jagung supaya lembut. Bila jagung dah sedikit lembut masukkan pula santan dan kacau santan jangan bagi santan pecah ya.
  • Sambil kacau-kacau santan tu boleh masukkan daun pandan, gula dan garam. Kacau-kacau rata jika nampak pekat korang boleh tambah air sedikit demi sedikit ya sehingga kuah jadi kurang pekat seperti yang korang nak. 
  • Akhir sekali masukkan sagu, kacau-kacau rata kuah sehingga sagu mengembang dan jadi jernih. Korang boleh rasa jika manis kuah dan seperti yang korang nak boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Untuk 2 tongkol jagung ni boleh makan dalam 4 ke 5 orang makan ya. Selamat Mencuba.

 

Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

Kejutan Hadiah Dari Blogger | Lately ni banyak pula terima hadiah dari rakan blogger, rasa segan pula nak terima tapi orang dah bagi kan kita terima dengan tangan terbuka. Ucapan terima kasih ni shida nak ucapkan kepada Blogger Anies, tahu-tahu parcel sampai ke rumah dengan nama pengirimnya Anies Yusop.

Allahu, terima kasih Anies dengan pemberian ini, segan dah saya dibuatnya. Bersempena apa anies bagi masih misteri cuma yang pastinya anies memang baik hati selalu mengirim sesuatu kepada rakan bloggernya. Moga murah rezeki ya anies!

Banyak hadiahnya dalam satu parcel korang, ada sticker, paper bag, extander mask, mask dan mini note book. Suka shida terima, semua barangan comel-comel belaka. Terima kasih Anies untuk semua ini, mudah-mudahan murah rezeki anies ya.

Mesti ramai yang dah kenal blogger anies kan yang sekarang tengah giat mempromosi Lampu Ukeer dari Ukir Design Studio (UDS). Menarik Lampu ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kenang-kenangan kerana boleh mengukir nama di atas plate lampu tersebut seperti gambar dibawah.

 Berminat boleh order dengan Anies ya klik sini : Contact Anies


Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

SEGMEN JOM REFRESH BLOGLIST | Hai korang Selamat Malam, hari ni lewat shida update blog. Aduhai agak sibuk sikit lately, dan blogwalking sekejap-sekejap saja. Masa itu emas tau cepat sangat masa berlalu, tahu-tahu kita dan masuk minggu ke tiga dalam bulan jun.

Dikesempatan ini juga, shida nak ajak korang semua pakat-pakat kita join Segmen Bloglist dari Blogger Hanieza. Nampaknya Hanieza nak refresh semula bloglistnya bersempena juga bulankelahiran beliau. Jadi sekiranya beliau dapat bloglist baru sepertinya kita memberi dah satu hadiah kepada beliau. 

So jom semua kawan blogger join segmen ini yang bermula 15 Jun 2021 dan akan tamat pada 30 Jun 2021. Semoga segmen dari penganjur ini meriah dan berjalan dengan lancar. Korang boleh join dengan klik kepada banner di atas ya. Terima kasih.


Share
Tweet
Pin
Share
42 comments
Assalamualaikum. Dah masak belum? Atau mungkin sedang berkira nak makan apa hari ini? Jika saya, ikut mood. Kadang terasa nak makan menu masakan melayu gigih masak sendiri dan adakalanya malas nak jejak kaki ke dapur. Terasa nak gantung kuali sehari suntuk. Rasanya ramai orang bersikap yang sama kan?

Pernah juga rasa laparnya perut nie..! Nak keluar rasa macam malas sangat-sangat sebab nak kena tukar baju, pakai mekap sikit-sikit (hihihi). Sebab tu selalu guna servis penghantaran makanan jer. Tapi jika hari rajin mulalah berkira-kira mahu makan di mana. Untuk menu pizza ada pelbagai jenis pilihan.

1. My Pizza Lab

Jika anda pernah berkunjung ke My Burger Lab untuk memesan beberapa burger, cubalah untuk berkunjung ke restoran yang bersaudara dengannya iaitu My Pizza Lab untuk mencuba pizza mereka. 

Tetapi mereka tidak menyediakan khidmat penghantaran dan hanya terdapat khidmat takeaway buat masa sekarang. Operasi kedai mereka hanya sehingga jam 8 malam. Jadi anda disarankan untuk membuat pesanan lebih awal supaya anda dapat menikmati pizza mereka yang sedap dan menyelerakan. 
 

2. Nero Nero


Jika anda ingin mencuba pizza yang hampir sama seperti yang dibuat oleh orang Itali, anda haruslah berkunjung ke restoran Nero Nero dan restoran Itali yang lain. Nero Nero mempunyai menu kombo khas yang semestinya akan menarik minat anda bermula dengan dua hingga tiga jenis hidangan pasta dan juga pizza dan jangan lupa untuk dapatkan tiramisu khas mereka.

Satu set menu kombo mereka boleh didapatkan untuk dihidangkan kepada dua atau empat orang. Ianya merupakan makanan yang terbaik untuk dinikmati pada hari-hari di mana anda tidak mempunyai kesempatan untuk memasak makanan kepada keluarga anda.  
 

3. Mikey’s Original New York Pizza
 


Jika anda adalah seorang New Yorker di Malaysia, anda disarankan untuk berkunjung ke Mikey’s Original New York Pizza yang terdapat di Mid Valley Megamall. Mereka dikenali sebagai salah satu restoran pizza yang terbaik di KL. mikey’s menawarkan pizza seperti yang terdapat di Itali dan juga Amerika. Harga untuk pizza mereka bermula daripada RM8 hingga RM100 uang lebih murah daripada kebanyakan restoran pizza yang lain.

Mereka juga mempunyai pilihan menu yang mesra vegetarian buat pelanggan vegetarian mereka. Mikey’s juga membenarkan pelanggan mereka untuk Whatsapp, menggunakan aplikasi penghantaran makanan dan juga membuat panggilan bagi membuat pesanan secara atas talian. Dan disebabkan MCO, mereka menyarankan agar semua orang yang membuat pesanan agar mengambilnya daripada restoran mereka.

4. La Risata 
 


La Risata pertama kali ditubuhkan pada tahun 1996 dan semestinya tidak asing lagi buat penduduk tempatan terutamanya apabila berkaitan dengan hidangan Itali. Restoran ini menyajikan masakan Itali yang asli dan sudah semestinya enak yang bermula dari hidangan pasta dan risotto yang murah sehingga pencuci mulut yang enak seperti panna cotta dan cannoli. Dengan menjadi menjadi restoran yang menghidangkan makanan Itali, sudah pizza juga boleh didapatkan disini.

Menu pizza yang terdapat di restoran ini terbahagi kepada dua pilihan, sama ada anda ingin memilih rosso atau bianco yang pada dasarnya bermaksud pizza yang dihiasi dengan sos yang berasaskan tomato atau sos yang tidak berasaskan tomato. Dengan pilihan yang terdiri daripada lebih 15 pizza yang berkualiti, anda semestinya akan mendapat sedikit masalah untuk membuat pilihan. 
 
 

5. Pizza Mansion 


Kedai Pizza Mansion mempunyai gabungan pizza yang lain dari lain, dengan ruang dalaman yang sederhana yang memberikan suasana yang santai. Di dalam, konsep dapur terbuka mereka membolehkan anda duduk sambil menonton cara pizza anda yang enak dibuat bermula daripada doh segar. Anda boleh menjangkakan bahawa akan terdapat ramai orang di sini, tetapi penantian anda dijamin berbaloi.

Menu yang terdapat di sini terdiri daripada beberapa jenis pilihan pizza sederhana, tetapi anda boleh mempercayai yang setiap pizza dibuat dengan baik. Pizza yang paling diminati ramai di sini adalah Big Brunch dan Pineapple Express. 
 

6. Fahrenheit 600
 

Fahrenheit 600 adalah sebuah restoran Barat yang bertempat di Mont Kiara yang sudah lama beroperasi. Mereka terkenal dengan menu dan pizza yang sangat hebat. Sekiranya anda tidak dapat meneka dari mana mereka mendapat namanya, ianya kerana pizza yang mereka hidangkan dipanggang pada suhu yang tinggi iaitu 600 darjah Fahrenheit secara berterusan ianya bagi memastikan pizza mereka dipanggang dengan baik dan juga bagi memperoleh kerak pizza yang lebih rangup.

Dengan pilihan pizza yang terdiri daripada 20 jenis, anda sudah pasti akan membuat pilihan di antara pizza yang paling diminati ramai. Dan antara pizza yang selalu diminta oleh pelanggan mereka adalah Mexico atau Henry The Duck, dan anda sebaiknya memesan pizza yang bersaiz 9 atau 12 inchi. Selain daripada pizza, Fahrenheit 600 juga turut menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lain seperti pasta artisan, calzones, hidangan sarapan sepanjang hari, salad, taco dan banyak lagi. 
 
 

Sememangnya Foodpanda menjadi pilihan saya di masa kini, senang dan mudah untuk dapat menu makanan dan minuman yang kita inginkan dan betullah orang cakap Malaysia adalah syurga makanan. Dengan Foodpanda boleh buat pesanan pizza delivery dan makanan boleh tiba sehingga ke depan pintu rumah.

Sangat berbaloi-baloi dan sangat memudahkan urusan kita semua jika tiba-tiba terasa nak makan pizza!  
Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

Kalau korang masih ingat, tahun lepas drama budak tebing ni dah keluar dengan musim pertama yang mendapat sambutan sehingga 10 juta tontonan tahun lalu. Tahun 2021 drama ini kembali sekali lagi dalam Drama Budak Tebing 2 di Slot Lestary TV3. 

Antara barisan pelakon juga yang masih sama bagi drama musim kedua ini. Dalam drama ini menceritakan tentang perihal kekeluarga, persahabatan serta liku-liku kehidupan yang mereka lalui masing-masing. Nantikan Drama Budak Tebing 2 yang bakal disiarkan pada 18 Jun 2021 nanti. 

 

INFO DRAMA BUDAK TEBING 2

  • PENGARAH : Feroz Kader
  • PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
  • SIARAN TV : Slot Lestary TV3
  • BILANGAN EPISOD : 13 Episod
  • WAKTU SIARAN : Rabu - Sabtu (9 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 18 Jun 2021 
  • PELAKON : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Iskandar, Firdaus Ghufran, Imran Aqil, Zarina Zainuddin.

 

SINOPSIS DRAMA BUDAK TEBING 2

  • Akan dikemaskini


 

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

Terima Hadiah Dari Blogger Syazni Rahim | Terima Kasih | Alhamdulillah dah besar panjang begini masih lagi orang nak hantar hadiah tau hehee. Hadiah serba hitam ni datang dari Blogger Syazni Rahim, seronok bila parcel ni datangnya dari syaz. Kiriman hadiah ini pun disebabkan shida menjadi Top Komen di Blog Syaz, Alhamdulillah terima kasih syaz!

Boleh baca juga entri ini : Top Commentator Blog Syazni Rahim MEI 2021 

Jika dapat hadiah dari Syazni mesti tertanya-tanya apalah isi dalam balutan besar tu. Bulan yang lepas shida dapat juga Top Komen untuk bulan April iaitu sebuah payung serba biru, shida suka sangat! Ya! mestiolah suka sebab ia berwarna biru bunga-bunga melati hehee.

Selepas buka balutan serba hitam itu masih misteri lagi ya. Ia dibalut kemas dengan bubble wrapping kemungkinan besar barang dalam ini adalah berkaca atau mudah pecah atau kemek sebab tu balutnya sebegini. Tekaaan shida sememangnya tepat, lihatlah apa yang shida terima dari syaz! So cantik korang! senyum lebar shida tengok haaa.

Terima kasih syaz! shida terima sebuah mug starbucks dan termos mini starbucks. Cantik dedua hadiah ini shida sangat suka tau! Tapi kalau logo tu color biru mungkin lebih cantik hahahaa jangan marah naaa saja je menyakat hampa yang baca ni 😁

sebuah mug starbucks

sebuah termos mini starbucks

Shida terima dua hadiah ini pada 3 hari yang lepas, sorry syaz baru ada masa nak mengarang untuk ini. Dan shida ada satu lagi kejutan hadiah untuk shida review, datangnya dari blogger misteri. Tiba-tiba nampak ada parcel dalam peti surat rumah, Thanks! Happy pula rasa berselang hari terima hadiah dari abang-abang kurier hahaa.

Kepada Syazni Rahim, terima kasih ya atas pemberian ini, Shida amat hargai. Shida doakan semoga syaz di murahkan rezeki selalu, diberi kesihatan yang baik dan selalu didalam lindungannya syaz dan keluarga. Syaz kirim salam kat Ayu yang comel tu ya, suka tengok gelagat ayu hehee 😍

Share
Tweet
Pin
Share
59 comments

May Performance Shida Radzuan Blog On Google Search Console | Alhamdulillah, selepas shida tukar domain baru terus sign up Google Seacrh Console ni. Banyak manfaat pada blog kita jika sign up GSC sebab setiap bulan GSC akan hantar report performance blog korang. 

So dari situ korang akan tahu peningkatan blog, keyword-keyword yang sangkut dalam search engine optimization dan banyak lagi tapi shida pun tak explore habis lagi GSC ni. Mungkin korang nak tahu lebih lanjut tentang GSC nak baca serba sedikit boleh tengok dari Perkongsian Sii Nurul ya.

Walau pun shida dah mula bloging dari tahun 2010 tapi shida tak rasa ilmu blog penuh didada, dulu mana ada kelas bagai atau team-team yang membantu blogger dalam penulisan. Sekarang ni ja dah ada lambakan blog tutorial dan team, ada juga individu  yang menawarkan pelbagai servis blog.

Setakat ini, blog shida dari Dunia Sebenar Shida kepada Shida Radzuan Blog memang ketara perubahan yang shida dapat dari segi trafik, kualiti dan kuantiti pada blog shida. Alhamdulillah bersyukur rasanya. Memang ada rasa penyesalan tinggalkan blog dari 2015 - 2019 (5 tahun) tapi tak mengapalah jangan pandang ke belakang lagi terus maju ke depan ya!

Untuk bulan Mei ni shida akui blog tak perform dengan baik sebabnya bulan puasa dan raya, kalau tengok entri pada bulan mei pun alahai sedih rasa tapi sendiri yang buat kan padan muke 😖 Tapi untuk bulan Jun shida cuba nak perbaiki lagi, nak improve lagi memandangkan Google Adsense dah lulus ya, Alhamdulillah.

Antara keywords yang selalu naik dalam blog shida sejak kebelakangan ini adalah review tentang Periuk Dessini dan Drama Sangat TV3. Untuk naikkan PV boleh lah update drama, jika sangkut banyak PV dia bagi dalam sehari. Shida pernah sampai 3 hari sangkut PV update drama slot akasia, Alhamdulillah.

Untuk mei walau suam-suam je trafik, Inshaa Allah kita perbaiki lagi untuk bulan Jun. Tak sabar shida nak tunggu hingga hujung bulan. Oh Ya! jangan lupa untuk merebut Top 10 Geng Kuat Komen blog shida yang akan shida pilih hanya 10 blogger yang terkuat komen. Terima kasih semua 💕


Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

Menu Lockdown #shidamasakje | Sekatan Penuh PKP kita bersambung lagi 2 minggu korang bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021. Jadi shida pun bersambunglah cuti selama 14 hari lagi, nak kata work from home pun memang tak ada lagi dah istilah itu bagi shida. Kalau dah tuisyen tak beroperasi maka kerja pun takde lah korang, tambahan lagi pdpr bersambung sehingga hujung julai maka berhuhuu lah shida.

Bosan juga bila tak kerja tapi shida bernasib baik dapat membantu suami berniaga sebab time PKP Penuh ni orang punya ramai datang pasar untuk membeli. Kadang-kadang bila tengok cara pembelian makcik pakcik kat pasar boleh dikatakan sama je. Penghabisan syawal banyak yang membeli bahan untuk buat laksa dan bihun sup jadi bahan-bahan tersebut cepat habis, Alhamdulillah.

Semasa lockdown ni shida jarang juga masak walau tak kerja, bukan apa kadang-kadang tu dah penat bekerja dari 6 pagi hingga 2 petang, balik tu tak larat dah nak tengok dapur. Andai kata hari tu shida balik awal boleh lah masak-masak, kalau tak beli bungkus saja. Tapi sampai hari-hari beli pun bosan juga korang. "Menu shida masak je" dapat la masak beberapa menu dalam tempoh lockdown 13 hari ni.

Setiap hari sebelum shida balik memasak kan, shida akan tanya husben apa nak makan hari ni? En. Husben pun bila setiap hari tanya dia mula bosan hahhaaa, baru dia tahu yang tukang masak ni lagi bosan hari-hari nak nyental kuali hahaha. Time ni shida masak Sambal Udang, Sayur Campur, Ulam Kacang Botol dan Ikan Bawal Emas Goreng (untuk shida).

Hari berikutnya, bukan selang hari tau rasanya selang 1 2 hari berikutnya shida masak Ayam Masak Lemak Ciliapi, Ayam + Sayur Goreng Kunyit dan Kerang Rebus Air Asam. Untuk kerang rebus ni shida pertama kali buat tau ikut resepi dari Chanel Youtube Limau Nipis, tak sangka menjadi dan husben puji sedap. Alhamdulillah.

Menu seterusnya agak dah bosan makan nasi gamaknya shida buat Meggi Tomyam Ayam.

Next menu pula dah makin simple Nasi Ayam Penyet (diketuk-ketuk dulu sebab tu penyet), Sambal Penyet dan Ulam Timun + Salad. Makan macam ni pun bertambah korang sebabnya sambal ayam penyet tu sedap sendiri buat hahhaaa 😁😁

Menu lockdown ke 11 shida, Sotong Masak Lemak Ciliapi, Telur dadar tak bulat, Ikan Goreng Bawal Emas dan Sambal Penyet (baki haritu punya shida tumbuk lumat dan tuang minyak panas).


Menu lockdown hari ke 13 shida, Udang Masak Pedas, Petola Masak Lemak Putih dan Telur Goreng. Rasa shida dua menu ni ada dalam resepi dalam blog ni, kot ada yang nak mencuba bolehlah cari resepi ni dalam blog shida okay.

So sepanjang lockdown 14 hari rasanya ini saja menu yang shida masak, sepatutnya kena ada 14 menu tetapi memandangkan kerja pagi lebih letihbdari biasa tak dapat nak turun padang pula untuk bersilat ke dapur. Nasib En. Husben memahami, katanya tapau je lah! kita ni senyummmm sampai ke telinga hahaa. Ok nanti kita sambung menu lockdown untuk fasa ke 2 pula, sekiranya shida mampu masak ye heheh Thanks korang 😍


Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

Telefilem Gostan - Slot Cerekarama TV3 | Korang jangan lupa ya untuk tonton Telefilem Gostan malam ini jam 10 malam di slot cerekarama TV3.  Telefilem ini dah dua tiga hari duk lalu lalang dalam iklan di televisyen, nampak menarik dari intro yang di keluarkan mengenai bayang-bayang di cermin gostan kereta baru itu. Antara pelakon yang terlibat adalah Keith Foo, Daniella Sya, Queenzy Cheng, Alvin Wong dan ramai lagi.

SINOPSIS

Seorang lelaki (Keith Foo) sangat teruja ingin memiliki sebuah kereta  telah membeli sebuah kereta baru. Sejak dari itu dia selalu terlihat kemunculan bayang-bayang pada kamera dan cermin gostannya sehingga menyebabkan hidupnya tidak tenteram sejak dari penampakan itu. Keadaan ini menjadi semakin misteri sehingga membawa keapda misteri sebuah langgar lari. Apakah yang terjadi sebenarnnya? Dapatkah misteri itu dirungkaikan?

 

INFO TELEFILEM GOSTAN

  • Telefilem : Gostan
  • Produksi : HUG Pictires
  • Pengarah : Mark Lee
  • Waktu Siaran : 12 Jun 2021 | 10 malam
  • Slot Siaran : Cerekarama TV3
  • Pelakon : Keith Foo, Daniella Sya, Queenzy Cheng, Steve Yap, Alvin Chong, Yuqie Chew, Sherry Aljeffri dan ramai lagi.

sumber : Dramasangat official

Share
Tweet
Pin
Share
41 comments
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


I AM PERAKIAN - A WIFE TO ASNS ♥
FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
| SCROLL DOWN - CONTACT FORM |
.................................................................

Google PageRank Checker

Contact Me

Name

Email *

Message *

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOGLISTED!

  • SURIA AMANDA
    Cucur Bawang Jejari Ketam Sarapan Hari Ini...
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    Hujung Minggu Yang Mengejutkan
    2 hours ago
  • Syu Deris : Bloging for fun!!
    Salam Dari Bumi Perlis Indera Kayangan! Syurga Harum Manis
    3 hours ago
  • aziankhalil.com
    Restoran Al Safa Gelang Patah
    3 hours ago
  • ... dan aku menulis untuk diri sendiri
    1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    June 14, 2025
    12 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Beauti telah meninggal dunia
    19 hours ago
  • A M M I
    Kelebihan Briskwalk waktu petang
    1 day ago
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
    1 day ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Dari Algeciras ke Granada
    1 day ago
  • Monolog Kakmim
    Makan Apa di Hainan Story Metrocity
    1 day ago
  • Anies♥You
    Kaysone Phomvihane, Laos: Savan Resorts
    1 day ago
  • DANA
    RESEPI AYAM KOREA
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Pengajaran daripada tragedi kemalangan bas pelajar UPSI
    2 days ago
  • cik sukα taip
    Review Filem Pulung Gantung (2025)
    2 days ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak SA
    2 days ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!
    2 days ago
  • Farhana Jafri
    KISAH-KISAH BENAR DIANGKAT DALAM “JASMINE PROJECT LOVE MUSIM KEDUA”
    3 days ago
  • Jurnal Shikin Razali
    WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.3/2025 | PERSENJATAAN MELAYU : CITRA BUDAYA BANGSA
    3 days ago
  • Warisan Petani
    WW 590 : Shopping Keperluan Kebun
    3 days ago
  • thesuraya
    Ikhlas, A.K! by Nirrosette
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    Www Pisang setandan
    3 days ago
  • Titian Perjalanan
    Ubi Kayu Goreng
    3 days ago
  • Tiara Saphire
    Perempuan Kesayanganku by Nona Lizza | Ebook Review
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Angioplasti Kecemasan?
    6 days ago
  • Bola Katok
    Selamat Hari Raya Aidiladha 2025.
    1 week ago
  • //Perdu Cinta
    SALAM AIDILADHA MULAKAN KORBAN DARIPADA DIRI SENDIRI
    1 week ago
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
    1 week ago
  • orangbukit
    Salam Aidil Adha 2025
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Panduan Tiket Flight dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan Harga Terbaik
    1 week ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Naim Kembali Dunia Blogging
    1 week ago
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
    2 weeks ago
  • From FAMF Tower
    Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
    3 weeks ago
  • Travelog Syuhada Salleh
    Hiking Bukit Padang di tahun 2025 & Makan Nasi Lemak
    3 weeks ago
  • Aisya Ismail
    Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?
    1 month ago
  • Yaya Azura
    Masalah Air Di Selangor : Sampai Bila?
    1 month ago
  • nanieybarnieylurviey
    Al Fatihah Papa
    2 months ago
  • Mia Liana
    Master the Market: Comprehensive Guide to Using MT4 Index Trading Platform
    2 months ago
  • Mediana
    CARA KURANGKAN BERAT BADAN KEARAH GAYA HIDUP SIHAT
    2 months ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    2 months ago
  • The Wonderful Jannah
    Pengalaman Makan di Sate Zul Kuantan
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    PENGUBAT RINDU BILA LAMA TAK BERUPDATE
    2 months ago
  • SayaNaia
    Low Battery
    3 months ago
  • EJULZ
    Giveaway Kerajaan Kelapa
    3 months ago
  • BLOG MUMMYINTHEHOUSE
    NIKMATI CUTI SEKOLAH DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE
    3 months ago
  • Blog Adianiez
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    4 months ago
  • Zarida Ishak
    Di Bulan Mulia Ini, Jom Bantu Anak-Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka
    5 months ago
  • NaSa
    Diari Dialisis: Berakhirnya Buku Kehidupan Mama
    5 months ago
  • Si Hati Berbolak-Balik
    harini birthday suami yang ke 30
    6 months ago
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
    6 months ago
  • blog
    4 tahun penuh suka duka
    10 months ago
  • kaellaaaa's
    New Environment
    1 year ago
  • Atiqah Najihah's Blog
    Selamat Hari Raya Aidilfitri!
    1 year ago
  • TiaraNovella
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
    1 year ago
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
    1 year ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • insan marhaen
    Bersara Penuh
    1 year ago
  • IbuCida
    Langkah Pertama
    2 years ago
  • Sembang | Kejayaan
    Cara Tengok Ranking Blog & Statistik Blog Dengan Mudah
    2 years ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Year of 2023 & Rabbit's year
    2 years ago
  • FARIHA JAFRI
    Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
    2 years ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Enjoy Sangat Main Games Sekolah Kulinari Untuk Kita Atau Anak-Anak !!
    2 years ago
  • Blog Cik TK
    WW 2022/03: RASA MACAM TAK BAIK, TAPI... SEDAP!
    2 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
    3 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H.
    4 years ago
  • Diana Rashid
    VINCENZO FULL EPISODE
    4 years ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    4 years ago
  • Cikgu Badarudin
    4 years ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Aircon That Saves Electricity KL & Selangor
    5 years ago
  • The_ramaramapendek
    Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
    5 years ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
    6 years ago
  • Ziana Eunos
Show 10 Show All

GENG KUAT KOMEN ♥

Blog Archive

  • ►  2023 (1)
    • ►  May 2023 (1)
  • ►  2022 (8)
    • ►  August 2022 (1)
    • ►  July 2022 (4)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (2)
  • ▼  2021 (251)
    • ►  December 2021 (6)
    • ►  November 2021 (6)
    • ►  October 2021 (18)
    • ►  September 2021 (29)
    • ►  August 2021 (23)
    • ►  July 2021 (22)
    • ▼  June 2021 (31)
      • Sambal Bilis Pedas by D' Sambal Licious
      • Alkisah Buah Durian - Kecewa Makan Durian
      • Kisah Seram Di Asrama - Part 3
      • Shopee Haul : Auto Flip Oil Dispenser Bottle Glass
      • Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris
      • Stress Dengan Robot Dan Recaptcha Dari Google
      • Terima Hadiah Dari Blogger Syuderis | Menang Conte...
      • Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist
      • Resepi Bubur Jagung Bersama Sagu
      • Kejutan Hadiah Dari Blogger
      • SEGMEN JOM REFRESH BLOGLIST
      • 6 Tempat Pizza Yang Menawarkan Khidmat Penghantara...
      • Drama Budak Tebing 2 - Slot Lestary TV3
      • Terima Hadiah Dari Blogger Syazni Rahim | Terima K...
      • May Performance Shida Radzuan Blog On Google Searc...
      • Menu Lockdown #shidamasakje
      • Telefilem Gostan - Slot Cerekarama TV3
      • Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Ambil Tahu, Barula...
      • 10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami
      • Kisah Seram Di Asrama - Part 2
      • Duit Raya 2021
      • Selepas Sepuluh Kali Percubaan
      • Selamat Menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Bagi...
      • Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz | Lirik La...
      • Cukup Derita Itu - Siti Nordiana | Lirik Lagu dan ...
      • GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious
      • Menang Giveaway Raya 2021 - Duit Raya By Bola Katok
      • Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah
      • Geng Kuat Komen Mei 2021 - Shida Radzuan Blog
      • 1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021
      • Malaysia PKP Secara Penuh Bermula 1 Jun Sehingga 1...
    • ►  May 2021 (11)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (29)
    • ►  February 2021 (31)
    • ►  January 2021 (27)
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (306)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (35)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (318)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (25)
  • ►  2010 (150)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by SRBlog